BELI-BELAH DI LULU HYPERMARKET ; JIMAT BERGANDA SEMPENA AIDILFITRI DISEMUA CAWANGAN

Macam biasa, rutin membeli-belah adalah saat yang paling seronok bagi seorang surirumah macam kakak. Mana tak nya, masa ni lah nak ambil apa saja yang diingini lagi-lagi nak dekat raya. Seronok membeli sampai tak sedar troli dah nak penuh. Hee~


Setia City Mall

Sempena Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi, kakak ambil kesempatan penuhkan barang keperluan rumah termasuklah baju raya untuk kami sekeluarga di LuLu Hypermarket, Setia Alam.


LULU HYPERMARKET, SETIA ALAM


Dengan keluasan 150,000 kaki persegi dengan 400 unit parking khusus untuk pelanggan – LuLu Setia City Mall merupakan antara pasaraya yang sangat selesa untuk pelanggan membeli-belah dengan pelbagai tawaran harga murah hampir setiap hari !!


LuLu Shah Alam
Setia Alam, Shah Alam
Baju Raya Murah 2021

The BIG Eid Sale yang berlangsung selama empat hari bermula dari hari ini iaitu 6hb Mei 2021 hingga 9hb Mei 2021 menawarkan diskaun sehingga 40% untuk pelbagai pakaian, kasut, tas tangan dan juga beg beroda serta sari dan churidar.


Walaupun 40% ni khusus untuk bahagian fesyen sahaja, korang jangan risau. Pelbagai seksyen lain turut terkena tempias tau. Hahahaha~ TEMPIAS !! Ye lah !! Mana kakak tau, kakak nampak semua murah jadi kakak sangkakan seksyen lain pun terkena tempias.


Serius tak perasan.


Pasar Borong Shah Alam
Daging Murah Shah Alam

Korang cari apa je kat LuLu Setia City Mall ? Haa—Semua ada dari pakaian casual, pakaian formal sehinggalah pakaian untuk majlis-majlis keraian, pakaian bayi dan kanak-kanak dengan pelbagai warna dan gaya – Confirm rambang mata dan kalau tak ditahan memang nak je beli semua.

 
Tak cukup ?


Jalan depan sikit korang akan nampak pelbagai gaya kasut untuk semua peringkat umur dan boleh juga dipadankan dengan tas tangan. Sebut je warna apa yang korang suka – ADA !!


LuLu Hypermarket

Tak sah kalau ke LuLu tapi tak membeli barang dapur. Dari bahan mentah segar seperti daging lembu, kambing, ayam, ikan dan sebagainya pada harga terbaik dipasaran. Hais. Singgah kat tempat sayur-sayuran segar, pastinya tercapai barang sebundle dua sayur. Semua produk sayuran di LuLu adalah produk tempatan yang dituai oleh pekebun di Malaysia.


Selari dengan seruan kerajaan, SOKONG BUATAN TEMPATAN – LuLu memang menggambarkan slogan tersebut.


Dah boring memasak ?
Jangan risau !! Kakak sendiri dah rasa Nasi Briyani Kambing dorang. Cukup rasa rempah ratus dengan ketulan daging kambing yang sangat lembut !! Aduh. Tak makan daging kambing ? Jangan risau. Ada juga daging lembu dan juga ayam – Harga pun jauh lebih murah berbanding harga di luar.


Nak cari apa lagi gais ?
Barangan elektronik ? TV ? smartphone ? blander ? mixer ? karpet ? langsir ? pinggan mangkuk ? periuk belanga ? Haa. Yang ni korang boleh ke tingkat 3. Pakaian, kasut dan tas tangan di tingkat 2. Barangan memasak dan makanan sedia dimasak di tingkat bawah. Pergi explore sendiri dan korang akan rambang mata.


Bonus !!
LuLu Setia City Mall kan cawangan baharu.
Memang selesa.


1 Shamelin

Memang untung orang Shah Alam ya. Hee~ Kakak rasa nak raya dan sempena tawaran harga murah di LuLu Setia City Mall yang hampir setiap hari – Confirm penuh. Tapi jangan risau. Di semua cawangan LuLu Hypermarket sangat menitik beratkan isu SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pelanggan.


LAMANWEB : http://uae.luluhypermarket.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/luluhypermarkets


Amacam ?
Nak buat persiapan raya ?
Jom ke LuLu – LAH !!


LOVE ;
ATIE ADNAN
#LuLuKL #LuLuShamelin #LuLuSetiaCityOne.



1 comment:

  1. bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !

    ReplyDelete

Powered by Blogger.