Yang Mana Lebih Bahaya? Rokok Atau e-Rokok? - Membesar dalam persekitaran yang menjadikan rokok sebagai ‘sahabat’, i memang selalu cari jalan terbaik untuk larikan diri sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri sendiri. Seakan tiada jalan untuk menyingkirkan rokok dari kehidupan, i terpaksa cipta kesedaran melalui platform yang i mahir seperti media sosial dan blog.
“Kalau nanti abang dah besar, ibu marah tak kalau abang hisap rokok?”
Patah juga hati dan perasaan ni bila anak tanya soalan macam tu. Hee~ Sebagai ibu yang bijak, i memang dah bersedia dengan pelbagai kemungkinan sepanjang proses anak-anak membesar. Ibarat, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Rupanya, ada kawan sekelas menggunakan e-rokok. Em. Bila Aiman dah cerita secara detail barulah i faham apa yang bermain dalam kepala dia.
I tak ambil masa yang lama, i terus terangkan ‘kelebihan’ merokok dan apa jenis kerugian apabila mengambil keputusan untuk menjadi seorang perokok. Disebabkan i tak nampak langsung kebaikan merokok, hujah i memang padu sampai Aiman putus soalan. Mujur Aiman rajin bertanya dan mahu ambil tahu serba sedikit tentang kelebihan dan bahaya rokok.
BETUL KE ROKOK BAHAYA?
Berdasarkan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor utama bagi penyakit bahaya dan menjadi punca sehingga 12% kematian di Malaysia setiap tahun. Perokok juga turut menempah pelbagai penyakit lain yang berkaitan dengan kesihatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang seperti:
- Strok / Angin ahmar
- Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan saluran darah menjadi sempit sehingga menyukarkan darah mengalir. Akibatnya, sebahagian badan boleh menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti barah, lelah dan bronkitis
- Barah / kanser
- Radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
- Nafas ber berbau dan mudah mendapat jangkitan pada mulut
- Mengurangkan suhu badan
- Kulit muka cepat berkedut
I ada buat kajian melalui pembacaan dan penemuannya sangat mengejutkan! Dianggarkan ada lebih 1.1 billion perokok dewasa di dunia manakala menurut Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 - 2020 telah merekodkan seramai 4.7 juta orang perokok di Malaysia.
Sedihnya, dianggarkan lebih 27,200 penduduk di Malaysia terbunuh akibat penggunaan tembakau pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, 9 dari 10 perokok tegar tidak mahu berhenti merokok.
FAKTA TENTANG NIKOTIN YANG MUNGKIN TIADA ORANG YANG TAHU
Secara semulajadinya, nikotin boleh ditemui dalam tumbuhan terutamanya keluarga Solanaceae yang juga dikenali sebagai ‘Nightshades’ seperti kentang, tomato, dan terung. Secara amnya, nikotin dalam rokok berfungsi untuk merangsang pengeluaran dopamin dari dalam otak. Dopamin melatih otak kita untuk mengulang pengambilan nikotin dan setiap kali kita menghisap rokok, otak kita akan mengeluarkan perasaan teruja, puas dan gembira. Sebab itu, semakin lama kita merokok semakin sukar untuk meninggalkannya.
Namun, nikotin bukanlah punca utama penyakit kronik yang berkaitan dengan tabiat merokok. Sebaliknya, kesan asap daripada pembakaran tembakau atau bahan yang terdapat dalam rokok menjadi punca utama kepada penyakit serius termasuk kanser paru-paru yang dihidapi perokok aktif dan pasif.
PROSES PEMBAKARAN ROKOK
I sempat ajar Aiman bagaimana proses pembakaran rokok dan bagaimana asap terjadi serta apa kesan asap tersebut pada perokok dan orang sekeliling. I share sini lah ye. Hee~
Ringkasnya, asap yang terhasil dari rokok terhasil dari proses pembakaran yang melibatkan tembakau (bahan api) lalu menghasilkan abu, haba, cahaya (tenaga) dan asap. Untuk pengetahuan i, Aiman dan korang, menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, setiap asap yang dihembuskan mengandungi lebih dari 6,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 100 dari bahan kimia tersebut diklarifikasikan sebagai sangat bahaya atau berpotensi membahayakan kesihatan perokok dan orang sekelilingnya.
ADAKAH TAR DALAM ROKOK SAMA DENGAN TAR JALAN?
“Kalau ibu perasan, dalam rokok ada tar. Tar tu yang macam kat jalan TAR ni ke?"
- Tanya Aiman sambil tunjuk jalan raya yang baru diturap. Masih hitam legam berbau hangus.
I jawab. Sudah tentulah TIDAK.
TAR yang terkandung dalam rokok merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan ukuran berat berasaskan zarah dalam asap rokok yang dihasilkan. Tar tidak diterjemahkan kepada pelepasan kimia sebaliknya ia hanyalah sukatan berat. Formulanya begini :
Asap rokok - Air - Nikotin = TAR
Namun, ada sesetengah data menjelaskan bahawa TAR menghasilkan permukaan melekit pada dinding dalam paru-paru dan menjadi punca pelbagai penyakit kronik berkaitan pernafasan dan kanser.
ROKOK BEBAS ASAP SEBAGAI ALTERNATIF
Melalui pembacaan i, ada sebuah kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk “Addiction” oleh pakar kardiologi, Dr. Konstantinos Farsalinos mendapati e-rokok berpotensi baik menjadi pengganti rokok tembakau kerana ia mampu membebaskan formaldehid yang kurang ekstrem.
Secara umumnya, kandungan cecair dalam e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol atau kedua-duanya dan ditambah dengan sukatan nikotin serta bahan kimia berperisa. Formaldehid terbentuk dari hasil tindakbalas propilena glikol dan gliserol ketika proses pengewapan berlaku. Ya! Betul. Formaldehid tetap dibebaskan menerusi e-rokok namun kadarnya lebih rendah berbanding rokok tembakau.
Kalau rokok biasa ada kandungan nikotin dan tar yang menjadi penyebab pelbagai penyakit kronik manakala e-rokok hanya mengandungi nikotin selain formaldehis, glikol dan persia.
Apa pula heated tobacco products “HTP”? HTP pula bertindak memanaskan tembakau dibawah suhu 350°c tanpa proses pembakaran dimana ia tidak menghasilkan api, abu dan juga asap. Ia cuma menghasilkan wap yang mengandungi nikotin berperisa yang membebaskan rasa sebenar tembakau.
Kalau rokok biasa ada kandungan tar yang menjadi penyebab pelbagai penyakit kronik, e-rokok dan heated tobacco products pula tidak akan menghasilkan tar kerana ia tidak membakar, cuma memanaskan je.
Semakin hari teknologi semakin maju dan pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membantu perokok mengurangkan tabiat merokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling. Pilihan terbaik adalah berhenti merokok tetapi sekiranya terlampau susah dan memudaratkan kesihatan, mungkin boleh mencuba Nicotine-Replacement Treatment (NRT) yang berbentuk pelekat ataupun e-rokok yang ada dipasaran.
Perbualan i dengan Aiman tak habis kat situ je. Seronok berbual dari hati ke hati dengan anak yang sudah mula menginjak remaja dan mahu belajar selok belok kehidupan. I okay je untuk jelaskan kat Aiman kenapa begini, kenapa begitu asalkan penutup cerita - Aiman faham dengan mesej yang i cuba jelaskan.
“Nanti abang nasihatlah kawan abang tu, jangan hisap vape. Takut jadi ketagih. Kalau kantoi dengan mak ayah dia mesti teruk dia kena rotan. Mak ayah dia kan garang bethol..”
Aiman tersenyum sambil angguk kepala.
Sempat i titipkan kat Aiman sebelum Aiman turun dari kereta menuju ke pintu pagar sekolah - “Manusia selalu lupa dua perkara dalam hidup. Satu nikmat kesihatan. Dua nikmat waktu lapang. Abang jadi manusia yang berguna, okay ?"
Bab merokok ni memang sensitif. Even dah keluar fatwa tentang merokok, benda dah normalize, tak dapat nak dibendung dah. Nak tambah, klinik kerajaan pun ada sediakan khidmat Klinik Berhenti Merokok untuk membantu atau memudahcara perokok berhenti merokok dengan teknik terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau kombinasi kedua-duanya within 6 months. Tak silap saya bayar RM1 sahaja untuk pendaftaran.
ReplyDeleteMerokok memang membahayakan kesihatan. Tapi masihi ramai je lagi perokok tegar yang sukar untuk berhenti. Siap ada yang kata "Biar putus cinta tapi jangan putus rokok..." Adeh...Pening LeYa dengar pepatah dorang ni...
ReplyDelete