KVCLEAN, MESRA ALAM SEKITAR JENAMA BAHARU KELUARAN KOPETRO

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya, KOPETRO Ventures Sdn. Bhd. telah melancarkan produk baharu jenama KVClean baru-baru ini di ruang legar Megan Avenue 2, Kuala Lumpur.


Blogger Malaysia

Telah beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan perkihdmatan penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean yang dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan bertaraf lima bintang.


"Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid19.."

-- Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman , Pengerusi Bahagian Perdagangan dan Servis Peruncitan


Koperasi Petronas


GREEN & CLEAN


Bertemakan Green & Clean, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.


KOPETRO
DIY Aircond Cleaner

Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel ini dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.


Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean telah menawarkan 'Promosi Hari Terbuka KVClean' yang merupakan pakej peyelenggaraan penyaman udara serendah RM 50.00 satu unit untuk sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat serendah RM 399.00 sebulan yang merangkumi lapan sesi pembersihan selama dua jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama satu tahun khusus buat pelanggan yang mendaftar semasa majlis tersebut berlangsung.

Untuk pengetahuan umum, KVClean juga telah mengeluarkan produk cucian penghawa dingin yang membolehkan pengguna melakukan sendiri cucian di rumah atau pejabat. Ya !! DIY je.

Disinfection Kit DIY

Kalau korang berminat dengan perkhidmatan yang disediakan oleh KVClean boleh juga membuat tempahan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013 399 7688.


FACEBOOK    |    INSTAGRAM


KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan. Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan kedua Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. 


Senarai Koperasi Di Malaysia



No comments:

Powered by Blogger.