#projekbegsekolah : SEUTUS DOA DARI ANAK KECIL ITU BUATMU

anak kecil itu, memandang tekun jadual persekolahannya, diisusun satu demi satu buku mengikut jadual ke dalam beg lusuhnya.. zipnya sudah rosak, diganti dengan kancing sahaja.. bocornya di sana sini, talinya putus sebelah namun anak kecil itu tidak kisah..

bukan dia tidak malu, tapi dia tidak mampu.. oh !! beg itu pun kepunyaan kakaknya tahun lepas.. tahun ini, kakaknya dapat beg lain.. beg terpakai ihsan kawan dia, namun sedikit lebih elok dari beg asalnya..

anak kecil itu, dia sering berkecil hati bila diejek kawannya.. pakainya lusuh, begnya buruk yang bertampal sana sini.. cacat dan buruk sekali tapi semangatnya, jauh lebih besar dari mereka yang bawa beg baharu.. minatnya pada ilmu, mengatasi yang lain.. tekun dan rajin, kesukaan guru-guru..

dulu kisah Ipeng.. sampai bila kita nak tengok anak yang kurang berkemampuan sandang beg lusuh ? korang tak rasa pape ke ?

anak kecil itu, betapa dia inginkan seperti kawannya yang lain tapi apakan daya, bapanya lumpuh, ibunya hanya kerja buruh sedang adik beradiknya ramai..

anak kecil itu, meski pun masih mentah, namun dia mengerti keluarganya susah.. keluarganya diuji dengan pelbagai ujian oleh Raja di atas sana.. ujian kesihatan bapa, ujian kemiskinan.. maka dia tidak meminta-minta, merengek jauh sekali..

anak kecil itu, makannya sekadar sahaja dan pakainya yang mana ada, dia tidak meminta-minta, namun jika ada yang sudi, dia terima dengan rela.. berjuta terima kasih, kadang tidak mampu diucap dengan kata-kata.. hanya air mata gembira saksi syukurnya dia pada si pemberi, pada Raja Yang Maha Esa..

maka dikirim doa buat pemberi yang murah hati dan dipohon doa pada Raja yang mengujinya.. agar pemberi sentiasa dirahmati, agar pemberi dimurahkan rezeki supaya ramai lagi orang senasib dengannya dapat dibantu..

kita hanya mampu membaca kisah sedih anak kecil ini dan kita hanya mampu tumpangkan sedikit simpati, namun yang merasa, namun yang melalui hanya dia dan keluarga.. malah kisah ini masyhur diseluruh negara.. beribu-ribu lagi anak-anak kecil lain senasib dengannya hanya memikul beg buruk demi secebis ilmu..

apakah berdosa kita disekeliling mereka tidak cakna ? 

sedang kita mampu membantu walau tidak beribu walau hanya secuit cuma, namun mampu memberi sebuah senyuman kepada anak kecil itu.. entahlah, soal dosa pahala itu urusan Raja..

soalnya sekarang adalah kita.. 

KITA !!

apa kita ini sebenarnya ? 
benarkah kita ini manusia yang punya rasa ? 
yang punya hati dan perasaan ?

kadang kita terlupa, harga makanan tengahari kita yang kita bangga-bangga mampu membeli sepersalinan baju sekolah mereka..

kadang kita terlupa, harga makanan malam yang kita muat naik dimuka buku untuk dimegahkan kepada rakan maya itu sebenarnya mampu membeli sebuah beg untuk mereka..

sebuah beg baharu untuk menggantikan beg uzur yang sakit di sini sana.. sebuah beg tempat si anak kecil menyimpan buku untuk digalas ke sekolah tempat menimba ilmu.. sebuah beg baharu yang pasti memberi seribu jasa padanya.. sebuah beg yang mampu memberi senyuman manis kepada anak kecil itu..

dan yang paling mahal harganya, kerana sebuah beg baharu itu, ada doa ikhlas diutuskan khusus untuk kita.. doa dari anak kecil yang bebas dari dosa dan noda..

[ saat kakak menulis perenggan ini, airmata kakak bergenang tanpa punca.. entah.. tak tau kenapa.. ]

BACA SINI -- > SENARAI SUKARELAWAN 1 MALAYSIA

sahabat, tolong bantu saya hadiahkan sebuah beg untuk anak kecil itu.. bantu kakak dalam projek kakak, kumpulan kecil kami tiada upah.. kumpulan kecil kami tidak rasuah.. kumpulan kecil kami tidak bergaji.. kumpulan kami hanya terdiri dari surirumah dah sukarelawan yang measih mengharap secebis pahala.. ya.. itu urusan Raja..

hubungilah kakak atau mana-mana #projekbegsekolah untuk membantu kami sebarkan cinta..

sahabat, sudi-sudikanlah sebar luaskan hal ini.. bantu kami sebarkan cinta, demi sebuah senyuman dan seutus doa.. ini harta dan simpanan sebenar kita.. inilah dia.. percayalah !

"kita tak mampu nak tolong semua orang, tapi semua orang mampu menolong seseorang.." - unknown

8 comments:

  1. mek igt lg, pernah viral dlu satu video. budak ni darjah satu. dia pakai beg dia yg mase tadika. dia syg beg tu. buruk dh pun. kwn dia slalu ejek pkai beg bruk. dia ok je. skali tu, kwn dia pijak beg skolah dia, terus dia menangis sambil ambik and peluk beg tu. dia ckp 'jgn pijak beg ni, ni ayah aku yg bg' rupanya ckgu pun baru sedar ayah dia dah tkde. mak dia tk mmpu nk beli beg lain. so dia pkai jugak beg tu pegi skolah. allahu, kita susah, org lain lg susah. klau bleh tlg, tlg la skadar mmpu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mek.. masa akak baca kisah tu, akak nekad untuk join team #projekbegsekolah.. hee~ adik tu gempal kan.. comel.. semoga ada sinar untuk dia..

      Delete
  2. Semoga bantuan yg kita hulur mampu memberi keceriaan pada mereka yg menerima..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin-- thanx sha untuk doa tu.. itu jugak la harapan saya dan team.. sebab tahun nih kami target nak bantu 10 000 pelajar kurang berkemampuan.. doakan saya dan team ya..

      Delete
  3. sedih tengok diorang kan.. jom sama-sama kita bantu mana yang kita mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mia.. tahun lepas atie dah jumpa ramai anak anak kurang bernasib baik.. huu~ harap2 tahun ni dapat membantu lebih ramai.. doakan usaha kami ya..

      Delete
  4. semoga Allah melimpahkan rezeki k ats merka dan pd mereka yg mberi sumbngan utk mbantu..
    ank2 kcik kita pun sbnrnya perlu dberi pgjran@pmbelajran utk kenal erti susah.mslh skrng ibu bpa suka mnjakan ank merka.smpai ank jadi nakal,xska dgr kata,suka meminta2,xtau nak hargai brg yg diberi,mbazir makanan,kdng tu tgok ad yg xreti nk bsyukur dgn apa yg ada ddpan mata..geram pula kkadang.bukan dgn ank2 tu tp dgn ibu bpa sbb dr cra hidup dan pdidikan mereka la ank tu ajdi bgitu..aihhh pnjng pula komen..huhu =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ anak kecik ni ibarat kain putih yaya.. kalau ibu ayah corakkan dengan corak pucci, begitulah jadinya..

      Delete

Powered by Blogger.