KOLABORASI GERGASI AEON MALAYSIA DAN JOVIAN SEMPENA RAYA 2022

AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan kolaborasi terkininya untuk Koleksi AEON Raya 2022 bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie melalui pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam hari ini.


Promosi AEON Malaysia

Sempena Hari Raya tahun ini, Jovian mengetengahkan budaya yang pada asalnya merupakan nama Jawa Kuno yang  merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, yang bermula pada abad ke-13. Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.

 

Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu  secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya menghasilkan senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”


Baju Raya Jovian Mandagie


Dato’ Jovian Mandagie, salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Mal-Indo beliau merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).


Baju Raya AEON

Koleksi Baju Raya Jovian

Jovian Raya

“Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama," tambah Dato’ Jovian Mandagie.

 

Menurut Low Ngai Yuen lagi, “Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian Raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94  rekaan unggul Jovian Mandagie di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan.”


Baju Raya Murah


Mulai 15 April, koleksi tersebut akan tersedia secara eksklusif di tujuh buah cawangan AEON; Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Maluri, Mid Valley, Queensbay, Kota Bharu dan Tebrau City, serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign /jovian-collection-1.


Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.


AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara yang mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat.  Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.


AEON Malaysia


Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna.' Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my.

 

No comments:

Powered by Blogger.