PAWANA PUTERI NUSANTARA ; TEMA RAYA BYHISDAISY 2021

Cantik dara cantik teruna,
Duduk bersama di tepi jeti,
Molek sekali si bunga cina,
Kebaya merah menawan hati.

Balairongseri tinggi daulatnya,
Raja disembah titah dijunjung,
Anggun batik indah seninya,
Warisan bangsa marilah dijunjung.

Bila cakap pasal baju raya, memang kebaya sentiasa mendapat tempat dihati peminat busana tradisional. Dengan ukiran renda yang halus, warna yang menarik disamping kualiti fabrik gred terbaik - Sekali lagi Byhisdaisy tampil menawarkan beberapa pilihan untuk disarung sempena Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi.


Blogger Malaysia

Bertemakan Pawana Puteri Nusantara - Majlis runaway Byhisdaisy telah mempamerkan :

  • lapan koleksi Kebaya Sulam 
  • empat koleksi Pario Batik Nusantara
  • tiga potongan Kebaya Kutu Baru



KEBAYA BYHISDAISY




Menjadi pelopor dalam pakaian tradisional bersulam dan pario, Byhisdaisy sentiasa mengambil berat tentang keselesaan pemakai dengan menggunakan fabrik berkualiti tinggi, warna yang menarik, reka bentuk yang pelbagai sekaligus dapat memudahkan pemakai menyuai padan pakaian dengan apa jua situasi.

Telah bertapak selama empat tahun ; sehingga kini Byhisdaisy mempunyai showroom di Alam Damai, Cheras dengan lebih 50 rekaan yang sangat cantik pada harga berpatutan.


Kebaya nyonya
Kebaya Kutu Baru Dayyan mempunyai jurang dibahagian hadapan kebaya dengan menggunakan material kain kapas linen berkualiti tinggi. Butang kebaya yang tersembunyi menambah keanggunan si pemakai. Potongan yang tidak ketat dan sedikit labuh, Kebaya Dayyan mempunyai sulaman bunga disekitar garisan leher dan juga lengan - Memberi kelebihan kepada pemakai tampil anggun.



Kebaya Sulam Murah Byhisdaisy
Salah satu kelebihan Kebaya Mariani adalah - Ia sesuai dipakai oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan anak kerana Kebaya Mariani satu-satunya koleksi yang mudah selak dan sangat selesa. Berpotongan labuh dan bersulam halus menambahkan lagi seri pada pemakai untuk menghadiri apa jua majlis. Yang penting !! Mudah gosok dan boleh suai padan dengan pelbagai gaya.



Kebaya Sulam Murah
Eksklusif didatangkan dengan hanya dua warna iaitu Beige dan Baby Blue, Kebaya Mehrani mempunyai belahan dibahagian hadapan bawah kebaya. Butang dan lubang butang disorokkan bagi menambahkan lagi seri sulaman pada bahagian dada pemakai. Uniknya Kebaya Mehrani - Ia mudah regang dan tersedia dari saiz S hingga XXL.



Pada majlis tersebut, Byhisdaisy turut melancarkan empat jenis pario iaitu :

  • Pario Juwan ( ada lima warna pilihan )
  • Pario Ranti ( ada empar warna pilihan )
  • Pario Iman ( ada tiga warna pilihan )
  • Pario Delaila ( ada tiga warna pilihan )

Dan memperkenalkan Cik Puan Nur Asyiqin dan Cik Puan Mawar Latisha sebagai duta baharu Byhisdaisy. Dengan tagline "Kebaya Sulam Tradisional dan Pario Batik Nusantara" - Byhisdaisy yakin tawaran harga setanding kualiti dapat memberi kepuasan kepada pelanggan. 





Kalau korang nak tengok lebih banyak koleksi dari Byhisdaisy ataupun gambar-gambar semasa event, boleh terus ke instagram Byhisdaiy.

So !!
Apa tema raya korang tahun ni ? Hee~


2 comments:

Powered by Blogger.