BAJU RAYA SEDONDON REKAAN KLASIK DI BUTIK SHARA OTHMAN
Baju Raya Sedondon Rekaan Klasik Di Butik Shara Othman - Dah kalau namanya perempuan, memang takkan lepaskan peluang untuk memeriahkan musim perayaan dengan busana cantik dipagi raya. Sempat kakak singgah di Butik Shara Othman yang terletak di Central i-City, Shah Alam untuk intai-intai kot ada yang berkenan dimata ke kan. Hee~
Berani kakak cakap ( Taip !! ) untuk tahun 2023 ni memang banyak sangat pilihan baju raya yang bertemakan klasik. Bukan itu sahaja, workmanship yang digunakan juga menjadi aspek utama pembeli membuat pilihan.
BUTIK SHARA OTHMAN
- Bentong, Pahang
- Central i-City, Shah Alam
- East Coast Mall, Kuantan
- Camelia
- Dress labuh yang diperbuat dari fabrik jenis satin berkilat dan digabungkan dengan renda berbunga pada bahagian lengan memberi effect kurus dan elegant pada pemakai. Ada tiga warna yang menarik iaitu Moss ( Hijau Lumut ), Rose Gold, Silver, Champange dan Baby Blue.
- Saoma
- Kebarung labuh yang diperbuat dari kain kapas ini bercorak garis lurus menegak membuat si pemakai nampak kurus dan tinggi. Tersedia dalam siz S, M, L, XL dan XXL - Potongan Saoma yang ringkas sangat sesuai dipadankan untuk semua majlis.
- Ramona
- Baju Kurung Moden yang telah diberi nafas baharu dengan perincian renda pada bahagian baru dan leher membuatkan Ramona nampak classy yet elegant. Diperbuat dari 100% fabrik kapas, Ramona tersedia dałam tiga warna iaitu Pink Blush, Green Sage dan Hitam yang boleh sedondon antara ibu dan anak perempuan.
- Kartini
- Mengekalkan potongan asal Kurung Pahang untuk dewasa dan Kurung Moden untuk kanak-kanak, Kartini diperbuat dari supera Shantung yang tidak panas, lembut dan fabriknya tidak pecah. Ramona tersedia dalam tujuh warna yang sangat menarik dan bolec disuai padan nutuk ibu dan anak perempuan.
- Tijah
- Potongan Kebaya Riau Moden yang longgar dan tidak melekap pada badan, Tijah diperbuat dari eyelet cotton yang ringan dipadankan dengan kain lipat batik Tijah tersedia untuk ibu dan anak perempuan dalam warna putih dań hitam.
No comments: