REAKSI PASARAN SAHAM SETELAH ANWAR IBRAHIM DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10 ( PMX )

Pilihanraya ke 15 telah pun berlalu dengan tenang. Kita telah membuat pilihan, siapa pemimpin yang kita mahukan. Setelah berhari-hari dua parti ini - iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional - berebut kuasa di Parlimen.


Perdana Menteri Malaysia Ke-10


Akhirnya, terungkai misteri siapa menguasai tampuk pemerintahan negara.


DS Anwar Ibrahim, akhirnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-sepuluh. Berkat kesabaran dan perjuangan selama 20 tahun, beliau akhirnya menjawat jawatan nombor 1 negara.



REAKSI PASARAN


Seperti diketahui ramai, pasaran saham negara kita terpengaruh dengan berita-berita politik. Pada 24 November 2022, Majlis Raja-Raja bersidang dan bersetuju memilih Ahli Parlimen Tambun, DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



Ekonomi Malaysia Setelah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri


Beberapa jam selepas pengumuman dibuat, indeks FBM KLCI menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding prestasi selama 2 bulan setengah sebelum ini. Apabila dagangan dibuka semula selepas rehat tengah hari, dalam minit pertama, indeks naik 40 mata kepada 1483.84.


Keseluruhan pasaran positif dengan 725 kaunter untung berbanding 206 rugi. Saham-saham lain seperti dalam bidang telekomunikasi, bank, dan ‘sin stock’ juga naik.


RM to Usd


Sudah pasti, saham berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu - MUI Properties Bhd dan Advance Synergy Bhd (ASB) juga menunjukkan peningkatan. Saham Eden, yang dikaitkan dengan TS Muhyiddin Yassin menunjukkan penurunan.



APA MAKSUD PASARAN ?



Kenaikan dalam pasaran saham menunjukkan keyakinan pelabur dalam dan luar negara atas kepimpinan DS Anwar Ibrahim. Tambahan lagi, pasaran telah berada dalam keadaan berjaga-jaga beberapa hari sebelum itu atas faktor ketidaktentuan kepimpinan. Dan apabila jelas, terus sahaja pasaran saham memberi signal yang kuat.


Persoalannya, adakah ekonomi kita akan terus meningkat naik?

Masih terlalu awal untuk kita katakan. Ini semua bergantung kepada dasar fiskal, pelaksanaan, dan prestasi yang akan kerajaan baru ini lakukan.

-- Penulis: Wafi Azian, WR Trader Academy



Ringgi Malaysia hari ini
Tukaran matawang USD ke MYR juga menunjukkan peningkatan.



FCPO dan pilihanraya


Satu lagi persoalan menarik, bagaimana pilihanraya mempengaruhi pasaran Futures Crude Palm Oil (FCPO)?


Dari pemerhatian, selama dua tahun, trend besar FCPO akan menunjukkan penurunan. Satu sifat FCPO ialah, momentum untuk ianya menurun adalah lebih kuat berbanding ianya menaik. Ia akan turun dengan kuat berbanding menaik.


Tetapi di sinilah letaknya kebaikan FCPO.

Ia adalah pasaran dua arah, maka kita boleh ambil kesempatan untuk jual dulu kemudian beli (macam dropship). Dan kita boleh beli kemudian jual bila pasaran menaik. Satu lagi kebaikan FCPO, ianya adalah untuk semua - tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti atau individu politik.


Pertama, kerana ianya tidak terikat kepada sentimen. Kedua, kerana tanpa sentimen politik pun, momentum FCPO bergerak dengan pantas. Volatiliti pasaran ini amat membantu untuk kita buat untung.


Perdana MEnteri Malaysia kesepuluh dan impak pada ekonomi


Maka, kita hanya perlu pandai baca carta, dan buat keputusan - untuk buat duit dari FCPO.


Nak belajar lanjut tentang trading FCPO? 


Jom baca lebih lanjut di 

https://atmasterclass.com.my/



No comments:

Powered by Blogger.