19 + 1 CARA MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN TUBUH BADAN SECARA SEMULAJADI

November 21, 2016

hujung hujung tahun ni memang dah biasa dah kan kita kat Malaysia nih menerima taburan hujan yang maksima.. secara tak lansung kalau tubuh badan korang tak kuat, memang akan menggangu sedikit sebanyak sistem imun badan.. kan ?

disebabkan perubahan cuaca tu jugak buat badan kita cepat letih, penat, mengantuk, lemau dan boleh jadi lagi teruk macam demam, selesema, cirit birit, batuk.. haa.. semuap penyakit yang melibatkan sistem imun..

sebab tu korang kena jadi macam kakak.. hee~ tingkatkan pemakanan vitamin yang tinggi antioksidan macam vitamin c, mineal dan melengkapkan nutrisi untuk melindungi sel badan yang mudah rosak akibat perubahan cuaca mendadak..

nah !! ikut 20 + 1 tips kat bawah nih untuk ajar badan korang lebih bersedia dengan perubahan musim kat negara kita ni.. hee~ 

MINUM AIR MASAK SEKURANG KURANGNYA 3 LITER SEHARI

  • badan kita terdiri dari 70% air dan kalau kurang dari itu secara automatik badan akan bagi signal 'tak sihat'.. bila korang konsisten pengambilan air masak 3 liter sehari, risiko untuk dehidrasi pun rendah atau mungkin tak terjadi lansung.. tambahan kalau badan cukup air korang takkan berhadapan lagi dengan masalah keletihan, migraine, sakit tekak, mudah stress dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi..

BUAH-BUAHAN DAN SAYU-SAYURAN SEBAGAI SNEK

  • buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber antioksidan terbaik dan sangat diperlukan untuk melindungi tubuh badan daripada penyakit.. cara terbaik ? gantikan junkfoods dengan buah-buahan atau sayur-sayuran mentah..

LEMON


  • lemon merupakan buahan sitrus paling tinggi vitamin c untuk membantu tubuh badan melawan pelbagai bakteria dan virus jahat.. minum jus lemon setiap pagi dapat membantu penyerapan vitamn dengan baik dan menjadikan tubuh lebih segar.. korang tau tak yang jus lemon dapat membantu menyelesaikan masalah pencernaan ? okay !! sekarang dah tau.. kalau korang sembelit, boleh la amalkan minum jus lemon..

BAWANG PUTIH

  • bawang putih memang tinggi antioksidan dan sangat berguna untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk membunuh virus penyebab demam dan selesema.. tapi.. korang kena la makan mentah bawang putih tu tau.. hee~ bukan dengan cara memasak sebab bila korang masak bawang putih tu, zat allicin akan mati.. jadik !! pemilihan kaedah untuk korang memanfaatkan bawang putih adalah penting..

COKELAT

  • siapa tak suka cokelat ? hee~ memang hilang nikmat hidup kat dunia sementara nih.. kalau korang nak tau, cokelat asli merupakan makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap kekebalan tubuhnn penyelidikan menunjukkan pengambilan cokelat dapat mengurangkan risiko sakit jantung, membantu mengekalkan tahap kolesterol dan memperbaiki pembuluh darah yang rosak pada pesakit diabetes.. tapi !! cokelat tanpa gula tau..

SAYUR BAYAM

  • bayam mengandungi folat yang tinggi dan dapat mencegah  kerosakan DNA dan pembuluh darah dan berpotensi menghasilkan sel sel baru untuk tubuh badan.. makan bayam mentah ? kenapa tidak.. kan ? hee~ makan mentah lagi bagus sebab ianya dapat mengekalkan manfaat dan khasiat yang ada tanpa menjejaskan zat..

BROKOLI

  • sebuah kajian menunjukkan zat kimia dalam brokoli dapat membantu meransang sistem kekebalan tubuh.. ditambah pulak nutrisi yang ada dalam brokoli seperti vitamin A, vitamin C dan gluthathione dapat melindungi tubuh badan dari serangan virus..

TEMBIKAI MERAH

  • buah tembikai  mengandungi vitamin C dan gluthathione dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan walaupun kandungannya tidak sebanyak buah oren tapi masih cukup untuk melindungi sistem imun dari pelbagai virus dan bakteria.. tembikai ade antioksidan yang dinamakan karetenoid..

IKAN SALMON

  • ikan salmon ? haa.. walaupun bukan asing lagi pada kita tapi korang kena tau, dengan pengambilan ikan salmon sekurang kurangnya dua kali seminggu dapat memelihara daya ketahanan tubuh badan selain menguatkan memori kerana ikan salmon mengandungi omega-3..

HALIA

  • halia dan zaman perubatan tradisional memang tak lari.. kan ? selain dimasak untuk membuang angin dalam badan, halia juga mampu meneutralkan racun yang mungkin ada dalam badan kita yang akan menyebabkan gangguan sistem imun.. secara amnya, halia berfungsi sebagai pencuci dalam badan untuk membersihkan saluran paru-paru dan pernafasan.. korang pilih.. nak makan mentah atau dalam bentuk tablet ? hee~

MADU

  • selain bersifat antibiotik asli, ia juga bersifat antiseptik yang bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh.. haa.. korang tau tak yang madu ni boleh mengatasi masalah alergik, asthma dan sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit..

CENDAWAN

  • kajian menunjukkan peningkatan jumlah vitamin D dalam badan dapat mengurangkan risiko terjadinya kanser prostat.. kalium dalam cendawan juga membantu menyihatkan jantung dan menurunkan tekanan darah.. selain mengandungi vitamin D yang tinggi, cendawan juga mengandungi vitamin B complex, vitamin A dan vitamin C dan juga tinggi antioksidan.. haa.. makan la cendawan setiap hari.. hee~

KACANG TANAH

  • bila nak raya baru cari kacang tanah kan sebab nak buat kuah kacang, makan dengan nasi impit.. hee~ korang tau tak kacang tanah mengandungi protein tinggi, kaya dengan leman, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B complex, fosforus, vitamin A, vitamin K, lesitin dan kolin yang sangat diperlukan badan untuk 'menjaga' badan dari serangan pelbagai penyakit..
  • korang tau tak protein dalam kacang tanah lagi tinggi berbanding protein dalam daging , telur dan kacang soya ? hee~ okay !! sekarang korang dah dapat maklumat baru..

BUAH BERI

  • keluarga beri sangat bagus sebagai pembekal vitamin C dan bioflavonoids yang sangat tinggi antioksidan untuk mencegah terjadinya kerosakan pada sel dlaam tubuh badan.. hee~ walaupun mahal, tapi berbaloi..

YOGURT

  • probiotik atau strain hidup yang ditemui dalam yogurt, iaitu bakteria baik yang bermanfaat untuk menjaga usus dan saluran usus bebas daripada kuman penyebab penyakit dan ada sebuah kajian dari University of Vienna di Austria mendapati 7 auns yogurt akan meningkatkan imuniti sama seperti efektifnya korang makan supplement.. haa.. sekarang boleh pilih.. nak makan yogurt ke nak makan supplement ? hee~

MENIKMATI UDARA SEGAR

  • sekali sekala atau sekali dlaam seminggu, pergilah menikmati kehijauan alam dan menikmati oksigen dari hasil hutan yang belum tercemar untuk tenangkan fikiran dan lepaskan lelah seharian bekerja.. hee~ 

TIDUR YANG CUKUP

  • mereka yang tidak cukup tidur lebih terdedah kepada gangguan mental dan emosi kerana kepenatan.. eh !! ye ke ? masa korang tidur, badan dapat berehat dan mengurangkan risiko terkena penyakit seperti selesema kerana hormon kortisol yang dikeluarkanmasa tidur boleh menigkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit..
  • korang tidur berapa jam sehari ? hee~ cukup ke tak ?

PENGAMBILAN PROTEIN YANG CUKUP

  • protein sangat penting untuk membina sel sel baru dalam badan dan kekurangan protein kaan menggangu kestabilan dan mendedahkan diri dari pelbagai penyakit seperti rambut gugur, perubahan warna kulit ( kulit kusam ), luka lambat sembuh, sembelit kronik, kerosakan pada hati dan lemah jantung.. jadi.. sila semak pengambilan diet protein dalam menu seharian korang..
BACA SINI --> PROTEIN ? APE TU ?

ELAKKAN STRESS

  • bila musim tak menentu ni, kejap hujan kejap panas memang sedikit sebanyak akan menggangu emosi.. hee~ kan ? dengan nak menghadap jem, banjir, baju tak sempat kering kat ampaian, naak demam selesema, banyak kerja kat office.. eh !! macam-macam lagi.. bila korang stress, otak akan mengeluarkan hormon adrenalin dan kortisol dan menyebabkan denyutan jantung semakin laju dan tekanan darah meningkat dan ianya boleh merosakkan sistem imun semuljadi tubuh badan korang.. untuk mengelakkan situasi terbabit, korang kena pandai control emosi.. haa.. ingat.. jiwa kacau punca penyakit kronik..

