8 RESORT TERAPUNG ATAS AIR DI MALAYSIA. NOMBOR 3 TERPALING CANTIK !!
Musim cuti sekolah nak datang ni, al-maklum lah ; Ngam masuk bukan Jun memang bersungguh rakyat Malaysia menyusun jadual untuk keluar bercuti bersama keluarga. Dan !! Sama seperti tajuk di atas, kakak nak kongsikan 8 Resort Terapung Atas Air Di Malaysia. Mana lah tahu menjadi idaman hati impian korang selama ni kan.
Jangan lupa baca sampai habis, ada baucar menarik untuk korang. Hee~
1. POM POM ISLAND DIVE RESORT
Menempatkan lebih 40 jenis vila antaranya vila di tepi pantai, vila di atas air, vila di taman, vila berbentuk heksagon dan juga vila suasana kampung yang dibina secara tradisional serta mesra alam sekitar.
Dikelilingi dengan pantai berpasir putih dan perairan biru Laut Celebs, Pom Pom Island Dive Resort dilengkapi dengan palkoni pada setiap unit menjadikan senibinanya lebih romantis dan unik. Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan disekitar pulau termasuklah berkayak, bermain bola sepak pantai, menyelam, berbasikal dan melihat penyu bertelur.
Harga : Bermula dari RM 600.00 / minimum dua malam untuk satu orang
2. GAYANA MARINE RESORT
Terdapat lebih 50 buah vila bercirikan tropika yang dikelilingi hutan bakau dan laut yang luas menjadikan Gayana Marine Resort tumpuan pencinta keindahan semulajadi. Ada sesetengah bilik mempunyai pemandangan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu memberikan satu keunikan saujana mata yang pastinya tidak mampu dilupakan.
Selain dari aktiviti laut dan berehat, korang juga boleh melawat Pusat Penyelidikan Ekologi Marin untuk menambah pengetahuan tentang pemeliharaan terumbu karang serta hidupan laut yang semakin terancam.
Harga : Bermula dari RM 1,022.00 / malam
3. PANGKOR LAUT RESORT
Telah dinobatkan sebagai "One Of The Top Resort In Asia" oleh Conde Nest Travellers Readers Choice Awards pada tahun 2017, Pangkor Laut Resort yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik yang sangat cantik dan luas iaitu :
- Garden Villa
- Hilla Villa
- Beach Villa
- Sea Villa
- Spa Villa, Suria and Purnama Suite
- Pavarotti Suite
Tidak lengkap rasanya jika tidak manjakan diri di spa untuk menikmati seni urutan dan rawatan muka serta menikmati hidangan istimewa di empat buah restoran yang terdapat di resort tersebut.
"Great honeymoon at Pangkor Laut" - Keyur, United Kingdom
Harga : Bermula dari RM 870.00 / malam
4. AVANI SEPANG GOLD COAST
Direka dengan bentuk pokok kelapa sawit yang unik, Avani Sepang Gold Coast terletak di daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan mempunyai lebih 315 buah bilik dengan empat jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Ada pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Disebabkan resort ini dikelilingi perairan Selat Melaka, pemandangan matahari terbenam dapat dilihat dari setiap bilik. Menarik kan ? Hee~ Romantik bethol !!
Harga : Bermula dari RM 469.00 / malam
5. AVILLION PORT DICKSON
Mempertaruhkan lebih 250 bilik yang direka khusus sebagai chalet mampu apung di atas air, Avillion Port Dickson yang bertaraf lima bintang diilhamkan dari suasana perkampungan nelayan dengan pemandangan Selat Melaka.
Setiap unit dilengkapi balkoni peribadi menghadap laut, bilik mandi berbumbungkan awan nan biru dan jakuzi peribadi untuk keselesaan pengunjung yang sangat sesuai untuk berbulan madu dan penginapan bersama keluarga.
Harga : Bermula dari RM 352.00 / malam
6. LEXIS HIBISCUS, PORT DICKSON
Ibarat syurga yang dibina tepi lautan berinspirasikan Bali dengan kolam renang peribadi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan bertaraf dunia - Lexis Hibiscus terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan dikelilingi suasana tropika yang menenangkan pengunjung.
Resort yang direka berbentuk Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia menawarkan lebih 600 bilik yang terletak di atas air. Sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan, kemewahan dan juga ketenangan selepas penat bekerja.
Setiap vila dihiasi dengan rekaan dalaman moden dan elegan pastinya membuatkan korang selesa sama seperti di rumah sendiri. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuklah memberi makanan kepada ikan-ikan di laut. AWAS !! Tidak dibenarkan memancing ya.
Harga : Bermula dari RM 530.00 / malam
Beli baucar dari Shopee dan guna bila-bila masa yang korang lapang. KLIK !!
7. TAARAS BEACH & SPA RESORT
Menawarkan penginapan terbaik di Pulau Redang, The Taaras Beach & Spa Resort terletak hanya 1.8km dari Lapangan Terbang Redang yang dijamin bakal memberi kepuasan kepada pengunjung dengan suasana tenang, menarik dengan penginapan bersama kemudahan lima bintang.
Bilik yang direkabentuk mengambil kira pelbagai aspek termasuklah ruang tamu dan balkoni peribadi menghadap laut ataupun hutan tropika yang menenangkan. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama pasangan ataupun keluarga termsuklah sukan air, menyelam, luncur angin, ping pong, tenis dan jangan lupa tanyakan tentang hiking sekiranya korang berminat untuk meneroka alam sekitar yang dijaga rapi oleh pihak pengurusan.
"The best island in west Malaysia." - Ooi, Malaysia
Harga : Bermula dari RM 1,425.00 / malam
8. BERJAYA LANGKAWI RESORT
Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang subur, Berjaya Langkawi Resort merupakan persingahan unik dan menawarkan penginapan bertaraf lima bintang. Disapa dengan perairan yang biru, pantai putih bersih, angin laut sepoi bahasa pastinya menambat hati sesiapa yang menyinggah.
Mempunyai 412 buah bilik, Berjaya Langkawi Resort mempunyai ruang pantai persendirian dengan lanskap tropika yang mengelilingi kolam renang luar, jakuzi dan spa. Ada beberapa rostoran dan bar untuk pengunjung menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh chef terkenal. Resort yang mesra keluarga ini mempunyai akses laluan bakau, kemudahan sukan dan pelbagai aktiviti luar yang menarik.
Chalet, suite dan studio yang mempunyai balkoni peribadi menghadap laut dan hutan ini pastinya memberi kepuasan kepada pengunjung yang mahu berehat bersama yang tersayang.
Harga : Bermula dari RM 1,280.00 / malam
--
Menarik kan ? Hee~
Rasa macam tak sabar sungguh nak pergi bercuti dan nikmati percutian bersama keluarga tersayang. Dah penat bekerja, kena lah cuti pula. Okay tak list ni ? Atau korang ada lokasi lain ? Mungkin boleh kongsi di ruang komen.
Rasa macam tak sabar sungguh nak pergi bercuti dan nikmati percutian bersama keluarga tersayang. Dah penat bekerja, kena lah cuti pula. Okay tak list ni ? Atau korang ada lokasi lain ? Mungkin boleh kongsi di ruang komen.
Terima kasih !!
No comments: