EATZ@HONG KONG ; SAJIAN AUTHENTIC HONG KONG KINI DI MALAYSIA

YEAY !! Bila dah penat bekerja sepanjang minggu dan menguruskan rumahtangga memang syok dapat lepak dan menikmati sajian luar dari kebiasaan adalah bonus besar untuk kak - kali ni kakak cuba belanja RM 100.00 di EATZ @ Hong Kong yang terletak di The Gardens.

Eatz @ Hong Kong

Sungguh kakak tak pandai nak bajet apa yang sedap dan apa yang berbaloi tapi kakak try lah ye. Hahahaha~ Kalau makan sorang dengan nilai RM 100.00 tu agak besar juga tapi tak pe lah, kalau tak sampai bila pun tak merasa sajian citarasa Hong Kong. Gittew--


EATZ @ HONG KONG, THE GARDENS


Memang dari awal tak letak expectation tinggi sangat sebab tak banyak review pasal EATZ @ Hong Kong ni sebab kakak membayangkan tempat dia macam kedai kopi biasa dengan makanan yang biasa-biasa. Hee~ Penat nak buat review makanan sebab kakak jenis yang setia dan makan benda yang sama hampir setiap hari.

Tapi !!
Menurut website EATZ @ Hong Kong - makanan dan minuman yang dihidangkan menonjolkan citarasa authentic Hong Kong sejak dari tahun 50-an. Dengan hanya menggunakan bahan masakan yang segar, EATZ @ Hong Kong  yakin dapat mencuri taste bud pelanggan dengan pelbagai hidangan.

Where To Eat In KL
Susun atur kedai pun dah in love sangatttttttttttttttt-- Time ni memang doa doa lah makanan dia sesedap pemandangan kedai. Hee~
Belek-belek menu dan benda pertama kakak cari adalah KOPI. Memang tak de benda lain lah kan ? Kopi yang menentukan keseluruhan hidangan samada berbaloi ataupun tidak. Hahahah~ Falsafah kakak bila nak makan lah. 

Tapi target kali ni, apa yang kakak boleh belanja dengan RM 100.00 pada makanan yang berbaloi dan sudah tentu ada kopi. Dan kalau berbaloi memang kakak akan singgah lagi nanti.

Okay !!

Best Coffee In Town

Biasa kita dengar ais dalam kopi tapi kali ni kopi dalam ais. Hahahaha~ Sesungguhnya sangat sedap dan rasa kopi yang pekat memang melekat kat lidah walaupun dah habis telan. Tak lambung pun, tapi kakak memang suka rasa kopi dia cuma kakak minta kurang manis untuk pastikan rasa kopi dia kaw.

Well.
Sedap dan korang kena try !!
HK Coffee On Ice Bed = RM 15.80

Food Blogger Malaysia

Orang Malaysia memang nak nasi saja dan tak boleh tidak lah nanti tak kenyang weyyyyy-- Hahahaha~ Dan kakak tak nak makan nasi yang berkuah dan hasilnya - INI !! Nasi putih dan kepak tengah ayam disaluti sos manis.

Sedap jugak lah kalau untuk mereka yang tak makan pedas atau nak bagi anak korang makan. Haa-- Portion memang boleh kenyang dengan nasi, ayam dan sayuran mentah ( mungkin dicelur sahaja bagi memastikan khasiat sayur kekal !! kakak suka !! ) dan ada sos yang dipanggil Swiss Sauce ; rasa manis manis dan sedap. Haa. Punya tak tau nak describe rasa sos tu. 

Tapi memang ngam !!
Swiss Sause Chicken Wings Rice = RM 16.80

Fine Dining Murah KL

Skeptikal !!
Tapi kakak nak cabar taste bud kakak dengan steak yang dikatakan sangat popular kat EATZ @ Hong Kong dan menjadi hidangan wajib order lah kalau singgah makan kat sini. Hee~ Nervous sebenarnya sebab takut tak sedap. Nanti membazir.

