MISTER POTATO x CHA EUN-WOO ; GANDINGAN JINJJA SYOK EDISI TERHAD
Mengumumkan berita gembira
buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian! Artis K-pop Cha Eun-Woo telah
dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang
dilancarkan hari ini.
Kempen ini bakal menyaksikan
nama dan imej atau gambar bintang ini dipaparkan pada pembungkusan kerepek
kentang, bahan di tempat jualan dan paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia,
Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang.
Mister Potato akan melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai
dan menerusi aktiviti yang diadakan, dan juga menghadiahkan cenderahati yang
ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas.
“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan
setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran
ramai ini dan kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan
mereka selama ini. Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani
dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,”
tambahnya.
Cha Eun-Woo, yang merupakan
anggota kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Astro, mempunyai bilangan peminat
dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara. Pakatan
antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi
kepada pengguna makanan snek yang muda agar berusaha mengejar impian dan
cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan
Korea.
Satu video menunjukkan Cha
mencampur kerepek kentang Mister Potato Crisps perisa Ubi Keledek dan perisa Asli sementara dalam satu lagi video
beliau menggabungkan dua tekstur berlainan iaitu kerepek kentang hiris Mister
Potato Crisps perisa Barbeku yang sedap rangup dengan kerepek kentang potongan
beralun Mister Potato Syok Wave Chips perisa Ayam Goreng Berapi yang pedas.
Jenama kerepek kentang
terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pemimpin pasaran bagi kerepek kentang
dan tidak asing dalam usaha menjalin pakatan global, termasuk kerjasama dengan Manchester
United dan Chevrolet – jenama Mister Potato merupakan rakan snek global rasmi
juara Liga Perdana Inggeris tersebut dari 2011 hingga 2013.
Mister Potato telah dilancarkan
pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat
daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia.
Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi
perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan
tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi
dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.
Rangkaian Mister Potato termasuk
Mister Potato Chips, Mister Potato
Crisps dan Mister Potato Crunch. Semua kerepek kentang Mister Potato
diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol.
Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa
yang disediakan termasuk:
· Mister Potato Crisps – Asli, Pedas &
Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi
Keledek Jagung Manis;
·
Mister Potato Chips – Asli, Pedas & Panas,
Barbeku, Tomato, dan Keju Madu;
· Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood;
· Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim
Masam dan Bawang, dan Keju.
No comments: