PRODUK BAKERI AEON BiG RASMI TERIMA SIJIL HALAL
Terus memacu usaha untuk membawa lebih banyak produk berstatus Halal kepada pelanggan, AEON BiG sekali lagi mencipta sejarah dengan penerimaan Sijil Pengesahan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) bagi memberi keselesaan dan keyakinan kepada pengguna.
"Kami amat menitikberatkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasaraya kami. Ianya termasuk juga mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM di mana pelanggan kami yang beragama Islam khasnya tidak akan merasa was was.."
-- Sheikh Farouk Sheikh Mohamed ; Pengarah Urusan AEON BiG
AEON BiG juga berusaha untuk memastikan produk sedia untuk dimakan adalah halal dan mematuhi piawaian Halal Malaysia, MS 1500. Selain daripada memastikan bahan mentah yang digunakan mematuhi syariah, AEON BiG juga mengutamakan keselamatan, kualiti dan kebersihan secara optimum disetiap premis. Menjadikan rutin audit dalaman halal termasuk audit pembekal, 'Halal Management Review Meeting' bersama Jawatankuasa Halal setiap tahun bagi menilai keberkesanan sistem, menuruti piawaian dan pematuhan halal.
BAKERI AEON, LA BOHEME
La Boheme merupakan produk bakeri di bawah jenama AEOB yang boleh didapati di AEON Big dan juga pasaraya AEON di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai produk bakeri segar dibakar setiap hari termasuklah pasti serta puding. Pelbagai inovasi telah dilakukan terhadap produk-produk yang dijual bagi memberi variasi kepada pelanggan.
Selain pengiktirafan yang diterima, AEON BiG juga sentiasa memacu perniagaannya dengan membantu Pengusaha-Pengusaha Kecil Sederhana ( PKS ) memasarkan produk halal keluaran mereka melalui 21 cawangannya diseluruh negara. Baru-baru ini AEON BiG telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman berjenama BubblesO2 untuk memasarkan produk terbaharu mereka disemua cawangan pasaraya besar AEON BiG di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimeterai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 ( MIHAS 2022 ) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggannya, AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antara kerjasama yang telah terjalin adalah bersama :
- Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ) dalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia ( PJKM ) dan Kempen Beli Barangan Malaysia ( KBBM )
Menarik dan lepas ni tiada was-was lagi dalam pembelian produk halal. Alhamdulillah... Semoga AEON Big terus menawarkan produk terbaik buat para pelanggannya
ReplyDeleteKlo dah ada label halal, nyaman dan nikmat makannya
ReplyDelete