KERJASAMA PERINTIS PENJAGAAN KESIHATAN UNTUK MELUASKAN AKSES KEPADA DIAGNOSIS KANSER PARU-PARU DENGAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)
Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia. Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.
Kanser
paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan
kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia.
Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan
kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama
yang lain di negara kita.
Melalui penubuhan program ini, rakyat Malaysia - terutamanya mereka yang
berkemungkinan berada dalam kategori berisiko tinggi seperti bekas perokok
tegar dan mereka yang masih lagi merokok - akan dapat mengesan kehadiran awal
kanser melalui penggunaan teknologi canggih yang tersedia.
Perikatan
ini menandakan kerjasama pelbagai pihak yang unik antara klinik penjagaan utama
Qualitas terpilih dan tiga hospital pakar dalam usaha mereka untuk menyediakan
akses kepada teknologi AI (Qure.ai) dan pengimejan LDCT yang canggih untuk
pesakit. Dengan akses yang dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang
menggunakan algoritma pembelajaran mendalam untuk mengesan keabnormalan pada
radiografi dada boleh meningkatkan kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru
yang selalunya merupakan tanda pertama kanser paru-paru. Kes yang disyaki
kemudiannya akan disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang
merupakan kaedah saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian
berkaitan kanser paru-paru bagi individu berisiko tinggi.
“X-ray dada AI akan meningkatkan ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang berkaitan. Dengan penyiasatan dan rawatan yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan. Kemajuan perubatan yang inovatif seperti ketersediaan mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan satu langkah besar untuk industri dan berpotensi untuk mengubah status industri perubatan semasa. Kami berharap untuk mewujudkan peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelas Dr. Anand lagi.
Setiap
pihak kerjasama ini berharap inisiatif ini akan membuka jalan kepada pengusaha
industri lain untuk menyertai gabungan ini untuk membantu meluaskan lagi akses
bagi pesakit untuk mendapatkan diagnosis kanser paru-paru pada harga yang
berpatutan di negara ini.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi : https://www.lungcancer.net.my/free-ldct-lung-screening-programme-2/
No comments: