6 BUKTI CUKA EPAL DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN MUTU KESIHATAN

by - October 11, 2017

cuka epal ? em.. ape tu sampai kakak buat entri khas untuk dia saje ni ? hee~ ye.. memang nak buat entri khas sebab benda baik harus disebarkan.. tak gitu ? disebabkan kakak ni consumer tegar cuka epal ** jenama khas sahaja.. bukan semua jenama kakak boleh telan.. ** kakak share la ye 20 khasiat cuka epal dalam membantu meningkatkan mutu kesihatan.. 

TINGGI ASID ASETIK

  • cuka epal organik yang mengandungi 'ibu' dikatakan memberi banyak manfaat terhadap kesihatan.. tapi !! tiada kajian khusus yang menyokong kenyataan tersebut..
  • cuka epal mengandungi hanya 3 kalori bagi setiap sudu..
  • tidak mengandungi banyak vitamin atau mineral tetapi ada sedikit kalium, beberapa asid amino dan antioksidan..

cuka epal diproses dengan cara penapaian menyingkirkan
gula dari epal yang menjadikan asid asetik bahan aktif dalam cuka.. 


MEMBUNUH BAKTERIA

  • cuka epal membantu menyingkirkan patogen termasuklah bakteria..
  • kalau zaman dulu, cuka epal digunakan untuk proses pembersihan dan pembasmian kuman, merawat kulat dan kutu serta membantu menyembuhkan penyakit di dalam telinga ** pun tak de kajian khusus yang membuktikan kelebihan cuka epal ni.. huu~ sedihkan.. **
  • Hippocrates ; Bapa Perubatan Moden menggunakan cuka epal untuk membersihkan luka..
  • cuka epal juga digunakan sebagai bahan pengawet makanan dan ada kajian menunjukkan ia mampu menghalang bakteria seperti E. coli daripada membiak dalam makanan dan merosakkannya..

bahan utama dalam cuka epal adalah asid asetik yang mampu membunuh
bakteria atau menghalang ianya membiak ke paras yang lebih bahaya..
ia juga mempunyai sejarah penggunaan sebagai bahan pengawet semulajadi..


MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

  • penyakit kardiovaskular ( jantung dan strok ) merupakan punca kematian terbesar di dunia , tapi !! kalau korang boleh mengurangkan risiko dengan mengamalkan cuka epal secara konsisten.. 

  • beberapa faktor risiko telah dibuktikan dengan penggunaan cuka epal tapi semua kajian tersebut dilakukan ke atas tikus yang menunjukkan cuka epal dapat menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida..
  • cuka epal juga MUNGKIN mengandungi asi klorogenik antioksidan yang melindungi zarah kolesterol LDL dari teriksidasi - satu langkah penting dalam proses penyakit jantung..
  • satu-satunya bukti yang menggunakan manusia adalah kajian observasi dari Harvard yang memperlihatkan bahawa wanita yang memakan salad dengan cuka epal berisiko rendah terkena penyakit jantung..

beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas haiwan menunjukkan
yang cuka epal boleh mengurangkan trigliserida darah, kolesterol dan
tekanan darah.. tapi !! dapatkan nasihat dari doktor dulu ya..


MELAWAN SEL KANSER

  • siapa tak kenal kanser ? hee~ kanser merupakan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel-sel secara tidak terkawal.. tapi !! pernah tak korang dengar pasal cuka epal dapat merencatkan pembiakan sel kanser ?
  • kebanyakan kajian dilakukan menggunakan cuka beras bukan cuka epal dan kesemua kajian ini dilakukan ke atas sel kecil dalam tiub ujikaji dan tikus yang TIDAK membuktikan apa-apa mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan manusia..
  • ada beberapa pemerhatian telah menunjukkan pengambilan cuka dikaitkan dengan penurunan kadar sel kanser esophageal di China..
  • kemungkinan cuka epal juga boleh membantu mencegah kanser..

MENGAWAL BACAAN GULA DALAM DARAH

  • setakat pembacaan kakak buat masa ni, cuka epal dapat membantu pesakit kencing manis type 2 dalam konteks mengawal ketidakupayaan badan menghasilkan insulin.. tapi !! gula dalam darah juga boleh menjadi masalah kepada orang normal yang menjadi punca utama proses penuaan dan pelbagai penyakit kronik..
  • cara paling selamat untuk setiap dari kita mengekalkan paras gula dalam darah adalah dengan mengelakkan karbohidrat berlebihan dan mengawal pengambilan gula putih..
  • cuka epal telah terbukti dapat membantu mengekalkan fungsi insulin dan mengawal tahap gula dalam darah :
    • cuka epal mampu meningkatkan kepekaan insulin semada makan makanan tinggi karbohidrat dari 19 % - 34 % dengan ketara mengurangkan glukosa dalam darah untuk bertindakbalas terhadap insulin..
    • cuka epal membantu mengurangkan gula dalam darah sebanyak 34 % kalau korang makan 50 gram roti putih..
    • 2 sudu suka epal sebelum tidur boleh mengurangkan bacaan gula di dalam darah sebanyak 4 %..
    • banyak kajian lain yang menunjukkan bahawa cuka epal mampu meningkatkan kepekaan insulin dan bertindakbalas terhadap gula dalam darah semasa makan..
  • atas sebab-sebab yang kakak bagitau kat atas tu membuktikan cuka epal sangat baik untuk pesakit kencing manis, pra diabetes dan mereka yang mahu mengekalkan paras gula dalam darah..

