( FREE ) PRINTABLE PLANNER UNTUK REMAJA
Kalau tahun tahun sebelumnya, planner yang kakak beli tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Cantik memang cantik, warna warni, memang menarik tapi ada banyak mukasurat YANG TIDAK PERLU ada sebenarnya. Maka. Tujuan utama tak sampai. Menurut bijak pandai, orang yang gagal merancang ; merancang untuk gagal.
Bagi mengelakkan kegagalan, marilah kita sama-sama merancang. Awalnya planner ni kakak buat dengan tujuan Aiman Aina belajar menabung dan merekod rutin harian mereka. Macam diari.
Ada sedikit masa terluang, sempatlah kakak duduk berbincang dengan Aiman Aina untuk menghasilkan planner 2023 ni. Ya !! Planner ni memang fokus untuk sesi persekolahan 2023 / 2024 yang akan mula pada bulan Mac nanti. Alhamdulillah. Planner paling ringkas dan minimalis. Gittew.
KLIK SINI -- FREE PRINTABLE PLANNER MACAM AIMAN AINA PUNYA
Disebabkan Aiman Aina adalah orang yang ringkas dan benda merepek buat mereka cepat jemu, planner ini dihasilkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dengan keywordnya - Manfaatkan setiap helaian dan elakkan pembaziran. Kata bijak pandai lagi, didiklah anak semasa mereka masih rebung. Bila dah jadi buluh sesuai buat lemang je. Hahahaha~ Pendedahan awal tentang menulis, merekod, menabung adalah satu skill yang akan membantu anak-anak pada masa hadapan. Insya Allah.
Kalau taknak masuk kat link di atas, boleh je save dari sini.
wahh berguna untuk student2. nice... Cuya cuma beli planner on9 yg bayar harga sesuka hati. ada di entri ni https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/printable-planner-2023-bayar-seikhlas.html
ReplyDeleteWah !! Cuya pun kaki planner ya. Hee~ Menarik tu siap boleh bayar sesuka hati.
Deletebagus train dr kecik... but girls suka la bab planner2 ni...boys mesti x minat sgt
ReplyDeleteTak jugak Mummy Ayu. Aiman lelaki, tapi okay je tengok dia handle planner tu. Kakak ajar dia susun perbelanjaan, dia pun minat rekod-rekod duit. Hee~
Deleteammi sendiri tak reti guna planner.. sejenis yg hangat2 taik ayam je. minggu pertama kedua ok lagi..pastu hmmm kelaut
ReplyDelete