PRODUK BAKERI AEON BiG RASMI TERIMA SIJIL HALAL

Terus memacu usaha untuk membawa lebih banyak produk berstatus Halal kepada pelanggan, AEON BiG sekali lagi mencipta sejarah dengan penerimaan Sijil Pengesahan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) bagi memberi keselesaan dan keyakinan kepada pengguna.


Kedai Roti Halal JAKIM


Penyerahan sijil halal telah dilakukan oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) kepada Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG di sebuah majlis yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah disaksikan oleh pegawai jemputan dari JAKIM. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Datuk Iskandar Sarudin, Pengarah AEON BiG diiringi Dr. Kasuma Satria Mat Jadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dalaman Halal AEON BiG.


"Kami amat menitikberatkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasaraya kami. Ianya termasuk juga mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM di mana pelanggan kami yang beragama Islam khasnya tidak akan merasa was was.."

-- Sheikh Farouk Sheikh Mohamed ; Pengarah Urusan AEON BiG


Kedai Roti AEON BiG Rasmi Terima Sijil Halal JAKIM


AEON BiG juga berusaha untuk memastikan produk sedia untuk dimakan adalah halal dan mematuhi piawaian Halal Malaysia, MS 1500. Selain daripada memastikan bahan mentah yang digunakan mematuhi syariah, AEON BiG juga mengutamakan keselamatan, kualiti dan kebersihan secara optimum disetiap premis. Menjadikan rutin audit dalaman halal termasuk audit pembekal, 'Halal Management Review Meeting' bersama Jawatankuasa Halal setiap tahun bagi menilai keberkesanan sistem, menuruti piawaian dan pematuhan halal.



BAKERI AEON, LA BOHEME


La Boheme merupakan produk bakeri di bawah jenama AEOB yang boleh didapati di AEON Big dan juga pasaraya AEON di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai produk bakeri segar dibakar setiap hari termasuklah pasti serta puding. Pelbagai inovasi telah dilakukan terhadap produk-produk yang dijual bagi memberi variasi kepada pelanggan.


Roti Halal AEON BiG

Selain pengiktirafan yang diterima, AEON BiG juga sentiasa memacu perniagaannya dengan membantu Pengusaha-Pengusaha Kecil Sederhana ( PKS ) memasarkan produk halal keluaran mereka melalui 21 cawangannya diseluruh negara. Baru-baru ini AEON BiG telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman berjenama BubblesO2 untuk memasarkan produk terbaharu mereka disemua cawangan pasaraya besar AEON BiG di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimeterai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 ( MIHAS 2022 ) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AEON Big Terima Sijil Halal
Kedai Roti La Boheme, AEON Big
Sijil Halal Bakeri AEON

Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggannya, AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antara kerjasama yang telah terjalin adalah bersama :


  • Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ) dalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia ( PJKM ) dan Kempen Beli Barangan Malaysia ( KBBM )

Dengan semangat AEON yang bermaksud 'BERKEKALAN" dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had. Mempunyai seramai 13 eksekutif halal yang diiktiraf di ibu pejabat dan sejumlah 38 eksekutif halal yang diiktiraf si seluruh cawangan AEON Big ( M ) Sdn. Bhd. dan AEON cp. ( M ) Bhd. Melalui perancangan keseluruhan premis sedia untuk dimakan, bakeri dan Delicatessen di AEON BiG dianggarkan bakal disahkan halal pada tahun 2023.


2 comments:

  1. Menarik dan lepas ni tiada was-was lagi dalam pembelian produk halal. Alhamdulillah... Semoga AEON Big terus menawarkan produk terbaik buat para pelanggannya

    ReplyDelete
  2. Klo dah ada label halal, nyaman dan nikmat makannya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.