SET SISTEM IMUN SHAKLEE

  • dalam satu set ni ada :
    • nutriferon
    • sr vitamin c plus ( untuk dewasa )
    • chewable vitamin c ( untuk kanak-kanak )
    • garlic complex
    • herbal blend
  • yang berfungsi untuk menjaga dan memelihara sistem imun badan dari serangan virus jahat.. hee~ nampak ? kalau korang baca dari atas tu ada :
    • bawang putih = garlic complex
    • buah beri / tembikai = vitamin c
semua tu ada dalam SET SISTEM IMUN SHAKLEE ni.. tapi !! bonus nya ada nutriferon.. 

APA KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE ?

  • kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
    • kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
    • ia dapat membantu :
      • sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
      • sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu
      • ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan
    • bantu lawan kanser dan tumor otak
      • polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser
      • bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
        • polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi dijalankan
        • melindungi dari Influenza, selesema
          • membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
          • bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dll
          • sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai @ melancong, berada di luar negara
          • meringankan stress dan kelesuan
            • rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk
            • melambatkan penuaan
              • formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda
              • mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
                • keberkesanan kebaikn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll
                • membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
                • gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon
                • mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid
                • mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka
                • bantu dalam pemulihan penyakit :
                  • lepromatus ( kusta )
                  • leishmaniasis ( pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan organisma yang dikenali sebagai protozoa ) 
                  • toxoplasmosis ( penyakit yang disebabkan oleh parasit 
                amacam ? hee~ semoga saat genting nih, musim hujan, musim cuti sekolah plak tu dapat la kita sama sama jaga kesihatan.. waktu cutri sekolah adalah waktu anak anak kita manfaatkan dengan aktiviti yang menyeronokkan, bukan 'check in' kat hospital.. tau..



                You Might Also Like

                24 comments

                1. Nice sharing..cuti sekolah dah nk tibe ni...balik kampung nanti, anak2 memang rajin bermain dekat luar..shaklee ni bagus jugak..

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hee~ tu la tu.. anak2 kalau jauh dari mata kita, memang risau.. tapi tak pe.. selalu ingatkan anak untuk jaga diri..

                    Delete
                2. RAMAI PNGGUNA SHAKLE NI!! HUUHU..TP MEMANG NMPAK KESAN GUNA

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hee~ ramai !! alhamdulillah la.. sape dah guna memang tau la keberkesanan dia cemana

                    Delete
                3. Wahhh semua sedap-sedap ni..espeseli cekelat tuh.. hihihi

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hee~ sama la !! sep sket !! tapi tak boleh makan banyak gak.. tinggi gula.. kena makan dark chocolate..

                    Delete
                4. Selalunya dpt minum air kosong dalam 2liter ++ ja dlm sehari... huhu.. coklat memang peberet jugak... :)

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. kena try lagik atie untuk capai 3 liter.. hee~ sikit jek lagi tu..

                    Delete
                5. menikmati udara yang segar tu terus rase nk escape pegi cameron hjung minggu :) tapi apakan daya, dana blom baligh lagi so tgu dlu la :)

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hahahah~ dana blom baligh !! adoi.. tak pe la.. pegi la dekat2 dulu.. lepak sungai gabai ke.. kan dekat tu..

                    Delete
                6. Replies
                  1. hee~ alhamdulillah.. thanx sebab sudi baca..

                    Delete
                7. Bagusnya tips akak ni.. Buat masa ni Reen hanya amalkan madu, bawang putih. Yang basic dalam masakan.. Hehehe

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hee~ tak pe reen.. nanti pelan pelan boleh tambah mana yang sesuai dengan bajet.. kalau boleh bawang putih tu kunyah mentah tau..

                    Delete
                8. lemon dengan madu tu memang sentiasa ada je dekat rumah.

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. haa.. kalau dah ade boleh amalkan tu mila.. hee~ lemon pun bantu untuk kekal ramping.. gittew--

                    Delete
                9. Memang penting untuk kebalkan immune system kita, tambah2 zaman skrg ni bnyk betul penyakit merebak. Mencegah lebih baik dari mengubati.

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. ya Allah.. bijak tau dia nih.. hee~ mana yang kita boleh control, kita control.. yang tak boleh control cuma kematian.. jadi.. jaga kesihatan ebaik mungkin..

                    Delete
                10. Bab minum air banyak tu yg susah.. hehehe.

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hahaha~ cuba la dulu sha.. nanti berat badan laju jek turun tau.. bukan banyak pon.. 3 liter jek..

                    Delete
                11. cokelat paling sedap.haha

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. hahaha~ makanan yang sedap nih selalu nya BAHAYA woo..

                    Delete
                12. nak coklet? info terbaik as usual daripada cik puan ni

                  ReplyDelete
                  Replies
                  1. 3 disember ai bawakkan ye.. hee~ terima kasih sebab sudi singgah..

                    Delete

                FOLLOW LE KAKAK !!

                G+ FOLLOWERS