MISSION MINI WRAP ; WRAP MESRA KANAK-KANAK PERTAMA DI MALAYSIA, SESUAI UNTUK SI MANJA

Sebagai seorang ibu, kakak selalu bimbang tak dapat beri yang terbaik untuk anak-anak yang sedang membesar terutamanya dari segi pengambilan nutrisi seimbang dan juga pemakanan sehari-hari. Nasib haritu Mission jemput kakak dan Nur Aina menjadi peserta bengkel memasak anjuran Mission Foods.


Mission Foods Malaysia

Kebetulan !!

Mission Foods buat perkenalan produk terbaharu dorang – Mission Mini Wraps yang mempunyai tiga jenis iaitu Original, Wholemeal dan juga Tomato yang memberi manafaat nutrisi sama seperti makanan yang asli.


MISSION MINI WRAPS PERFECT FOR LITTLE FINGERS


Sekali gus memberi peluang buat Nur Aina belajar memasak terus dari Chef Abang Brian yang merupakan Masterchef Selebriti dan juga Alumni Le Cordon Bleu – Siapa je yang tak teruja ? Apa saja lah yang Nur Aina masak ? Hee~ Serius. Kakak sendiri tak tau Nur Aina minat untuk memasak sebab sebelum ni dia tak menunjukkan minat langsung dalam bidang memasak ni.


Chef Abang Brian
Chef Abang Brian memberi tunjuk ajar.
Selain Nur Aina, bengkel memasak dengan Chef Abang Brian anjuran Mission Foods ini turut disertai oleh 19 orang anak cilik yang lain untuk sama-sama menyiapkan bento berbentuk Cetapillar. 10 darinya adalah pemenang Pertandingan Melukis dan Mewarna Monster iaitu maskot Mission Mini Wraps yang telah berada dipasaran.


Cooking Class For Kids

Tak.
Kakak cuma membantu, selebihnya Nur Aina yang siapkan seperti mana Chef Abang Brian ajar.

Parenting Blogger Malaysia
Kat bawah ni kakak share resepi yang Nur Aina guna – Sama macam yang Chef Abang Brian tunjukkan. Mudah dan sangat menarik, cuma memerlukan 30 minit je dan semua siap dimakan.

Bahan-bahan :

  • 2 keping Mission Tomato Mini Wraps
  • 500 gram dada ayam yang dicincang
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang
  • 1/2 cawan labu kungin dipotong dadu
  • 1/2 cawan kobis yang diparut
  • 1/2 cawan mayonis
  • sedikit perahan lemon
  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • sedikit bahan perasa
  • tomato dan rumpai laut kering sebagai hiasan

Resepi Bento Mudah
Cara-caranya :

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan daging ayam yang telah dicincang dan labu yang telah dipotong dadu.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit untuk melembutkan labu
  • Campur bahan perasa dan asingkan ke tepi - Biarkan sejuk


    Setelah bahan tadi sejuk


  • Masukkan kobis parut, mayonis dan perahan lemon - Gaul rata
  • Letakkan bahan-bahan campuran tadi ke atas Mission Tomato Mini Wrap dan gulung rapat membentuk bulat
  • Potong 2 inci pada setiap bentuk bulatan membentuk Caterpillar
  • Hias Caterpillar tadi dengan kaki, mata dan mulut

Mission Mini Wrap
Terima kasih Chef Abang Brian sudi ajar resepi mudah dan sihat cam ni !!
Sangat sesuai untuk dijadikan bento untuk anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, mungkin korang boleh follow https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia !! Ada banyak resepi / tips dari pakar.

Setakat artikel ini ditulis, YA !! Mission Mini Wrap telah berada dipasaran dan didatangkan dalam saiz mesra anak-anak iaitu 5.75 inci dan sangat sesuai untuk anak kecil. Amacam ? Boleh letak komitmen main masak-masak dengan anak kita lepas ni ? Hee~

Apa salahnya kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  2. what a great program utk kids :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.