KALAU GEMUK, KENA KUTUK TAPI KALAU KURUS SALAH PULAK !!

haa.. selalu kita fikir bila gemok je mesti ada masalah kesihatan kan ? TAPI.. kalau terlampau kurus pun rupanya mudah menjemput masalah kesihatan walaupun tak la sebanyak penyakit yang disebabkan masalah obesiti, cuma BERPOTENSI ada masalah kesihatan kalau tak dijaga dengan elok..

kurus yang kakak maksudkan ni adalah terlampau kurus dan BMI tak normal.. haa.. cemana nak cek BMI tu nak tau normal ke tak ? boleh tengok bawah nih..

CONTOH : 
  • kalau berat badan korang 55kg dan ketinggian 1.56m ;
CARANYA : 
  • 55 / ( 1.56 x 1.56 ) = 55 / 2.4336 = 22.6

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BMI YANG IDEAL ?

  • timbang berat badan sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • semak status berat dengan mengira BMI
  • julat sihat ialah 20 hingga 25
  • BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 tahun - 64 tahun
ye ke kalau terlampau kurus pun banyak masalah kesihatan ? em.. bukan ke kalau kurus, tak de lemak, lagi bagus.. hee~ ye.. dulu kakak pun fikir macam ni tapi bila dah masuk bidang kesihatan dan nutrisi ni, kalau terlampau kurus pun memang memudaratkan.. jom !! ikut kakak cek ape masalah yang terkait kalau terlampau kurus nih..

MASALAH HATI DAN JANTUNG

menurut SF Gate, otot manusia perlu mendapatkan kalium, nutrium dan kalsium untuk berfungsi dengan baik dan jika terlampau kurus, badan korang mungkin perlu memecahkan hati supaya bekalan tenaga mencukupi sekiranya kalori untuk badan korang tak cukup..

badan yang kecik juga boleh menyebabkan keadaan jantung TIDAK NORMAL.. sebab ? sebab jantung mengepam darah terlampau laju atau lambat.. menurut persatuan Jantung Amerika, degupan jantung yang tidak normal boleh menyebabkan kerosakan hati..

TULANG LEMAH / RAPUH

eamai yang memandang remeh manfaat susu untuk keperluan badan.. kan ? hee~ kakak pun sama.. kakak alergik susu tapi kakak makan pil kalsium, kira menggantikan susu untuk kekuatan tulang dan mengelakkan osteoporosis.. 

vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan tulang sebab vitamin D membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.. kebiasaannya orang yang terlampau kurus ni akan kurang manfaat vitamin D sekali gus memudahkan risiko ketumpatan mineral tulang menjadi rendah, osteoporosis sampai la yang paling kritikal iaitu tulang patah..

ramai bertanggapan osteoporosis adalah masalah orang tua, tapi sekarang ni pun dah banyak kes muda remaja tapi tulang kriuk kriuk..

DEMENTIA


satu kajian yang diterbitkan oleh The Lancet Diabetes & Endrocrinology mendapati bahawa seseorang dengan badan yang terlalu kurus mempunyai risiko 34 % lebih tinggi mengalami dementia berbanding mereka yang mempunyai berat yang normal.. haa.. cemana ?

MASALAH KESUBURAN

anda lelaki ? berat badan anda bawah BMI normal ? haa.. kena alert !! mungkina anda ada masalah kesuburan..

menurut hasil satu kajian yang dijalankan pada 2011 terhadap lebih 5000 orang di Denmark dan hasilnya menunjukkan lelaki yang mempunyai BMI rendah mempunyai risiko tinggi mengalami masalah seksual termasuk mati pucuk jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai berat badan yang normal..

jumlah sperma yang dihasilkan juga lebih rendah dan boleh mengalami beberapa gangguan kesuburan..

KEMURUNGAN

satu kajian oleh Universiti VU Amsterdam mendapati bahawa seseorang yang terlampau kurus dan seseorang yang terlampau gemok sama-sama berisiko mengalami masalah kemurungan berbanding mereka yang beratnya normal..

satu kajian berasingan di Sweeden jugam enunjukkan lebih sejuta lelaki yang terlampau kurus lebih cenderung membunuh diri !!! 

