AEON ANJUR 'KITA MERDEKA, KAMI ANAK MALAYSIA' MENYUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK CINTAKAN NEGARA

Turut mengambil bahagian meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 pada tahun ini, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) telah menjayakan program 'Kita Merdeka, Kami Anak Malaysia' di AEON Mall Nilai.


AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan

Program yang berlangsung di perkarangan AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan menghidangkan pelbagai aktiviti menarik khusus buat pengunjung antaranya :

  • Tukar Minyak Hitam Motosikal secara Percuma (Kategori Kapcai)
  • Bike Gathering
  • Persembahan artis jemputan dan busking (Penghibur jalanan)
  • Pertandingan nyanyian
  • Demonstrasi memasak
  • Agihan Kuih Bakar

Merdeka Malaysia Ke-65
Sambutan Hari Merdeka Ke-65
Konvoi Bermotosikal Merdeka

Ada juga tapak pameran dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan Polis Diraja Malaysia.


KITA MERDEKA, KAMI ANAK MALAYSIA


Turut hadir menyeri dan memeriahkan program ini ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA; Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.


AEON Malaysia

Nyanyian lagu Negaraku berkumandang di udara tepat pada jam 1 petang dan dinyanyikan oleh pengunjung serta tetamu kehormat. Ia dinyanyikan secara serentak di semua cawangan AEON di Seluruh Malaysia sebagai simbolik Hari Kemerdekaan Ke-65 sekaligus mencipta rekod sama seperti tahun lepas apabila AEON memegang rekod 'Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak'.


Promosi AEON Malaysia

Sambutan seperti ini merupakan salah satu usaha AEON memberi pengalaman baharu kepada pengunjung sekaligus menyuntik semangat cintakan negara dan memupuk nilai-nilai sahsiah murni sebagai Anak Malaysia untuk terus kekal bersatu teguh sepanjang masa.


Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama


Tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia


A Samad Said


Tahniah dan jutaan terima kasih buat AEON kerana menganjurkan program seperti ini, sekaligus menyatupadukan masyarakat setempat bawah satu bumbung berkongsi pelbagai rasa bangga dan gembira. Diharap pada tahun mendatang AEON masih dapat menganjurkan program seperti ini dan menjadi sisi baik untuk menyuntik semangat jiwa MERDEKA dalam diri masyarakat.


Selamat Hari Merdeka, Malaysia !!
Semoga keamanan dan keharmonian rakyat pada harini kekal sehingga bila-bila.



1 comment:

  1. Selamat Hari Merdeka... Meriah betul tengok sambutan di AEOM Mall Nilai tu ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.