Australian Beef Striploin Steak dan dimasak dengan teknik medium rare - kakak boleh cakap.

PEHHHHHHHHHHH--
Lazat gais !! Lazat. Tekstur yang lembut dan juicy, rasa macam tak cukup satu set ni. Kentang goreng yang didatangkan dengan set steak ni langsung kakak tak usik. Sungguh. Kakak makan daging dia je. Masa menaip ni pun kakak terliur membayangkan betapa sedapnya lahaiiiiiiii.

Masuk list korang !!
Australian Beef Striploin Steak = RM 37.80

Best Dessert In Kuala Lumpur

Fufff-- Kakak tertunggu je nak cerita pasal dessert dorang. Hahahaha~ Kakak memang suka makanan manis dan susah sebenarnya nak kawal. Suka memang tahap terliur walaupun belum makan. Haa-- Gittew-- Dan Souffle dari EATZ @ Hong Kong memang berjaya menambat hati kakak, gais.

Tekstur yang lembut dan manis cukup rasa membuatkan sensasi pencuci mulut cair dalam mulut macam ; PEHHHHHHHH--

Haish.
Try wey !!
MS Souffle = RM 15.80

The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Last !!
Janji last. Hahahaha~ Teruk terliur time throwback ni.

Tak lengkap rasa kalau makanan dari Hong Kong tak de pencuci mulut berupa Egg Tart. Haish. Sedap sebab tak berapa manis dan tekstur tart shell tu sangat lembut - langsung tak muak. Ngam, kakak order dua untuk memenuhi nafsu.

Sebab sedap !!
Egg Tart = RM 3.80 / pcs

Authentic Hong Kong Foods

Dan DONE !!
Hahahaa~ Kakak balik dengan perut yang kenyang dan kepuashatian yang tak tertanggung nak bagi tau korang - korang kena singgah makan dan order semua menu yang kakak bagitau kat atas nun. Confirm tak menyesal dan puas hati sungguh. Semua yang kat atas tu tak sampai RM 100.00 pun dan kalau korang bijak mencorak, semua makanan kat atas tu adalah untuk tiga orang !!

Kira tolak tambah korang lepak situ, sorang cuma keluarkan dalam RM 4+.++ je.
Tapi kalau nak makan lunch, ada je Lunch Set dorang dengan harga bermula dari RM 16.90 je !!!!! 

Eatz @ Hong Kong

Haish.
Makanan sedap.
Persekitaran tenang.

Nak apa lagi gais ?



LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

10 comments :

  1. perghhh
    rare pula tengok kopi dalam ais tu
    lepas tu egg tart macam sedap
    steak pun nampak sedap
    semua pun sedap lah
    okay...nak kena pergi Gardens lah kejap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ semua sedap ni.. serius tak tipu..

      Delete
  2. Menu semua nampak sedap2 semuanya. Air tu letak dlm ais, pestime ngk. Fiza follow atie juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi ais tapi ais kat luar.. hahahaha~ memang sedap.. kena dengan citarasa akak.. jom nanti bila2 free kita lepak sini..

      Delete
  3. Menariknya kopi dalam ais tu. dessert tu nampak sedap je tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnn.. kopi tu rare tau.. hahahah~ tempat lain tak de camni..

      Delete
  4. tgk gambar cafe dia ni mcm menarik, boleh santai-santai bersama kawan-kawan...
    wow!boleh tahan harga kopi dia tu hehehe... cantiknya semua gambar.. terus semua gambar makanan nampak nak makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tempat dia memang santai dan makanan memang best.. ye lah.. akak belum ada rezeki ke Hong Kong, dapat rasa makanan dorang pun okay dah..

      Delete
  5. Kalau dah semua kena masuk list semua sedap, maknanya duit pun kena extra juga lah kan. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ itu tak boleh elak sis.. kira macam terpaksa jugak lah..

      Delete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes