REVIEW : 3 HARI 2 MALAM DI AMES HOTEL, MELAKA

Sebagai orang yang gigih bekerja, bila dapat cuti memang kakak akan all out. Kalau boleh tak nak keluar dari kawasan hotel sebab perlukan REHAT sebelum kembali aktif bekerja. Sama juga dengan Mie. Hee~ Nampak sekufu kan kami ? Alhamdulillah. Pilihan hotel kali ni memang TEPAT dan tak salah. Kakak dan Mie memang suka SEMUA yang ada di AMES Hotel, Melaka sampai terlupa nak balik KL.


Travel Blogger Malaysia

AMES Hotel yang terletak di Ayer Keroh, Melaka merupakan hotel bertaraf 5 bintang diuruskan sepenuhnya oleh Alorie Hospitality yang menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa seperti bilik yang luas, setiap bilik mempunyai tab mandi, kelengkapan bilik yang lengkap dan eksklusif, rekahias yang estetik moden disertakan banyak sudut mesra bergambar pastinya tidak jemu mata memandang.


Menyediakan 289 buah bilik tetamu yang terdiri dari Deluxe Garden King, Deluxe Garden Twin, Deluxe King, Deluxe Twin dan bilik paling istimewa iaitu Merchant Suite. Semua bilik yang disediakan bersaiz 31 sqft kecuali Merchant Suite bersaiz 62 sqft. Pada kakak memang saiz bilik dorang sangat memuaskan hati.



REVIEW AMES HOTEL, MELAKA


Disebabkan anak-anak dah besar, kakak rasa connecting room adalah bilik yang paling sesuai dengan kami. Connecting room tu kira dua bilik yang dihubungkan dengan pintu pada tengah-tengahnya. Kira boleh akses kedua-dua bilik tanpa perlu keluar dari pintu utama.

Ayer Keroh Hotel
Hotel Melaka Best

Satu Deluxe King dan satu Deluxe Twin.
Sangat selesa.


Kedua-dua bilik dilengkapi kemudahan asas seperti :
  • Bilik mandi bersama set mandian
  • Tuala mandi besar dan kecil
  • Setiap bilik mandi ada bathtub !!
  • Set minuman - Serbuk kopi dan air mineral
  • Iron dan iron board
  • Jubah mandi dan selipar
  • Televisyen
  • Safety box
  • Torch light
  • Set meja kerja
  • Telefon IDD
  • Penimbang berat
  • Minibar
  • Tanda arah Kiblat dan sejadah
  • Akses internet secara PERCUMA


BACA SINI --> NAK MAKAN APA DI AMES HOTEL ?


hotels in malacca city centre

Masuk je bilik memang terus rasa kaya sebab bauan dalam bilik yang sangat mewah. Hahahaha~ Faham tak bau kaya tu macam mana ? Ha. Bau yang itu lah. Kakak memang suka sungguh. Dapat lah bayangkan betapa tenangnya kalau ambil langkah pertama berbaring santai atas katil sambil menghirup kopi suam. Peh !!

Hotel Bajet Ayer Keroh
Hotel Ayer Keroh, Melaka
Hotel Murah Melaka Ada Kolam

Ya !! Setiap bilik ada bath tub. Hee~ Punya lah seronok rasa. Tapi kakak terfikir jugak, "Adakah kesemua bilik kat sini ada bath tub ?" Jawapanya - YA !! 289 bilik di AMES Hotel, Melaka ada bath tub !! Tak de satu bilik pun tertinggal.

Finishing keseluruhan bilik mandi adalah dari Carrara marble tiles yang popular di Itali. Ia juga merupakan antara tiles paling berkualiti dan cantik dipasaran.

** Blink **

Hotel With Bathtub Melaka

A. Cemana nak explain eh rasa seronok bila tau benda benda KECIL macam ni ? Faham tak ? Nilai yang tak sampai RM 300.00 satu malam tapi korang dapat bilik yang ada bath tub. Serius korang kena pertimbangkan hotel ni sebagai tempat persinggahan korang nanti nanti.

Muslim Friendly Hotel Melaka
Bilik Hotel Dengan Bathtub

Sebagai orang yang sentiasa bekerja dan memerlukan ruang untuk bekerja dengan laptop, ya. Meja kerja adalah sama penting dengan internet. Nak puji apa lagi ? Internet di AMES Hotel memang laju berdesup. Alhamdulillah. 3 hari 2 malam yang kami tak perlu bimbang sekiranya perlu menyiapkan kerja tepat pada masa.

AMES Hotel Melaka
Siang adalah waktu kerja Mie. Jadi. Enjoy lah beliau di situ tanpa gangguan. Hee~

Kat sini ada banyak kemudahan lain termasuklah swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak, gimnasium, ballroom yang boleh memuatkan 600 orang dalam satu-satu masa dan yang terbesar di Melaka, restoren yang menghidangkan pelbagai hidangan halal tempatan dan antarabangsa, bilik karaoke, rooftop lounge - Moonbar dan tak lama lagi akan ada spa.

Hotel 5 Bintang Melaka

Untuk trip kali ni memang kami fokus untuk berehat dan kembali semula ke KL dengan semangat kerja baharu serta persiapan menghadapi dunia dengan lebih kuat. Jadi !! Banyak masa kami hanya terperap dalam bilik, berendam dalam swimming pool dan turun makan di The Munch bila sampai waktu makan je. Hee~ 

Hotel Murah Melaka

Korang bukan macam kami ?
Okay. Ni kakak nak bagi cadangan sekiranya korang menginap di AMES Hotel dan nak keluar berjalan-jalan ambil angin di tempat tarikan berhampiran dengan hotel, mungkin korang boleh ke Zoo Melaka, Taman Burung Melaka, Muzium Lebah, MITC, Melaka Wonderland, Taman Botani Melaka, Medan Kraftangan Ayer Keroh dan Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park.

Adakah kakak akan ulang inap di AMES ?
Hee~ Ya !! Sudah tentu. Rasa jiwa terlampau dekat dengan AMES Hotel sebab layanan krew di sana buat kami selesa. Ha. Mesti nak tau lanjutkan apa yang sempat kakak bualkan dengan krew di The Munch ? Nanti.

Buat tempahan awal !!
Jangan cakap kakak tak pesan. Hee~


AMES Hotel Melaka

Hotline : 06 318 3999

2 comments:

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti dah habis, kembali bekerja dan memerah keringat untuk percutian seterusnya. Hee~

      Delete

Powered by Blogger.