5 JENAMA BERGABUNG DI TASNEEM MARKETPLACE ; SASAR 10,000 USAHAWAN MENJELANG DISEMBER 2022

Tasneem Business Legacy yang telah membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds gagah mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan empat jenama besar yang lain di Malaysia untuk merealisasikan Tasneem Marketplace dengan menyasarkan 10,000 usahawan berdaftar menjelang Disember 2022.


Tasneem


Usahasama ini telah diikat janji bersama :

  • Tanamera
    • Kedai jualan berkonsepkan aromaterapi yang memberi tawaran pelbagai jenis produk penjagaan diri organik. Sabun mandi, minyak urut yang dihasilkan dari sumber alam semulajadi yang terpilih.
  • Aqiqah Centre
    • Syarikat yang mengurus ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah telah diyakini lebih 45,000 pelanggan termasuk selebriti tanah air.
  • Pustaka Darul Iman (PDI)
    • Juga dikenali sebagai PDI, syarikat penerbitan al-Quran ini terkenal dengan Quran tagging, Quran untuk lelaki, Quran untuk wanita dan pelbagai koleksi al-Quran bersaiz besar. Selain lengkap dengan panduan tajwid dan terjemahan, rekaan setiap satu darinya sangat menawan.
  • Eyyoo
    • Pengeluar Creative Magnetic Box untuk membantu anak-anak yang berusia dua tahun ke atas cepat belajar sambil berseronok. Jenama ini telah membantu ramai ibu bapa diluar sana mengajar anak sambil bermain dan berseronok.

Melalui penyatuan dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace platform yang membawa tagline Gedung Produk Bayi, Kanak-kanak dan Keluarga di Bawah Satu Bumbung - Menawarkan harga yang lebih berbaloi, produk dan perkhidmatan dijamin ORIGINAL serta peluang menjana pendapatan tanpa had untuk pengguna ataupun ejen.

Bonus Ejen Tasneem Naturel


TASNEEM MARKETPLACE


Merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk dibawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi ini dicipta untuk membantu lebih ramai surirumah berpendapatan sederhanauntuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi sambil menguruskan rumahtangga.

Ya !!
Semuanya dihujung jari.

Tasneem Marketplace


Antara kelebihan menjadi Tasneem Marketplace Reseller (TMPR) ialah :

  • Pendaftaran PERCUMA
  • HQ akan menguruskan semua urusan pengeposan produk yang dipesan pelanggan
  • Tak perlu pegang stok
  • Pelan pemasaran yang membantu TMPR mendapat pendapatan dengan mudah
  • Produk berkualiti dan sudah ada 'nama' di pasaran
  • Bonus / Gaji dibayar pada setiap 7hb pada bulan yang berikutnya
  • Reward yang menarik
  • Ada penyata pendapatan

Setiap komisyen yang diberi kepada ejen melalui pembelian dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun eCash dengan segera, tanpa syarat terselindung. Kiranya, kalau ada pelanggan beli, ejen terus keyin dalam sistem dan komisyen terus masuk ke akaun eCash. Komisyen juga boleh digunakan untuk membeli produk lain yang ada dalam sistem.

Ejen Tasneem Naturel


Manakala, mata ganjaran yang telah dikumpul oleh ejen bersifat kumulatif. Ejen boleh tebus di HQ pada bila-bila masa dan tiada tamat tempoh. Bonus pula akan dikira dari setiap Purchase Value (PV) produk yang dibeli sepanjang bulan dan PV akan di-reset setiap bulan.

Banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan oleh pihak Tasneem Marketplace supaya proses jual beli produk dan perkhidmatan berjalan dengan baik. Diharap platform ini mampu memberi sinar baharu buat mereka yang berusaha menambah pendapatan untuk membantu keluarga mendapat kehidupan yang lebih baik.

Tasneem Naturel

Selaras dengan objektif untuk membantu lebih ramai surirumah menjana pendapatan dari rumah, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bersama dengan pasukan TMP dan mendaftar sebagai reseller TMP melalui link di bawah.






No comments:

Powered by Blogger.