MISTER POTATO SERTAI LIGA PROFESIONAL MALAYSIA MOBILE LEGENDS: BANG BANG MUSIM 12 (MPL MY S12) SEBAGAI RAKAN SNEK RASMI

Mister Potato, jenama kerepek kentang nombor satu Malaysia, telah bekerjasama dengan Liga Profesional Malaysia Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY) untuk membawakan keseronokan dan keterujaan permainan pemenang anugerah ini kepada penggunanya.

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), yang dicipta oleh syarikat permainan video antarabangsa MOONTON Games, ialah permainan Arena Pertempuran Dalam Talian Berbilang Pemain Multiplayer Online Battle Arena MOBA ) paling popular di dunia, yang menyatukan komunitpemain menerusi kerjasama sepasukan dan strategi. Permainan e-sukan ini menarik penyertaan meluas di peringkat global, dengan satu bilion permainan dimuat turun di serata dunia dan sejumlah 100 juta pemain aktisebulan. Malah MLBB merupakan permainayang paling banyak dimuat turun di Malaysia, dengan anggara5 juta pengguna aktif di negara

Kedudukan kukuh MLBB di Asia Tenggara selama ini telah menyaksikan kemunculan dan pertumbuhan lima Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang ( MPL ) yang dikendalikan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja. Mister Potato ialah Rakan SneRasmi bagi Musim 12 MPL MYpertandingan MLB terbesar Malaysia. Pemenang MPL MY akan mewakili negara dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M5 2023pada bulan Disemberuntuk memenuhi misi MI5I Malaysia menyemarakkan semangat #pantangmengalah di pentas antarabangsa.

Malaysia akan menjadi tuan rumah acara M-Series Wild Card yang pertama pada bulan November ini. Pakatan baharu iniMister Potato x MPLMYS12 – adalah sebahagian daripada kerjasama berterusan antara Mister Potato dan selebriti dan jenama terkenal dari seluruh dunia. Kempen terbaharu ini membawakan tema Alami Rasa Legendary” dan akan berlangsung dari 14 Ogos hingga 3Oktober 2023Tiga watak MLBBBeatrix the Marksman, Lancelot the Assassin dan Martis the Fighterdan skin ( penampilan watak masing-masing akan dipaparkan pada pembungkusan produk Mister Potato, termasuk dua perisa edisi terhad. Produk edisi terhad ini terdiridaripada Mister Potato Syok Wave Perisa Fulamak Sotong Pedas dan Mister Potato Perisa Krim Masam & Bawang.

team secret mlbb

Mister Potato Syok Wave Perisa Fulamak Sotong Pedas memperkenalkan perisa baharu kerepek kentang potongan bergerigi crinkle cutjenama iniiaitu perisa sotong dengan rasa manis dan pedas yang menyelerakanmanakala Mister Potato Perisa Krim Masam & Bawang memperkenalkan adunan tradisional krim masam dan bawang wangi dalam rangkaian kerepek kentang ini.

play.mobile legends.com

Pertandingan MPL Malaysia Musim12 akan diadakan setiap Jumaat hingga Ahad, sepanjang tempoh antara 18 Ogos hingga Oktober 2023Acara ini akan berlangsung di Dewan Sri Putra, di Bukit JalilKuala LumpurPengunjung yang singgah digerai pameran Mister Potato di acara tersebut berpeluang memenangi MLBB skin dan MLBB Diamondyang merupakan mata wang permainan dan cenderahati Mister Potato x MPLMYS 12 edisi terhad seperti kemeja-t, botol air sukan, soket potelefon dan bedengan pembelian produk Mister Potato.

Kerjasama antara Mister Potato dan dunia permainan mayaterutamanya permainan popular seperti MLBB menandakan langkah strategibagi pemimpin pasaran seperti kami. Usaha ini membolehkan jenama kami menarik khalayak yang sangat berminat dan terlibat dalam permainan dan meningkatkan tahap keterlihatan jenama dalam pasaran yang kompetitimenerusi kempen pemasaraunik,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker.

Industri e-sukan telah berkembang pantas selama ini dan kerjasama dengan dunipermainan maya sesungguhnya membolehkan kami mendekati khalayak yang berbeza dan demografi lebih muda sambil membawakan sesuatu yang baharu dan menarik kepada pelanggan kami yang sedia ada,” tambahnyaPeminat MLBB juga berpeluang memenangi lebih banyak MLBB DiamonddaMLBB skindi samping hadiah-hadiah menarik lain berjumlah RM 60,000.00 dengan peraduan Alami Rasa Legendary yang akan diadakan sehingga 3Oktober 2023Untuk melayakkan diri menyertai peraduan, pengguna perlu membeli mana-mana produk Mister Potato, menulis nama dan nombokad pengenalan pada resit dan menghantagambarnya menerusi WhatsApp ke +601156881139.

Mister Potato akan menawarkan dua hadiah utama berupa iPhone 14 Pro dan 5,000 MLBB Diamonddan dua hadiah kedua berupa Kerusi Permainan Secretlab dan 3,000 MLBB DiamondsDalam pada itudua hadiah ketiga Speaker Bluetooth Marshall Stanmore II dan 2,000 MLBB Diamonddan dua hadiah keempat iPad ( Generasi Ke-10 ) dan 1,000 MLBB Diamondmenanti pemenang bertuahnyaSebanyak 60 hadiah sagu hati bulanan berupa wang tunai RM 100.00 dan Epic Skin watak MLBB turut disediakan.

razer gold ml

Saluran runcit yang turut serta termasuk pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, gedung e-dagang, kedai stesen petrol dan kedai serbaneka di seluruh negara. Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips dan Mister Potato Crisps. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister atau paket. Rangkaian pilihan perisa yang boleh didapati di pasaran termasuk:
  • Mister Potato Crisps-Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;
  • Mister Potato Chips -Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu; 
  • Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips-Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood

Produk Mister Potato boleh didapati dalam paket dan juga kanister dan dijual pada harga RM 3.20 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke careline@mamee.com.myatau melayari visit https://mamee.com/.Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)

No comments:

Powered by Blogger.