MUAT TURUN APLIKASI MARRYBROWN, DAPATKAN AYAM GORENG PERCUMA !!

Zaman serba canggih dan sesuai dengan peredaran semasa, aplikasi yang mudah digunakan sering menjadi permintaan pelanggan. Ha. Kalau korang perasan, kakak ada share kat Instagram tentang aplikasi terbaharu dari Marrybrown untuk memudahkan pengguna membuat pesanan terus dari telefon pintar.



Aplikasi Marrybrown

Paling best !!

Korang boleh jimat sehingga 40% pada setiap pesanan dan untuk muat turun yang pertama, korang boleh redeem Ayam Goreng Marrybrown yang rangup dan berempah power. Fuh. Terliur kakak time menaip ni. Hahahaha~



APLIKASI MARRYBROWN


Korang boleh muat turun aplikasi Marrybrown ni secara PERCUMA melalui App Store ataupun Google Play Store dan boleh terus guna kat mana-mana cawangan yang berdaftar. Em. Kalau ikut pemerhatian kakak lah kan, memang banyak outlet yang tersenarai. Jadi !! Kerja lebih mudah dan semua orang boleh manfaatkan harga terbaik murah yang ditawarkan.


Marrybrown Online


Cara nak muat turun pun mudah sangat.

2. Isi nombor telefon dan maklumat diri
3. Pilih cara untuk terima peasanan samada makan di restoran, self pick-up di restoren ataupun drive-thru
4. Buat pesanan macam biasa

Paling menarik dalam aplikasi Marrybrown ni korang juga boleh join contest yang ada, intai-intai pelbagai promosi yang disediakan dan korang berpeluang kumpul points dan tebus freebies.

Marrybrown App


Kalau tanya kakak, part mana yang kakak paling suka kat aplikasi ni. Haa. Sudah tentulah DEALS !! Hee~ Dah lah harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran, ada banyak pulak DEALS yang disediakan. Waa.

Where To Eat In KL

Untuk kakak, seorang ibu dengan dua orang anak yang menginjak remaja - Makan adalah sesuatu perkara yang sangat kakak titik beratkan lagi-lagi bulan puasa ni. Bila perut kenyang, semua orang pun happy tapi lagi happy kalau kita belajar berjimat dan manfaatkan rezeki yang dikongsi bersama.

Pertama kali guna aplikasi Marrybrown ni memang kakak puas hati. Mudah guna dan senang nak faham. Tak de merepek-merepek dan aplikasi pun smooth je. Haritu kakak beli Bubur Ayam Pedas, Nasi Kandar Ayam Goreng, 2 Hotouch Burger kegemaran Aiman Aina dan beli DEALS Onion Ring  pada harga RM 48.00 je !! 

Bermaksud.
Setiap ringgit yang dibelanja bersamaan 1 point.
Kumpul dan boleh tebus freebies nanti nanti.

Free Ayam Goreng Marrybrown
Jangan lupa tebus ayam goreng koran tau !! Hee~

Kalau tanya tentang berbaloi, memang pada kakak berbaloi sungguh ha. Jimat pun jimat tambahan pula Marrybrown ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Mudah habis dah ni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :



1 comment:

  1. Awalnya mikir apa tuh "muat turun"... ternyata "download" ya. Kalo di Indonesia similar dengan "unduh".

    Btw, selamat menyambut idul fitri 2022. Mohon maaf lahir dan batin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.