BETUL KE MAKAN LIMAU MANDARIN BOLEH ELAK DARI SERANGAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT KRONIK ?

by - February 08, 2017

haa.. musim Raya Cina nih memang banyak la kan stok limau Mandarin.. hee~ untung la korang yang ada stok tu, macam kakak ni kena la beli sendiri lepas tu share kat korang artikel pasal limau nih.. hahaha~ baikkan kakak..


biasa kalau kita makan limau Mandarin ni, memang tak cukup sebijik kan ? makan jek selagi lalu nak kopek, selagi ibu jari tak pedih sebab rajin nau mengopek.. tapi.. disebalik hasil kopek-kan korang tu, sebenarnya korang membantu badan korang bekerja dan menghasilkan sesuatu luar jangkaan !!!!!

ya !! limau Mandarin membantu jantung korang menjadi lebih sihat..

sebab limau Mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu untuk melindungi tubuh badan daripada serangan kanser, merancang pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman !!!! wah !!! dah la time Raya Cina korang dapat limau free, lepas tu makan dan nikmati plak, siap pakej jaga kesihatan ni.. hee~ sape tak nak kan ?


kalau nak dikira kira pasal vitamin C, hampir kesemua sumber vitamin C ada sumber kalsium yang membantu untuk menguatkan gigi dan sangat penting untuk meningkatkan daya ketahanan badan dari serangan penyakit terutamanya pada tulang.. haa.. pernah dengar pasal osteoporosis ? ya.. masalah tulang reput.. ala.. senang jek.. lepas nih korang makan limau Mandarin ye.. hee~

limau Mandarin juga bertindak sebagai sumber asid folik dan dapat memenuhi hampir 20 % daripada keperluan asid folik yang diperlukan badan setiap hari.. ini kalau sebijik limau Mandarin tau.. 


kalau mak mak yang nak hamil atau sedang hamil, makan jek limau Mandarin nih sebab limau Mandarin ada sumber vitamin B jugak untuk mencegah kecacatan bayi semasa dalam kandungan dan mengelak dari serangan sakit jantung.. kandungan pectin iaitu serat tinggi yang larut dalam air yang terdapat pada limau mampu untuk menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah..

hee~ bila kakak baca balik apa yang kakak taip nih, korang makan jek la limau Mandarin nih, banyak btol khasiat dia berbanding vitamin vitamin ntah pape brand kat luar sana yang belum tentu khasiatnya mampu menandingi khasiat limau Mandarin nih..


selain itu.. haa.. ade lagik !! tengok.. hahahah~ jus limau Mandarin ni mampu mengubati astham, batuk kering, demam, penyakit bronkitis dengan meransang larutan bergaram dlaam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak secara berlebihan serta melindungi organ itu daripada dijangkit virus semula..



karbohidrat yang terkandung dalam buah limau Mandarin ialah karbohidrat sederhana iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa.. kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, ranum..


lain lain ? hee~ ini menyentuh penyakit kronik sikit ya.. korang tau kan buah bersifat sitrus nih sangat baik untuk peredaran darah.. kan ? tau kan ? kakak ade cerita kan.. haa.. sebab tu la kalau korang makan dengan konsisten dan dalam kuantiti yang cukup untuk keperluan badan korang, korang dapat mengelak dari :
  • masalah jantung
  • masalah penglihatan
  • masalah kanser
  • tekanan darah
  • stroke
kesimpulan ? hee~ makanlah limau Mandarin.. tapi pastikan limau tu tak de disuntik pape la ye.. ataupun disembur racun serangga yang bahaya kengkonon nak jaga kualiti dan kuantiti limau yang dihasilkan sambil memaksimumkan keuntungan.. haa.. itu trick peniaga sangat tu.. hee~ apa pun.. kakak memang menyarankan korang makan buah !!! itu jek..


You May Also Like

0 comments