10 TANDA ANDA MENGHIDAPI PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

haa.. kalau kakak sebut pasal sakit, semua tanak mengaku kan ? hee~ semua bajet sihat saje kan ? tapi korang tau tak yang penyakit kronik memang tak tunjukkan pape tanda sampailah dah betul betul kronik.. nah !! time dah kronik tu ? korang nak buat ape ? senyum dan masih tak mengaku yang korang tak sihat ? 

haish.. korang nih kan.. * kakak menggeleng geleng kepala * hee~ kakak pun bukan la nak takut takut kan korang ke hape.. tapi ini realiti dan korang kena hadap jugak.. contoh penyakit kronik yang kakak maksudkan PENYAKIT BUAH PINGGANG..



em.. * fine.. lagi cuak ? * jom kita tengok tanda awal yang memungkinkan korang menghidapi masalah buah pinggang tidak normal..

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

1 : KERAP MEMBUANG AIR KECIL
  • kalau sebelum ni korang tak pernah cek, kali nih kena cek.. tau !! perhatikan perubahan kekerapan pembuangan air kecil samada kerap atau kurang dari kebiasaan.. cek jugak samada ada darah dalam air kencing korang tu..
  • kencing berbuih pun memberi tanda yang buah pinggang korang rosak !!!

2 : KELETIHAN YANG MELAMPAU
  • biasa la kan letih.. hee~ tapi nih letih yang melampau lampau plak haa dan boleh jadi letih yang berpanjangan.. kegagalan buah pinggang berfungsi tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh badan kita menghasilkan sel darah merah.. 

3 : ANGGOTA TUBUH BADAN MEMBENGKAK
  • buah pinggang yang sihat berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan korang.. tapi !! sebaliknya berlaku kalau buah pinggang korang rosak dan mengalami kegagalan untuk berfungsi..

4 : KEGATALAN YANG TERUK
  • kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan ( toksin ) dari tubuh badan akan menyebabkan korang mengalami kegatalan yang teruk.. ye la.. toksin susah nak keluar dari badan dan 'berkampung' kat dalam badan.. itu salah satu cara toksin merembeskan toksin.. jangan pandang ringan tau !!!

5 : RASA SEPERTI ADA LOGAM DALAM MULUT
  • ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang berfungsi dengan lebih baik.. ianya berlaku disebabkan terkumpulnya sisa buangan dalam darah..

6 : LOYA DAN MUNTAH-MUNTAH
  • ia juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan dalam darah..

7 : SERAM SEJUK
  • pesakit anemia munkin akan berasa sejuk sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas berdenting..

8 : SUKAR UNTUK BERNAFAS
  • ia mungkin disebabkan amenia atau pengumpulan bendalir dalam paru-paru..

9 : SAKIT PADA SESETENGAH ABDOMEN
  • kebiasaannya, pesakit akan mengalami kesakitan disekitar pinggang dan belakang badan di mana terletaknya buah pinggang.. nanti korang cek tau.. kalau kerap sangat sakit, mungkin korang kena pergi jumpa doktor..

10 : PENING KEPALA
  • kengkadang migraine.. tapi migraine, dia sakit kat satu bahagian jek tau.. tapi nih satu kepala.. ianya mungkin disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen dalam otak..
kalau korang ada simptom kat atas tu, kakak rasa memang korang kena pegi buat pemeriksaan lanjutan kat klinik / hospital sebelum melarat.. dan kalau betul korang ada masalah buah pinggang, korang kena la jalani pelbagai jenis rawatan dan ambil ubat secara konsisten..

yang lebih kronik !! mungkin korang terpaksa jalani dialisis sepanjang hayat korang.. em.. melibatkan masa - tenaga - duit dan orang sekeliling.. 

nah !! kakak share rawatan alternatif untuk korang !! untuk membantu mengatasi masalah buah pinggang.. 







BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

bahan aktif dalam Vivix yang menjadikan Vivix antioksidan terunggul dalam kelasnya adalah resveratrol dan mengikut kajian, resveratrol membantu buah pinggang melalui cara :
  • antioksidan
    • mengurangkan tekanan oksidasi pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang
  • meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  • mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  • mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  • mengurangkan proses lipid peroksida
  • mengurangkan kematian sel pada saraf buah pinggang

pilihan ada ditangan kalian dan kakak cuma berkongsi alternatif untuk korang mengelak daripada membazir dan memiliki kesihatan yang jauh lebih baik.. hee~ jangan kata kakak tak payung eh..

10 comments:

  1. Produk shaklee mmg sgt bagus. risau juga kalu kena sakit buah pinggang. Good info kak. Kujungan balas daripada sy. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari muda kita jaga kesihatan, kawal pemakanan.. in shaa Allah.. semua akan baik baik saja nanti.. hee~

      Delete
  2. Satu informasi yang bagus ni. Saya blogwalking dan singgah kat sini kejap ya hehe.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rasanya setakatni takde tanda2 tu. Terima ksh share. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kalau mungkin bukan kita, mana tau ada family members.. bukan mintak, tapi lebih berhati hati..

      Delete
  4. seram sejuk kalau ada penyakit ni. takpe2 kita yang muda2 ni boleh start jaga kesihatan. and minum ikut sunnah nabi. minum secara duduk . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sepantas kilat terus jaga kesihatan, jaga pemakanan..

      Delete
  5. terima kasih atas perkongsian ni kak ati.. mmg takut penyakit mcm ni. huhu.. btw kan Produk shaklee mmg terbaik.. banyak dah busyra dngr pasal shaklee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ alhamdulillah.. nanti kalau Busyra nak try, bagitau kakak ya.. nih nombor whatsapp kakak : 017 309 1865.. ada set kecantikan jugak.. dari muda nih jaga kecantikan la syok..

      Delete

Powered by Blogger.