JENIS-JENIS VITAMIN C DIPASARAN DAN DOS YANG DISARANKAN

by - December 16, 2016

nah !! bila dok sebut sebut pasal vitamin C, memang akan pandang vitamin untuk cantikkan kulit jek.. kan ? hee~ jangan nak bohong la.. awal awal dulu pun kakak fikir camtu.. sebab banyak SANGAT kot iklan pelbagai rupa packaging vitamin C kat pasaran sampai tak tau nak pilih mana satu yang terbaik..

korang tau tak yang vitamin C pun ada kategori tersendiri dan korang memang kena kenal sebelum jadi pengguna setia satu satu jenis brand.. ke korang memang stok main sental jek.. hee~ jangan camtu tau.. kena amik berat sikit ape yang kita makan, sebab jadi darah daging kan..



  • sifat fizikal kimia vitamin C
    • kristal atau serbuk putih atau agak kuning
    • bila terdedah kepada udara, warnanya perlahan-lahan menjadi lebih gelap
    • dalam keadaaan kering, stabil di udara, tetapi dalam larutan akan teroksida menjalar
    • larut 1 bahagian dalam 3 bahagian air dan 1 bahagian dalam 40 bahagian alkohol
    • tidak larut dalam kloroform, dalam eter, dan dalam benzena
    • simpan dalam bekas tertutup rapat dan lindungi daripada cahaya

  • 2,3-didehydro-L-threo-hexono-1,4-lactone

MEMBENTUK KOLAGEN
  • merangsang pembentukan kolagen.. kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan..
MEMPERBAIKI SIMPTOM PENDARAHAN
  • kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar..
PENINGKATAN SISTEM IMUN
  • membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema..
MEMERANGI KANSER
  • satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan..
MENCANTIKKAN KULIT
  • pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi.. pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat..
MEMPERBAIKI INSOMNIA
  • memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan..
MENGEKALKAN KOLESTEROL SIHAT 

  • mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi..

4 : DOS VITAMIN C YANG DISARANKAN

  • haritu kakak ade bertekak dengan seller satu brand nih.. kakak tanyakan pasal overdose vitamin C, tapi dia cakap "tak de overdose de vitamin C nih.. makan jek.." eh !! eh !! boleh plak sebegitu rupa.. hee~ 
  • maksimum daily dose untuk vitamin C adalah 2000 mg.. maksudnya, jangan le makan sampai 2000 mg tu.. cukup la mengikut keperluan badan korang..


5 : ADAKAH VITAMIN C PERLU DIAMBIL SETIAP HARI ?

  • ya !! sangat betul.. lagi lagi kalau sumber vitamin C adalah dari sumber semulajadi dan asli.. ngam-- tak de nak ragu ragu dah..

6 : JENIS-JENIS VITAMIN C

  • vitamin C boleh diperolehi dari 3 kaedah iaitu :
    • sumber makanan semulajadi ( terutamanya buah-buahan sitrus )
    • dalam bentuk oral supplement ( dimakan )
    • dalam bentuk intravenous supplement ( disuntik )
ada sesetengah jenis vitamin C mudah melarut dalam badan dan mempercukupkan keperluan dalam badan secara berperingkat TAPI.. ada jugak yang tertinggal di dalam badan dan menghasilkan sisa toksin yang merbahayakan kesihatan korang.. hee~ sebab tu kena buat pemilihan sumber vitaimn C dengan cara yang betul dan berhemah.. 

bukan la kakak nak kutuk mana mana produk cuma membuat sedikit perbandingan.. antara vitamin C sintetik ataupun vitamin C organik ? mana satu pilihan korang ? hee~ pening ?


ni sumber asli vitamin C.. hee~ tengok pun tau sedapkan.. tapi boleh ke korang konsisten dengan pengambilan vitamin C ni ? haa.. jom congak congak jom.. boleh ke tak boleh ?

You May Also Like

8 comments

  1. Nice sharing.. mmg penting vitamin c dalam kehidupan harian bukan untuk cantik saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tu la.. sejak saya sendiri konsisten dengan pengambilan vitamin C, dah lupa ni bila last demam.. hee~

      Delete
  2. Kalau kakak daripada consume cara suntik baik consume supplement Atie.
    Tak pun makan buah lagi nikmat hihi...
    Tapi lain org lain cara kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak zakie.. lain orang lain cara.. dan atie pun pilih makan berbanding suntikan.. hee~ tapi.. tepuk poket tanya selera laa..

      Delete
  3. salam..
    yaya singgh sini..
    sblm ni org dok sibuk psl suntik vit c kan..
    bnyk jg dgr buruk n baik tu..yg baik tu of course feedback dia dpt kulit yg cerah gituuu...huuu klo kekal n xmemudaratkan xpela jgk kan..
    ok ke suntikan vit c cik atie ghase..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak boleh nak cakap TAK OKAY, sebab tak pernah try.. tapi dari segi harga jek pon dah rasa tak okay.. hee~ jadik.. kakak memang prefer makan berbanding suntik.. putih2 pun nak g mana ? kita orang asia..

      Delete
  4. tq for sharing akak. mmg vit. c sangat penting dalam badan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ semoga entri ni berguna untuk sesiapa pun yang membaca..

      Delete