KORDEL’S THERACUMIN® ; KHAZANAH ALAM MEMPERBAIKI MUTU KESIHATAN

by - May 03, 2019

Transformasi dalam bidang kesihatan mengesahkan kunyit mempunyai pelbagai jenis khasiat untuk membantu pengguna kekal sihat dan awet muda, dek peredaran zaman yang semakin pantas kini khasiat kunyit sudah boleh dimiliki dalam bentuk kapsul dari jenama Kordel’s.

Khasiat Dan Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan

Menerusi laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) tentang penyakit tidak berjangkit ( NCD ) yang memberi gambaran betapa perlu masyarakat mengambil berat isu-isu kesihatan terhadap mortaliti manusia di seluruh dunia.


KORDEL’S BIO-CURMIN


Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan kepada beban penyakit negara. Laporan KKM juga menunjukkan peningkatan trend penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular mempunyai faktor risiko yang sama seperti peningkatan darah tinggi, peningkatan paras gula darah, kegemukan, paras lemak darah yang tinggi, tabiat merokok, pemakanan yang tidak sihat dan cara hidup yang tidak aktif. Peningkatan faktor risiko ini boleh menyumbang ke arah peningkatan penyakit tidak berjangkit.






“keadaan di Malaysia adalah lebih teruk dengan laporan yang mendakwa bahawa kematian
akibat penyakit kardiovaskular menyumbang kepada 35% daripada jumlah kematian
di negara ini – lebih tinggi daripada purata global sebanya 13%”

- Ho Swee Lin; Pengurus Besar Cambert ( M ) Sdn. Bhd.



Sebab itulah Cambert ( M ) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif utama dalam memperkenalkan makanan tambahan kesihatan Theracurmin® yang mempunyai rumusan curcumin – terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma longa ( kunyit ).

Produk Kordel's Malaysia

Pelbagai jurnal yang menceritakan khasiat-khasiat curcumin yang boleh membantutkan perkembangan radang dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB atau faktor nuklear kappa-light-chain-enhancer sel B turut memainkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, alzheimer dan degeneratif lain.



nuklear kappa-light-chain-enhancer sel B
= adalah kompleks protein yang mengawal transkripsi DNA, pengeluaran sitokin 
dan kelangsungan hidup sel




MANFAAT KORDEL’S BIO-CURMIN KHUSUS UNTUK :


Semua golongan yang berpotensi mendapat penyakit tidak berjangkit ( NDC ) seperti kanser, tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung dan diabetes namun, mereka yang tersenarai di bawah juga disarankan mengamalkan Kordel’s Bio-Curmin :

  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser, diabetes, sakit jantung dan stroke
  • Mereka yang tidak mampu mengawal nafsu makan
  • Mereka yang menggalami masalah berat badan ( obesiti ) dan tidak mengamalkan budaya aktif bersukan
  • Mereka yang berpotensi menghidapi diabetes ( suka makan makanan manis )
  • Mereka yang ketagih alkohol
  • Mereka yang sentiasa mengalami tekanan emosi
  • Mereka yang merokok
Theracurmin® berkesan kerana dihasilkan melalui proses yang dipaten menggunakan teknologi nano-particle yang memberi manfaat dalam sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron. Theracurmin® telah diproses sehingga curcumin dapat diserap dengan baik dan disimpan dalam sel selama 24 jam – membolehkan tubuh mendapat khasiat dengan segera dan lebih lama.

Kelebihan Curcumin

Penyelidikan klinikal terhadap Theracurmin® menunjukkan bahawa ia juga meningkatkan fungsi dinding saluran darah yang membolehkan tubuh manusia mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan menghalang pembekuan yang menyebabkan penurunana 65% risiko penyakit jantung dan ia membuktikan keberkesanan dalam menyekat perkembagan, pertumbuhan dan penularan kanser diperingkat molekul.

Maklumat lanjut ? Mungkin link kat bawah ni boleh membantu :

LAMAN WEB : http://kordels.co


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

0 comments