ANEMIA

bila dah terlampau kurus, terang-teranglah kurang zat.. haa.. korang tau tak bila kurang zat besi korang tergolong dalam golongan anemia ?

menurut Livestrong ; zat besi merupakan bahan penting untuk menghasilkan hemoglobin iaitu dari sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan.. tanpa hemoglobin yang cukup, korang akan rasa cepat penat dan susah nak fokus..

macamana ?
adakah korang salah sorang yang terlampau kurus ?

kalau keding cam nih memang tak hensem la kan.. ini lelaki nih.. kalau perempuan keding camni.. dah macam ape tah.. hee~ jangan okay.. kurus sangat pun tak ohsem..

hee~ pandai pandailah korang jaga diri eh.. makan la pape supplement untuk naik kan selera makan ke.. tak kisah la pape pun janji lepas makan supplement tu, selera makan korang ADA.. bagi la badan tu berisi sikit.. paling tak sampai BMI tu normal, jadik la.. kan ? hee~ pape pun jaga kesihatan ya.. makan makanan yang sihat dan buat pemilihan yang betul..

hwiting !!

18 comments:

  1. Mek lepas branak bmi normal tp perut pulak buncit --' salahkn diri sndiri sbb tk pntang sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tak pe mek.. sempat lagik berbengkung.. ikat ketat sikit.. confirm ramping macam che'ta..

      Delete
  2. fuhh mai skrg masih normal. tapi......buncit. padahal belum kahwin, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha~ kena diet tu mai.. boleh jek berbengkung.. kasik buncit tu tersorok..

      Delete
  3. Normal jugak rasanya. Tp, orang selalu cakap macam krg berat. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan main rasa rasa.. hee~ g timbang lepas tu kira BMI..

      Delete
  4. Alamak.. Kalau meter tak reti nak kira la kak atie. Reen berat 49 dan ketinggian 156cm. Haaa ideal lah kot. Heh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak dah kira kan reen.. hee~ normal.. tapi jaga pemakanan ye..

      Delete
    2. Terima kasih kak atie.. Hihi in sya Allah.. :D

      Delete
  5. Isteri saya nie suka masak sedap2.. memang susah nak jaga pemakanan.. any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ suruh isteri tuan masak healthy foods.. lepas tu kawal portion makan ya..

      Delete
  6. Saya dah overweight.. skrg tgh berusaha jaga pemakanan.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ betul tu sha.. mulakan dengan tabiat pemakanan yang sihat..

      Delete
  7. Yaya pernah berada disituasi terlalu kurus..
    memang mgalami masalah kesuburan..huhu
    sebab berat turun,dan dikategorikan kurang berat badan@terlampau krus, kitaran haid pun terganggu.smpai Yaya pernah tak datang bulan selama 2 tahun tau!huhu puas g klinik minta ubat,jmp dok,xjalan juga.dok cuma bole nasihatkan Yaya tmbhkan berat bdan smpai kitaran haid tu jadi normal semula. Alhamdulillah.sekarng ok.terlebih berat. nak kuruih balik ni..hahahahaha ^o^

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun tak datang period.. Ada tak manusia mulut pelik yang cakap Yaya pregnant? Reen pernah tak datang 2 ke 3 bulan.. Kurang ingat. Waktu tu tahun pertama rasanya datang period..

      Sampai ada yang cakap Reen pregnant. Waktu tu lurus bendul.. Baru tingkatan 1. Reen dok fikir.. Macam mana nak pregnant? Pegang tangan laki pun tak pernah..

      Waktu tu pemikiran Reen, kalau bersentuhan dengan lelaki sikit pun boleh pregnant. Hahaa

      Delete
    2. hee~ thanx yaya sudi share pengalaman.. biasa jek kalau 2 - 3 bulan tak datang period sebab hormon kita pun tak menentu.. tapi kena jaga leklok kesihatan sebab takut ade masalah lain nanti.. ye..

      astargfirullahalazim.. ade yang cakap reen gitu ? reen maaf kan jek la mereka ye.. hee~ mungkin dorang tak tau yang hormon wanita nih sentiasa berubah.. lagi plak tingkatan 1 kan.. blom blajar pasal benda nih.. hee~ tapi best gak bila jadikan memori.. manis masam pahit seme ade..

      Delete
    3. Hihihi Reen tak ambil hati pun. Sebab waktu tu tau Reen bukan di pihak yang salah.. Dah tak datang, nak buat macam mana. Kui kui kui aa kak atie.. Kenangan. Hihi bila teringat, rasa nak gelak pun ada...

      Delete
  8. Lepas bersalin kan anak yang ke 3 terus badan naik macam kena pam... hahahha... tapi bila ambil supplement yang betul, jaga makan... alhamdulillah berat badan dah terkawal. tapi kena kurus lagi ni sebab asyik "semput" je. nak kena tambah stamina. thank you sharing.... ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.