REVIEW : TUNCH DI AMES HOTEL MELAKA, HARGA DARI RM60.00

Biasa kita dengar lunch dan brunch, kan ? Tapi di AMES Hotel Melaka, mereka memperkenalkan TUNCH sebagai kata ganti gabungan antara hi-tea dan juga lunch. Uniknya, TUNCH adalah perkataan yang direka oleh team AMES Hotel Melaka sendiri. Hee~


Best Food In Melaka

Tunch yang hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti pelbagai kuih muih tradisional Melayu dan Nyonya, Yong Tau Foo, Murtabak Ayam, pasta Aglio Olio, Nasi Lemak, Kari Kambing, Udang Goreng Berlada, Wantan, Sate Ayam dan Daging, Piza Tom Yam, waffles dan banyak lagi.



BACA SINI --> SEMUA BILIK ADA BATHTUB !! SERIUS BEST !!


Dessert ?

Jangan cerita pasal dessert yang ada di sana. Kakak tergamam dengan pelbagai jenis dessert yang ada. Ada Bubur Kacang Merah, Air Batu Campur, Madelines, pelbagai kek dan kuih muih tradisi tempatan seperti Kuih Seri Muka, Bingka Ubi. Terliur !! Semuanya sedap-sedap belaka.


Food Review MelakaMakan Sedap Di MelakaFood Review Melaka


Menggabungkan selera Melayu dan Baba Nyonya, inisiatif Executive Chef Ramu Suppiah dan barisan chef terlatih AMES Hotel Melaka mencipta gabungan rasa yang sentiasa menjadi pilihan para  pengunjung.


Buffet Ramadhan MelakaBuffet Ramadhan Melaka 2023Makan Malam Murah Melaka


Memberi keselesaan kepada pengunjung, hidangan Tunch yang boleh dinikmati dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang pada harga RM 70.00 untuk dewasa dan RM 60.00 untuk kanak-kanak dan warga emas ini boleh ditempah melalui hotline 012 698 2957 atau email terus ke dine@ames-hotel.com.


Hotel Murah Melaka
Best Pizza In Malacca
What To Eat In Ayer Keroh Melaka

"Atieeeeeee. Sedap ke ?"
Hahahaha~ Mesti korang tertunggu kakak bagitau review dari anak tekak kakak. Kan ? Ya !! Jujur dan ikhlasnya, kakak suka ke semua hidangan yang mereka sediakan. Disebabkan kakak memang suka sangat Nasi Lemak Daun Pisang dan pelbagai jenis pencuci mulut - Ya !! Kakak luluskan menu yang ada di The Munch untuk sesi Tunch ni.

Kedai Kek Murah Melaka
Best Dessert Melaka
Dinner Melaka

Walaubagaimanapun, review ini tertakluk pada anak tekak kakak saja lah. Kalau korang nak bagi rating mungkin korang sendiri kena turun padang dan cuba. Lepas tu boleh tinggalkan komen korang beserta bintang di ruang tersedia di bawah.

Taknak lah nanti korang kecam kakak, "Kata sedap, tapi i makan kenapa rasa tak sampai eh ?" Hahahaha~ Jam itu memang korang mintak kena cubit. Tekak dan selera kita tak sama, kalau sedap pada kakak tapi tak sedap pada korang - Bukan masalah kakak tau.

Pergi sendiri.
Alami.
Nikmati.

Okay ?

TUNCH at The Munch, AMES Hotel Melaka

12.00 tengahari - 4.00 petang
RM 70.00 ; Dewasa
RM 60.00 ; Kanak-kanak dan warga emas
Tempahan - 012 698 2957 atau email terus ke dine@ames-hotel.com.


2 comments:

Powered by Blogger.