METROJAYA LALAPORT, BUKIT BINTANG KINI TELAH DIBUKA UNTUK UMUM
Setelah mengukuhkan reputasi dalam industri peruncitan lebih dari empat dekad, Metrojaya kini kembali memperkenalkan kedai next-gen terbaharu mereka khsusu buat peminat setia gedung ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Tekad untuk memberi pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan untuk semua pelanggan, gedung terkemuka ini menyediakan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.
Komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menghasilkan produk-produk pilihan dan gaya hidup yang tersendiri, Metrojaya sangat mementingkan mutu serta kualiti dan memberi peluang kepada pelanggan mereka memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.
-- Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store
Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama menyediakan vendor kopi tersendiri untuk memberi pengalaman unik membeli-belah kepada pelanggan. Masih dalam perancangan, vendor kopi yang disediakan bukan sahaja membolehkan pelanggan bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah tak lama lagi mereka akan menganjurkan bengkel berasakan kopi yang mungkin menjadi tarikan kepada penggemar kopi disekitar Kuala Lumpur.
METROJAYA LALAPORT
Debut Metrojaya di LaLaport merupakan yang pertama di Asia Tenggara
memberikan detik yang penting dalam perjalanan mereka sebagai peruncit
kerana ia membolehkan Metrojaya sekali lagi mendekatkan jenama bersama pelanggan dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik.
-- Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store
Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL. Ia hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki ke Metrojaya LaLaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. Sempena pembukaan caj parkir adalah PERCUMA sehingga hujung bulan Oktober 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my.
Rambang mata kalau mai sini ni
ReplyDelete