‘THE SHOW’ UNIVERSITI TAYLOR’S MENGGUNAKAN 150KG FABRIK BAGI MEMPERKASAKAN KELESTARIAN FESYEN TANPA PEMBAZIRAN.

Bertemakan ‘Love, Earth’ pameran fesyen sehari baru-baru ini diberi tajuk THE SHOW dikendalikan sepenuhnya oleh The Design School di Universiti Taylors mempamerkan hampir 60 rekaan sedia untuk dipakai yang dihasilkan 24 orang pelajar program Teknologi Reka Fesyen semester tiga.


Blogger Malaysia


Dengan memberi tumpuan kepada kelestarian, acara itu dibahagikan kepada tiga segmen yang mempamerkan secara rasmi iaitu :

  • Eksperimental Art-To-Wear yang diperbuat daripada bahan denim dan potongan kain kitar semula
  • Zero Waste Fashion menggunakan Teknik Melukis Corak Inovatif Taylor’s yang menggunakan setiap bahagian tekstil
  • Fashion Revolution untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan menggunakan semula tekstil daripada bahan buangan

 

THE SHOW

 

Pengarah Program Sarjana Muda Teknologi Reka Fesyen Taylor’s (Kepujian) (FDT), Maria Sandra Wijaya berkata, tema The Show adalah tepat kerana industry fesyen telah dikenalpasti sebagai industry kedua terbesar di dunia melalui jurnal What’s Wrong With The Fashion Industry? (2017)

 

“Budaya fesyen berkembang dengan pantas dan ia adalah perniagaan yang menguntungkan dan kami sedia maklum kepentingan mendidik pelajar kami tentang fesyen lestari dan pengetahuan berteknoloi. Industri fesyen kreatif dan pereka fesyen mempunyai kuasa untuk mengubah trand semasa bagi memastikan masa depan yang lebih baik dengan menjaga alam sekitar.” – https://www.sustainyourstyle.org/en/whats-wrong-with-the-fashion-industry

 

Sebagai persediaan The Show, pelajar diberi peluang bekerjasama dengan pemain industry seperti jurutera alam sekitar, Najah Onn dan pereka fesyen lestari tempatan iaitu Hatta Dolmat selama 14 minggu. Mentor industry ini telah menjadi penasihat kepada pelajar dalam menyediakan konsep, membangunkan, mewujuskan dan menggayakan bentuk koleksi pakaian. Bagi meralisasikan ketiga-tiga segmen The Show, LLCM telah menyediakan lebih 150kg fabrik dan denim kitar semula untuk digunakan oleh pelajar bagi menghasilkan pakaian yang sesuai mengikut konsep.


Hatta Dolmat Baju Raya

KLFW 2022
Kuala Lumpur Fashion Week 2022
The Show Fashion Show


“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pereka fesyen generasi baharu dari Taylor’s dalam menggalakkan gunasemula dan kitarsemula fabrik dalam usaha kami untuk mengurangkan jumlah pakaian yang dibuang ke tapak pembuangan. Kami mengumpul ratusan tan tekstil dalam seminggu yang sama ada boleh dijual sebagai pekaian terpakai, digunakan semula sebagai kain buruk atau dihancurkan untuk dijadikan gentian atau biobahan api. Melihatkan bahan ini dijadikan pakaian pereka adalah suatu kaedah segar untuk memberikan tekstil ini kehidupan yang baharu,”

- Dale Warren, Ketua Pegawai Eksekutif Utama LLCM

 

Sebelum pameran fesyen berlansung, Segemn Tunjuk dan Cerita telah diadakan bagi menunjukkan bagaimana meter lestari digunakan untuk mengira kelestarian semua jenis pakaian yang dihasilkan untuk pameran tersebut melalui tiga kriteria lestari iaitu :

  • Bahan dan komposisi
  • Inovasi dan pusingan
  • Warisan dan budaya

 

Taylor's University


“Pereka mempunyai peranan yang besar dalam mengubah semula kesan kemusnahan oleh rantaian bekalan fesyen linear hari ini ke atas manusia dan planet. Sebagai pengakhiran selepas pengunaan optimum, perlu diutamakan dalam mana-mana rekaan. Berfikir tentang bagaimana fesyen atau produk tekstil boleh berubah kepada produk lain juga menjadikan pakaian berada dalam pusingan lebih lama. Menggunakan bahan inovatif juga boleh mengurangkan tekanan ke atas sumber bumi kita serta membantu biodergasi dan penjelmaan semula pada akhir hayat,”

- Najah Onn, Jurutera Alam Sekitar dan Pakar Kelestarian

 

Dengan kreativiti dan kerjasama selaras dengan ekosistem Taylor’sphere yang dibangunkan, Universiti Taylor’s menyediakan pelajar dengan pengetahuan akademik, kebijaksanaan praktikal serta keupayaan untuk menghasilkan rekaan yang inovatid. The Show yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Seni Bina Dalaman dengan kerjasama pelajar FDT untuk menyiapkan Taylor’s Micro House yang menggunakana bahan kitarsemula seperti kemeja-T dan polyal kitar semula yang disediakan oleh LLCM untuk mewujudkan hasil seni dan anyaman tekstur.


Hatta Dolmat turut menambah bahawa beliau gembira menjadi mentor dan bekerja dengan pelajar FDT Taylor’s.


“Mereka adalah golongan muda yang berinspirasi dan terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang fesyen lestari dan beretika, dan memberi tumpuan untuk menangani isu alam sekitar dan sosial dengan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) melalui pakaian yang direka. Saya gembira untuk bekerjasama dengan Taylor’s University kerana ia memberi peluang bermakna kepada saya untuk berkongsi pengalaman industri dengan pelajar reka fesyen yang baru meningkat naik ini, lebih-lebih lagi kerana mereka yang akan menerajui industri ini ke arah lebih baik,” kata Hatta.


Baju Raya Hatta Dolmat


Orang ramai boleh membeli label fesyen pertama Taylor’s, MAYAMODE, yang mengemukakan fesyen rekaan pelajar, melalui platform jualan dalam talian yang juga mempunyai ruang jualan pertama di Mayamode, Taylor's University Lakeside Campus.
Mayamode adalah ruang inovatif dan kreatif yang beroperasi secara keahlian bagi pereka fesyen, usahawan fesyen, pekerja bebas, dan pereka fesyen baru di Asia Tenggara.


Untuk maklumat lanjut mengenai program Teknologi Reka Fesyen Taylor’s University, sila layari di sini.

No comments:

Powered by Blogger.