( FREE ) PRINTABLE PLANNER UNTUK REMAJA

Kalau tahun tahun sebelumnya, planner yang kakak beli tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Cantik memang cantik, warna warni, memang menarik tapi ada banyak mukasurat YANG TIDAK PERLU ada sebenarnya. Maka. Tujuan utama tak sampai. Menurut bijak pandai, orang yang gagal merancang ; merancang untuk gagal. 


Bagi mengelakkan kegagalan, marilah kita sama-sama merancang. Awalnya planner ni kakak buat dengan tujuan Aiman Aina belajar menabung dan merekod rutin harian mereka. Macam diari.


Teens Planner 2024

Ada sedikit masa terluang, sempatlah kakak duduk berbincang dengan Aiman Aina untuk menghasilkan planner 2023 ni. Ya !! Planner ni memang fokus untuk sesi persekolahan 2023 / 2024 yang akan mula pada bulan Mac nanti. Alhamdulillah. Planner paling ringkas dan minimalis. Gittew.



KLIK SINI -- FREE PRINTABLE PLANNER MACAM AIMAN AINA PUNYA



Disebabkan Aiman Aina adalah orang yang ringkas dan benda merepek buat mereka cepat jemu, planner ini dihasilkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dengan keywordnya - Manfaatkan setiap helaian dan elakkan pembaziran. Kata bijak pandai lagi, didiklah anak semasa mereka masih rebung. Bila dah jadi buluh sesuai buat lemang je. Hahahaha~ Pendedahan awal tentang menulis, merekod, menabung adalah satu skill yang akan membantu anak-anak pada masa hadapan. Insya Allah.


Kalau taknak masuk kat link di atas, boleh je save dari sini.

Teen Planner

Printable Planner for Kids

Free Planner For Kids

Planner Untuk Remaja

Tips Ajar Anak Menabung

Ajar Anak Menabung

Doa Untuk Pelajar Sekolah

Planner Untuk Kanak-kanak

Kids Planner

Expenses Tracker

Printable Planner For Teens

Kids Mental Health

2024 Planner Malaysia
Susun lah ikut kreativiti korang, keperluan korang, seberapa banyak yang diperlukan. Hee~ Semoga bermanfaat dan membantu.

5 comments:

  1. wahh berguna untuk student2. nice... Cuya cuma beli planner on9 yg bayar harga sesuka hati. ada di entri ni https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/printable-planner-2023-bayar-seikhlas.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah !! Cuya pun kaki planner ya. Hee~ Menarik tu siap boleh bayar sesuka hati.

      Delete
  2. bagus train dr kecik... but girls suka la bab planner2 ni...boys mesti x minat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak Mummy Ayu. Aiman lelaki, tapi okay je tengok dia handle planner tu. Kakak ajar dia susun perbelanjaan, dia pun minat rekod-rekod duit. Hee~

      Delete
  3. ammi sendiri tak reti guna planner.. sejenis yg hangat2 taik ayam je. minggu pertama kedua ok lagi..pastu hmmm kelaut

    ReplyDelete

Powered by Blogger.