KOLEKSI PAKAIAN SUKAN JENAMA INNERCASUAL (iC) KINI DI AEON
Akhirnya !! AEON telah mengumumkan jenama Innercasual (iC), merupakan pakaian sukan berkualiti tinggi menggunakan teknologi fabrik Jepun yang selesa untuk dipakai ketika bersukan. Dengan memperkenalkan tiga gaya berbeza - iC mempertaruhkan kualiti yang premium tetapi dijual pada harga mampu milik, pelbagai saiz dan juga sesuai untuk semua lapisan umur.
Mengambil risiko sesuai dengan permintaan, iC juga telah bekerjasama dengan Studio Tinju TRIBE yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara untuk mempamerkan koleksi iC di studio tersebut.
PAKAIAN SUKAN TEKNOLOGI FABRIK JEPUN iC
“innercasual adalah tentang keselesaan sambil memilih untuk menjadi serba boleh dan fleksibel dalam cara hidup kita jadi keputusan untuk memastikan jenama itu dibawa ke Malaysia pastinya sesuai dengan strategi gaya hidup kami.”
- Naoya Okada ; Timbalan Pengarah Urusan AEON
Bimbang tentang saiz dan bentuk badan ? Mungkin itu bukan isu penting ketika membuat pilihan menjadikan iC sebagai pakaian kerana iC telah membuktikan koleksi yang berada dipasaran sangat sesuai untuk semua jenis bentuk badan.
Memperkenalkan tiga gaya yang berbeza, iC semampu usaha memenuhi permintaan pasaran dengan ActiveWear, PeaceFit dan Sustainable yang diharapkan mampu memberi kepuasan kepada pengguna terutamanya mereka yang menjadikan sukan sebagai rutin harian.
Dengan slogan "SAVING THE PLANET" yang ada pada kebanyakan koleksi pakaian iC diinspirasikan dari koleksi Katherine Hamnett (1) untuk melindungi planet dan ekologi. Setiap helaian dalam koleksi yang dihasilkan diperbuat dari kapas organik tanpa menggunakan racun perosak ata baja sintetik.
Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari PBB 8 dan 15 yang memberi tumpuan untuk menggalakkan perkembangan inkusif untuk pembangunan mampan, memastikan akses kepada keadilan untuk semua orang dan membangunkan institusi yang kukuh, inklusif dan bertanggungjawab.
Koleksi iC telah berada dipasaran dan boleh didapati di AEON Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama, AEON Wangsa Maju dan AEON Tebrau City.
Untuk maklumat lanjut, boleh layar :
LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM
bahaya nampak dengan sarong tinju tu....takutt...hehehe
ReplyDelete