PENGALAMAN CUCUK VAKSIN SINOVAC DOS PERTAMA

Finally !!

Kegembiraan mana-mana rakyat Malaysia sehingga hari ini adalah peluang menjadi antara yang terawal dapat vaksin. Hahahaha~ Itu untuk yang bukan anti-vaksin lah tau. Ya !! Penantian dari awal bulan Februari 2021 akhirnya tiba. Pengalaman yang sangat menarik dan apa yang dimomokkan oleh netizens dapat kakak tolak ke tepi mentah-mentah.


Apa Nak Bawa Semasa Nak Cucuk Vaksin


Walaupun memo sangat suntuk.


Em--
Serius punya suntuk gais.

Temujanji dalam MySejahtera pada jam 10.00 pagi tapi kakak dapat mesej pada jam 10.30 pagi. Ya !! Pada hari yang sama gais. Hahahaha~ Tergamam kejap masa tu. Kakak tengah santai-santai baru balik lari dan terus bersiap tanpa mandi untuk ke MiTEC, Jalan Duta.


Lantak !!
Sembur perfume banyak-banyak wangi lah. Kan ?


Perjalanan pun lancar dan kakak sampai kat MiTEC tepat jam 12 tengahari. Alhamdulillah. Tak de masalah dari segi pendaftaran. Parking pun mudah dan banyak. Pilih je nak parking ceruk mana, mudah akses ke pintu masuk atau nak mudah perjalanan mungkin korang boleh naik Grab. Senang juga sebab tak payah nak fikir pasal bayar duit minyak, tol dan parking. Hee~


Dekat check point pertama memang ada anggota RELA yang akan bantu sekiranya korang tak tau nak buat apa. Yang pasti kena kemaskini aplikasi MySejahtera lah ya. Caranya :


. Buka aplikasi MySejahtera

. Pergi ke COVID-19 Status dan tandakan jawapan yang PERLU dan SUBMIT

. Pergi ke Profile dan tekan Refresh


Dah siap tu nanti, pegawai bertugas akan semak status risiko korang, tak pe. Bahagian ni nanti korang buka je aplikasi MySejahtera tu dan bagi dorang semak. Menurut pegawai yang bertugas haritu, kalau kat HIGH RISK DEPENDENT korang berwarna merah - Terang-terang lah korang tak boleh masuk dan teruskan tujuan ambil vaksin.


Kakak plan haritu nak buat vlog tau tapi separuh jalan kakak kena tegur untuk hentikan rakaman dan padam. Hee~ Akur dengan permintaan, okay lah. Rakaman stakat kat pintu nak masuk hall je lepas tu memang tak de rakaman langsung termasuklah gambar.


Sinovac Malaysia
Bila ko dah lama tak pergi event. Hahahah~ Lantak lah janji sis menyamar jadi ikan laga.

Kat pintu masuk hall memang dah standby pegawai untuk beri korang nombor giliran dan nombor bergerak macam Shanghai Maglev. Laju dan lancar. Baru je kakak cecahkan punggung, tak sempat panas dah kena panggil.


1. Ambil nombor

2. Jumpa pegawai bertugas untuk isi borang

3. Jumpa pegawai perubatan

4. Cucuk vaksin

5. Jumpa pegawai perubatan untuk pastikan selepas cucuk vaksin kita okay okay saje

6. Berehat 15 minit sebelum balik


Semua proses ni tak sampai 30 minit pun gais dan kalau dah selesai semua boleh lah posing posing kat backdrop yang dorang sediakan kat pintu keluar tu. Hee~ Kat situ baru boleh tangkap gambar atau buat video balik. Dan hasilnya :


Kesan Selepas Cucuk Sinovac

Alhamdulillah.

Sehingga ke hari ini tak de sebarang simptom yang menunjukkan badan kakak tak serasi dengan vaksin jenama Sinovac ni. Walaupun kes alahan ringan sangat jarang berlaku tapi korang berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan perubahan pada tahap kesihatan korang lah ye. Antara alahan ringan yang mungkin ada pada korang :


• Sakit di tempat suntikan

• Pembengkakan di tempat suntikan

• Keletihan (tiredness)

• Sakit kepala

• Sakit otot

• Menggigil

• Sakit sendi

• Demam

• Hilang selera makan

• Sakit perut

• Kemerahan di tempat suntikan

• Loya

• Sakit tekak

• Berasa tidak sihat

• Cirit birit

• Pembengkakan kelenjar limfa

• Kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa


Sekiranya korang mengalami kesan sampingan, pergi dapatkan rawatan dengan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat, laporkan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera atau secara atas talian di SINI.


So !!
Korang team mana ?


Pfizer ?
AstraZeneca ?
Sinovac ?


Hee~ Tak kisahlah team mana sekalipun, asalkan korang jalankan tanggungjawab untuk membantu Malaysia secara amnya dan frontliners serta orang sekeliling kita secara khususnya. Tak sabar kakak nak ambil dos kedua dan edit video pengalaman cucuk kedua-dua dos vaksin Sinovac ni. Nanti kakak post kat channel Youtube kakak ya !!


LOVE ;
Kakak Awak Yang Tak Takut Jarum.

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    sama la kita #teamsinovac

    ReplyDelete
  2. sy pon dh setel 1st dose sinovac..
    xkisah vaksin ape jnji dpt vaksin! haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.