‘JIMAT POKET’ DARI AEON ; INISIATIF 100 HARI LANGKAH MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA
AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengumumkan inisiatif 100-hari ‘JIMAT POKET’ dengan kerjasama rakan-rakan niaga yang berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan peningkatan kos sara hidup.
AEON1000 dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para penggerak dan katalis pelbagai industri termasuk FMCG, pembuatan dan pengeluaran makanan, logistik dan rantaian bekalan, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi.
Bertemakan 'Melahirkan Komuniti Mampan', tujuan persidangan tersebut adalah bagi mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pemegang taruh untuk berjaya di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu (new retail). Ia juga untuk melahirkan komuniti yang mampan yang mampu menempuh cabaran yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik.
Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON berkata, “Di AEON, kami sentiasa komited untuk menggerakkan inisiatif kemampanan kami ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh. Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan, tetapi juga melindungi alam sekitar, mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami, AEON People, serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya.”
Pada majlis itu, para peserta telah diperkenalkan dengan ‘AEON Sustainability Charter’, yang merupakan bentuk komitmen tertinggi oleh AEON ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
37 buah syarikat telah yang terdiri daripada rakan niaga Merchandise, Penyewa dan Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000 di dalam pelbagai kategori. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Rosol Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17. Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk pembangunan mampan.
No comments: