KEMPEN BERHENTI MEROKOK UNTUK KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

by - March 24, 2017


Kebanyakan kematian yang diakibatkan oleh rokok bukan kematian mengejut dan tiba-tiba. Sebaliknya penyakit seperti COPD menyebabkan anda hidup bertahun-tahun dengan kepenatan melampau dan masalah pernafasan sebelum anda menghembuskan nafas terakhir. 

Terseksa kan ?
Tapi ini realiti.

APA ITU COPD ?


Merupakan penyakit sistem pernafasan di mana ia merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan. COPD disebabkan oleh penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.


Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan menyebabkan kematian.

TANDA-TANDA DAN GEJALA COPD

Ia bergantung kepada peringkat penyakit :

  • Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana / rehat
  • Batuk berkahak berpanjangan
  • 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti sederhana
  • Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak kaki
Rokok merupakan penyebab utama penyakit dan kematian pada usia muda di negara-negara maju. Hampir separuh dari perokok meninggal akibat penyakit berkaitan rokok. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokok. 


FAKTA !!

Mungkin disebabkan itu jugalah para alim ulama telah meletakkan hukum merokok sebagai haram kerana ia boleh membawa seseorang itu bahkan orang di sekelilingnya kepada kebinasaan. Apatah lagi apabila anugerah Tuhan yang diberikan percuma berupa keupayaan untuk bernafas dengan baik kita sia-siakan dengan merokok sehingga akhirnya kita tercungap-cungap dan bertegang urat untuk bernafas apabila fungsi paru-paru yang kita miliki telah rosak akibat rokok.



BERITA BAIK !!

Berhenti merokok boleh membawa kesan yang sangat besar kepada kesihatan dan kehidupan. Pastinya belum terlambat untuk menikmati kesan baik ini. 
  • Contohnya, jika anda berhenti merokok pada usia pertengahan sebelum mendapat penyakit serius seperti barah, anda boleh mengelak daripada mendapat kebanyakan kesan bahaya merokok.
Ramai orang telah berjaya berhenti merokok dan ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda merasakan ia sesuatu yang sukar dan memerlukan bantuan, rujuklah doktor anda dan rujukan boleh dibuat ke klinik berhenti merokok.

KANDUNGAN ROKOK

Nikotin adalah bahan kimia yang merangsang otak. Jika anda adalah seorang perokok, apabila kadar nikotin dalam darah berkurang, anda mula mengalami tanda-tanda ‘withdrawal’ sama seperti penghisap dadah, contohnya gian, keresahan, sakit kepala, mudah marah, lapar dan masalah konsentrasi. Anda akan berasa pulih semula apabila kembali menghisap rokok. Oleh kerana itulah perokok tegar perlu sentiasa menghisap rokok untuk kembali berasa ‘normal’.



Tar dalam rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia dan lebih 50 penyebab barah. Tar daripada rokok akan masuk terus ke dalam paru-paru dan seterusnya mengalir ke dalam salur darah anda ke bahagian lain tubuh anda. Dengan hanya sebatang rokok, anda menyeksa badan anda dengan menyebarkan racun merbahaya ke seluruh organ dalaman.

Karbon monoksida merosakkan kebolehan darah untuk membawa oksigen. Ini penting terutamanya kepada ibu mengandung kerana karbon monoksida akan mengurangkan kadar oksigen kepada bayi yang sedang mengembang dalam rahim ibu. Ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan jangka masa panjang dan kecacatan kepada bayi. Dan anda perlu ingat, karbon monoksida itu datang dari rokok yang anda sebagai bapa menghisap !

Melihat kepada kemudaratan-kemudaratan yang boleh dibawa oleh rokok, apa lagi alasan yang anda mahu berikan untuk tidak berhenti merokok ?

TIPS BERHENTI MEROKOK

Bagi mereka yang sedar dan berazam untuk berhenti merokok, di sini saya berikan beberapa tips untuk anda mencuba.

1. Tuliskan sebab mengapa anda mahu berhenti merokok, simpan tulisan tersebut untuk sentiasa bersama anda. Lihat kembali senarai tersebut apabila anda berasa berputus asa untuk berhenti merokok. Ini akan mengingatkan anda selalu dan mengembalikan semangat anda untuk berhenti merokok.

2. Tentukan masa untuk anda berhenti merokok dan berhentilah serta merta. Ada yang berpendapat bahawa kita perlu berhenti merokok secara beransur-ansur, namun kajian menunjukkan bahawa dengan menghisap kurang bilangan rokok, menyebabkan anda akan menghisap dengan lebih kerap untuk setiap batang rokok menyebabkan kandungan nikotin yang disedut adalah sama. Justeru, berhentilah dengan serta merta.

3. Beritahu semua bahawa anda mahu berhenti merokok. Ini penting agar mereka boleh memberi sokongan kepada anda dan tidak melakukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat anda untuk berhenti merokok.

4. Jauhkan diri anda dari rokok dan semua yang berkaitan dengannya.Contohnya jika selama ini anda menghisap rokok bersama-sama rakan-rakan di kedai kopi, elakkan melepak di kedai kopi jika anda mahu berhenti merokok.

5. Tandakan di kalendar setiap hari anda berhenti merokok. Dengan cara ini anda akan dapat melihat hari-hari anda tanpa rokok dan setiap kali anda berasa ingin merokok, cuba tanyakan diri anda sendiri adakah anda akan berjaya untuk tidak merokok lagi jika kembali merokok dan adakah anda ingin memulakannya kembali setelah berusaha bersungguh-sungguh sebelum ini.

6. Fikirkan secara positif bahawa dengan berhenti merokok, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik, nafas anda akan lebih segar dan orang suka bergaul dengan anda.

7. Makan ! Ramai yang mengatakan bahawa apabila kita berhenti merokok, kita akan sentiasa lapar dan kerap mengambil makanan. Cuba kawal perasaan tersebut dengan mengambil makanan yang rendah lemak dan gula atau sentiasa mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula.

8. Jangan sedih jika anda gagal. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang berjaya berhenti merokok selepas 3 hingga 4 kali percubaan untuk berhenti merokok. Justeru teruskan mencuba.

9. Bersedia untuk menghadapi kesan-kesan sampingan daripada berhenti merokok. Seperti pengambilan ubat dan dadah yang lain juga, berhenti merokok akan menyebabkan anda mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’ kerana badan anda telah biasa dengan keadaan bernikotin, dan ketiadaan nikotin memerlukan masa untuk penyesuaian kepada badan. Anda akan berasa loya, pening kepala, bimbang (berdebar-debar), ketagihan, berasa tidak sihat dan sebagainya. Anda akan mengalami keadaan ini selepas 12-24 jam berhenti merokok dan akan hilang secara beransur-ansur selepas 2-4 minggu.

10. Bersedia untuk batuk. Berhenti merokok akan menghidupkan kembali fungsi saluran pernafasan yang sepatutnya bertindak sebagai perisai kepada kita daripada kuman-kuman dan bakteria daripada sampai ke paru-paru. Perkara ini akan menyebabkan anda kerap batuk dan mungkin menjadi semakin teruk. Pastikan keadaan ini tidak mematahkan semangat anda untuk berhenti merokok.

Semoga tips-tips yang dibawakan ini akan membantu anda untuk mencapai matlamat tersebut.

petikan disunting dari :
HIDUP SIHAT TANPA ROKOK.
Ditulis oleh:
Dr Tengku Abdul Kadir b Tengku Zainal Abidin,
Pegawai Perubatan Jabatan Anesthesiologi.
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

tapi, Shaklee juga dapat membantu anda.

BAGAIMANA ?

Dengan pengambilan VIVIX SHAKLEE selama dua minggu secara berterusan, in shaa Allah boleh berhenti merokok selama-lamanya. 


ALASAN ?

VIVIX SHAKLEE menyebabkan rokok berasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda secara automatik akan menolak rokok. Bukan itu sahaja, bahkan andanjuga BAKAL mendapat pakej awet muda. 

KENAPA ?

VIVIX SHAKLEE merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. woahhhh-- menarik !! ini bukan omongan semata ya. VIVIX SHAKLEE ada bukti ujian klinikal.

KENAPA SAYA BERIA SANGAT MEM'PROMOTE' VIVIX SHAKLEE NI ?

HARGA ROKOK :

Dunhill ( merah ) berharga RM 17.00 untuk 20 batang. Dah kata perokok tegarkan, sehari boleh - jadik sekotak. Tu belum lagi ada kawan yang jenis suka pow rokok member.

KITA KIRA JAP YE :

RM 17.00 x 30 hari = RM 510.00 ( woahhh-- )

RM 510.00 x 12 bulan = RM 6120.00 ( deposit kereta !! )

HARGA VIVIX SHAKLEE

HARGA RUNCIT :

RM 475.00 sebotol ( boleh tahan sebulan lebih )

** dengan memebelanjakan RM 475.00 JEK, anda tak payah nak keluarkan sampai RM 4860.00 tu. Boleh menyimpan buat gi Haji.. in shaa Allah..



tapi !!

jangan lupa untuk tanya kat kakak pasal ni !!

HARGA TWIN PACK ( PROMOSI )

RM 793.00 untuk dua botol
FREE lifetime membership

CASHBACK pada tengah bulan berikutnya
PENJIMATAN sebanyak RM 157.00


You May Also Like

4 comments

  1. Papaglamz dari http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-temui-papaglamz-di.html?m=1 singgah dan follow blog yang owesome ni. Jom follow dan terjah entri2 papaglamz yg hawt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. nanti daku terjah ke blog mu yang ohsome gittew-- hee~

      Delete
  2. salam..yaya singgh blog atie..
    pe habaq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yaya.. hee~ alhamdulillah baik.. thanx yaya.. sudi singgah blog atie..

      Delete