REVIEW : TUNCH DI AMES HOTEL MELAKA, HARGA DARI RM60.00
Biasa kita dengar lunch dan brunch, kan ? Tapi di AMES Hotel Melaka, mereka memperkenalkan TUNCH sebagai kata ganti gabungan antara hi-tea dan juga lunch. Uniknya, TUNCH adalah perkataan yang direka oleh team AMES Hotel Melaka sendiri. Hee~
Tunch yang hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti pelbagai kuih muih tradisional Melayu dan Nyonya, Yong Tau Foo, Murtabak Ayam, pasta Aglio Olio, Nasi Lemak, Kari Kambing, Udang Goreng Berlada, Wantan, Sate Ayam dan Daging, Piza Tom Yam, waffles dan banyak lagi.
BACA SINI --> SEMUA BILIK ADA BATHTUB !! SERIUS BEST !!
Dessert ?
Jangan cerita pasal dessert yang ada di sana. Kakak tergamam dengan pelbagai jenis dessert yang ada. Ada Bubur Kacang Merah, Air Batu Campur, Madelines, pelbagai kek dan kuih muih tradisi tempatan seperti Kuih Seri Muka, Bingka Ubi. Terliur !! Semuanya sedap-sedap belaka.
Menggabungkan selera Melayu dan Baba Nyonya, inisiatif Executive Chef Ramu Suppiah dan barisan chef terlatih AMES Hotel Melaka mencipta gabungan rasa yang sentiasa menjadi pilihan para pengunjung.
Memberi keselesaan kepada pengunjung, hidangan Tunch yang boleh dinikmati dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang pada harga RM 70.00 untuk dewasa dan RM 60.00 untuk kanak-kanak dan warga emas ini boleh ditempah melalui hotline 012 698 2957 atau email terus ke dine@ames-hotel.com.
Teringat makanannya
ReplyDeleteHahahah~ Itu le !! Bila tah nak cuti ke Melaka lagi.
Delete