cuka epal mampu meningkatkan kepekaan insulin dalam badan
dan membantu mengurangkan tindak balas gula dalam darah
selepas makan.. jadi !! cuka epal sangat selamat dan sesuai untuk pesakit
kencing manis..


TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN

  • em.. disebabkan cuka epal dapat merendahkan kadar gula dalam darah, masuk akal tak kalau kakak cakap cuka epal pun mampu menurunkan berat badan ? hee~ ya !! cuka epal mampu mengawal berat badan korang.. dan.. kakak.. hahahah~
  • beberapa kajian menunjukkan bahawa cuka boleh mengawal rasa lapar..
  • pengambilan cuka bersama dengan makanan yang ber-karbohidrat tinggi mampu memberikan rasa kenyang dengan lebih cepat sekaligus membuatkan jumlah pengambilan kalori juga lebih sedikit ( sekitar 200 - 275 kalori ) sehari..
  • kalau mampu kawal pengambilan kalori, bermaksud korang dapat mengawal berat badan secara beransur-ansur juga !!
  • satu kajian ke atas individu gemuk menunjukkan bahawa penggunaan cuka epal secara konsisten dapat mengurangkan lemak perut, mengecilkan lilitan pinggang dan menurunkan trigliserida dalam darah.. best ke seronok ?
    • 15 ml ( 1 sudu besar ) - hilang 1.2 kilogram
    • 30 ml ( 2 sudu besar ) - hilang 1.7 kilogram
  • tapi korang kena faham tau.. kajian yang dilakukan mengambila masa selama 12 minggu ( 3 bulan ) dan kalau korang baru makan 3 hari, jangan harap berat badan korang akan turun mendadak ye.. cubit kang.. tapi bukan sepenuhnya bergantung pada cuka epal semata sebaliknya korang kena la bersenam dan mengawal pengambilan makanan juga..

kajian menunjukkan bahawa cuka epal boleh meningkatkan
rasa kenyang dan membantu mengurangkan kalori yang sepatutnya..
memang sangat sesuai la untuk korang nak turunkan berat badan..


KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN CUKA EPAL

ada yang mengatakan, cuka epal dapat meningkatkan tenaga dan mempunyai banyak kelebihan dalam membaikpulih mutu kesihatan tapi ianya tidak disokong sama sekali oleh Sains kerana tiada sebarang kajian terperinci mengenai cuka epal ni..

tapi.. untuk kakak yang memang consumer lebih kurang 3 - 4 bulan gitu, memang dah rasa impak yang sangat positif terhadap kesihatan kakak lagi-lagi bab penurunan berat badan tu.. hee~

dalam pemilihan jenama cuka epal ni, kakak hanya memilih jenama BRAGG yang mengandungi 'pati ibu' dan tanpa bahan kimia merbahaya.. kalau tak boleh nak telan sekalipun, korang boleh jadikan cuka epal ni sebagai bahan dalam masakan dan salad dressing menggantikan bahan perasa yang lain..

kakak ? haa.. kakak lagi suka bancuh dengan air suam dengan sukatan 1 sudu besar dibancuh bersama segelas air.. dah tentulah minum pada waktu pagi, 30 minit sebelum sarapan.. kalau boleh jangan ambil secara berlebihan sebab kita tak tau apa akan jadi sekiranya overdose.. hee~ maksima 2 sudu besar sehari ( 15 - 20 ml ) sehari..

tapi !!

cuka epal bukan keajaiban atau penyembuhan segera tah pape yang korang kena obses melampau tau.. jaga kesihatan disamping mengawal pengambilan makanan sekali ya..


You May Also Like

4 comments

  1. Banyak sungguh kebaikan cuka epal ni ye

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkogsian yg menarik ni .

    ReplyDelete
  3. Dulu minum juga cuka epal ni... But now... Dah stop... Rasa macam nak mula balik jer...

    ReplyDelete
  4. Mmg bagus ye cuka epal ninbyk khasiatnya

    ReplyDelete