APA SALAHNYA MAKAN BAWANG PUTIH MENTAH UNTUK KESIHATAN.. KAN ?

by - February 04, 2017

sebelum ni kakak ade cerita pasal bawang putih yang membantu merawat pelbagai penyakit berkaitan dengan bakteria dan virus tapi bila kakak sendiri nak makan bawang putih tu, agak bercinta jugak la.. hee~ kakak tau memang banyak khasiat tapi tak boleh telan dik non.. sebab tu kakak makan nih..

BACA SINI --> INI PILIHAN KORANG KALAU KORANG TANAK KUNYAH BAWANG PUTIH MENTAH



biasanya bawang putih nih melengkapkan masakan kat dapur, menyedapkan masakan, memberi rasa asli tanpa bahan perasa.. kan ? tapi ada kelebihan dan manfaat lain disebalik itu yang mungkin ramai tak tau.. 

1 : ANTIBAKTERIA

  • kalau korang biasa tengok kakak dan team #detoxdenganatie buat detox, korang akan faham kenapa kitorg amik bawang putih sebagai bahan utama menyingkirkan parasit yang berkampung dalam badan.. sebab utamanya ialah bawang putih bersifat ANTIBAKTERIA dan ANTIVITAL!! 
  • ia dapat membantu mengawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan masalah kecacingan.. bawang putih mentah dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteris e-coli dan salmonella enteritidis..

2 : MELAWAN ALAHAN

  • bawang putih yang terkenal dengan ciri anti radang yang dapat melawan alahan dan ciri-ciri ini terhasil dari diallyl disulfide dan thiacremonone.. ada yang rajin minum jus bawang putih untuk menghilangkan masalah kulat pada miss V dan menghilangkan kegatalan kronik pada kulit tau.. korang ? rajin tak ? lalu tak nak telan ? hee~

3 : MERAWAT SAKIT GIGI

  • sakit gigi ? biasanya korang makan pil tahan sakit kan ? haa.. lepas nih kalau sakit gigi lagik, ce try letakkan bawang putih yang dah dihancurkan kat gigi yang sakit.. sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit gigi sebab bawang putih ada ciri ciri anti-bakteria dan analgesic tapi kena hati hati tau sebab berkemungkinan akan bagi kesan tak best ( kebas ) kat gusi..

4 : MENINGKATKAN FUNGSI IRON

  • ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron.. diallyl sulphides dalam bawang putih berfungis meningkatkan penghasilan ferroportin dan bantu tingkatkan fungsi iron..

5 : KENCING MANIS

  • bawang putih membantu meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit kencing manis.. 

6 : MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL

  • bawang putih mampu merendahkan paras triglycerides darah dan kolesterol sekaligus mengurangkan plak dalam arteri darah.. 

7 : MENGURANGKAN TEKANAN DARAH

  • angiotensin II merupakan sejenis protein yang membantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah.. tapi, allicin, bahan kimia dalam bawang putih yang membantu mengelakkan angiotensin  II berfungsi dan membantu menstabilkan tekanan darah tinggi.. korang ade tekanan darah tinggi ? ha.. kunyah bawang putih lekaih.. hee~

8 : MENGURANGKAN BERAT BADAN

  • dah terlampau banyak kajian mendapati obesiti a.k.a kegemukan merupakan satu penyakit peringkat rendah untuk jangka masa yang panjang.. tapi !! kalau korang makan bawang putih, nescaya.. berat badan korang boleh turun.. hee~ sebab bawang putih dapat membantu mengawal penghasilan lemak dlama badan..
  • pre-adipocytes ditukarkan ke sel sel lemak melalui sistem radang dan ciri-ciri ini ada dalam bawang putih.. nampak ? logik tak kalau bawang putih dapat membantu menurunkan berat badan ?

9 : MERAWAT MASALAH PERNAFASAN

  • korang ada masalah pernafasan ? haa.. ape lagik ? nih petua dia nih.. hee~ kunyah kunyah terus elok.. gittew-- hee~
  • sifat antibakteria dalam bawang putih dapat merawat rasa tidak selesa pada tekak.. sebab tu kalau korang ade masalah tonsil ( tonsil menyebabkan sukar untuk bernafas - "sleep apneoa" ), kakak pun cadangkan ambil pil tablet bawang putih nih.. sebab ia dapat mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dibahagian atas, tempat punca masalah pernafasan nih..

10 : MENGURANGKAN RISIKO BARAH

  • makan bawang putih setiap hari ? ha.. memang makan bawang putih setiap hari dapat mengurangkan risiko korang terkena barah.. tak kisah la ape jenis barah pun.. allyl sulphides dalam bawang putih mengandungi ciri ciri anti barah..
  • PhlP, sejenis heterocyclic amine ( HC A) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita.. dan menurut satu kajian, diallyl sulphide yang ada dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan / penukaran PhlP kepada karsinogen.. dan !! semua pun boleh bebas risiko barah.. kan ??

11 : MELINDUNGI KESIHATAN JANTUNG

  • kandungan pelbagai zat dalam bawang putih mampu melindungi janrung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis ( arteri mengeras ).. bahan kimia yang melindungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu mengelakkan saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis..
sekian !! cemana ? gagah nak kunyah - telan bawang putih mentah ? hee~ jujurnya kakak memang tak segagah itu la.. nak masak memang akan letak bawang putih tapi bila dah potong potong masak gitu, kandungan allicin dlaam bawang putih akan terjejas.. apa plak manfaat yang tinggal untuk kita ? kan ?

dan !! ini pilihan kakak.. ehem.. kaki detox tau la betapa GARLIC COMPLEX nih penting untuk kakak.. hee~
daily supplement kakak.. hee~ ce teka mana satu BAWANG PUTIH ?

sebotol nih cuma RM 47.50 dan kakak rela mengeluarkan duit sejumlah ini dari mengunyah satu demi satu ulas bawang putih.. hee~ korang ? nak manfaat yang sama macam kakak dapat ? jangan lupa contact kakak ye.. lifetime consultation dah tentu.. hee~


You May Also Like

10 comments

  1. bawang putih memang bagus kan atie , bertindak sebgai antibiotik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sebab ada allicin.. tu yang tumbuhan lain tak de tu.. hee~

      Delete
  2. Banyak khasiat. Tapi kalau boleh kunyah bawang putih tu la yang susahnya. Mujur ada garlic. Buang angin pun best tau. Segar je badan. Rugi la kalau tak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan !! nak mengunyah mentah tu yang fikir banyak kali tu.. tapi tak pe.. zaman makin maju.. dah banyak pil pil bawang putih kat pasaran.. tpai tak boleh lawan Garlic Complex laa..

      Delete
  3. Bawang putih yang di masak tak sama dengan bawang putih yang mentah dan perlu dikunyah, atau dicincang halus. Barulah dpt khasiatnya. Nak senang, Garlic Complex je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bila bawang putih dimasak, allicin dalam bawang putih yang bertindak sebagai antibiotik / antibakteria / antifungus tu akan mati.. rugi la kan.. baik makan mentah jek kalau nak kekal kan khasiat bawang putih nih.. tapi lalu ke ? hahahaha~ dilema !!!

      Delete
  4. Bawah putih mmg sgt banyak khasiat. Salam perkenalan. Blogwalking di sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Galaksi Viral.. hee~ salam perkenalan juga !! terima kasih sudi singgah blog kakak !! nanti kakak balas singgah ya.. ada kuih raya tak ?

      Delete
  5. busyra mmg suka mkn bawang putih. dan mmg bawang putih baik untuk kesihatan :)

    ReplyDelete