12 DARI 2,000 WANITA BERENTAP DALAM RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KEDUA

Menjadi salah seorang yang pertama menyaksikan pra-tonton rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua yang akan memperlihatkan kehebatan 12 peserta berentap merebut gelaran juara disamping mempertaruhkan pelbagai cabaran siri kulinari dan keusahawanan. Fuh !! Meremang, tak sabar dan sudah tentunya teruja setelah musim pertama mendapat sambutan hangat dari penonton.


Pertandingan memasak maggi

Menjanjikan lebih banyak kejutan menarik sepanjang musim kedua termasuklah beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang bakal dilalui oleh peserta termasuklah penyediaan hidangan istimewa peribadi dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan unik.


RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KEDUA


Masih mengekalkan ketiga-tiga Mentor MAGGI® iaitu Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Turut menampilkan empat orang juri jemputan yang sinonim dengan pelbagai video masakan disaluran media sosial masing-masing, sudah pasti penampilan Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian menjadi tumpuan penonton.

"Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI® yang berpengalaman beserta juri jemputan yang baharu.

RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KEDUA


Matlamat rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dpaat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain."

--MS. YASHASHRI VATVE, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd.


Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000.00, juara Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama lapan (8) minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, untuk fokus pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.00.

Ketika mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, "Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif."

12 orang peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua terdiri daripada pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah iaitu Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Adbul Rahim (Kedah), Nurul 'Syaza Shahirah binti A. Shamsuddin (Melaka), Nurul Hajar binti Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu).


Nana Mahazan
Rangkaian produk maggi
Antara produk keluaran MAGGI® yang berada dipasaran.


EPISOD 1 RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KEDUA


Menampilkan 12 orang peserta yang datang dari pelbagai latar lokasi, pendidikan dan bidang membuatkan rancangan ini lebih menarik. Bukan sahaja dari barisan peserta malahan pengekalan barisan tiga orang juri menambahkan lagi seri selok belok tinta Resipi Berani Maggi® musim baharu ini.

Drama.
Airmata.
Gelak tawa.
Mimik muka.
Kegembiraan.
Kesedihan.

Diaduk dengan sempurna dan betul-betul cukup rasa.

Tertancap mata kepada beberapa figura yang kakak rasa sangat berkebolehan memasak dan kakak yakin dengan bimbingan selama enam minggu mampu menjadikan mereka usahawati yang berjaya. Hee~ Siapa ?

  • Nurul Hajar bin Ismail dari Johor yang mempersembahkan hidangan Laksa Johor. Bukan juri je terliur, kakak yang jadi penonton pun ikut terliur sama.
  • Nur Syahidah Aimullah binti AbdulRahim dari Kedah yang sangat berani menangkis rasa segan dan malu kerana kekurangan yang ada pada dirinya sering menjadi bualan orang sekeliling. Tampil dengan keazaman serta kemahiran memasak, kakak berharap Nur Syahidah dapat SESUATU sepanjang menjadi peserta rancangan ini.
  • Anastasia Maigi dari Sabah yang sangat pemalu. Hahahaha~ Comel !! Siap menggigil tangannya semasa juri cuba ajak beliau berbual. Menghidangkan Kelupis yang dibalut dengan daun lirik dihidangkan bersama rendang ayam sangat menarik dipandang mata tapi !! Tidak pada juri. 

Menjadi antara yang terawal menonton Episod 1 rancangan ini, kakak sangat kagum dengan semangat mereka semua. Tak sabar nak tengok Episod 2 untuk sesi pengenalan peserta seterusnya. 

Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Kedua akan disiarkan pada setiap hari Jumaat pada jam 5.00 petang selama enam (6) minggu mulai 8 Julai 2022 menerusi saluran YouTube MAGGI® .




1 comment:

Powered by Blogger.