AYAM UNTUK SEMUA SEMPENA ULANGTAHUN KE-20 TCRS

Caya tak caya lah sangat dah kalau Ulangtahun dia, dia plak nak belanja kita siap bagi pakej tiga set Nasi Ayam lengkap pada harga RM 20.00 !! Mula-mula tu kakak rasa macam : SERIUS LAH !!!!!



Memang tak boleh jadi, terus singgah AEON Mall, Seremban dan redah sendiri The Chicken Rice Shop. Melopong bila nampak bunting yang dorang pamerkan depan kedai.


TIGA SET ; RM 20.00



Memang tak tunggu lama lah, ngam makan tengahari dan perut pun berkeroncong terok. Teruslah Encik Suami kakak pesan Set Ayam Untuk Semua ni. Kakak kan diet, kena jaga pemakanan sikit tapi kalau dah masuk The Chicken Rice Shop - memang tak boleh tolak. Wajib makan dengan bahagia dan gembira.



Setiap set didatangkan dengan :

  • 1/4 bahagian Ayam ( Roast / Steamed / Soy Sauce )
  • Satu hidangan Ayam ( Roast / Steamed / Soy Sauce )
  • Taugeh atau Pak Choy dengan Sos Tiram
  • 3 x nasi
  • 3 x sup
  • 3 x minuman ringan pilihan

Dah kalau banyak ini, tak ke mengah wey ? Hee~ 



TAPI !!
Set Ayam Untuk Semua ni hanya untuk dine-in sahaja tau dan terhad kepada 20,000 set tersedia je. Kiranya kalau dah habis 20,000 set tu - tak de lagi lah tau. Jadi !! Sementara masih sempat tu, korang pergi lah pulun.


BACA SINI --> 



Sekarang ni dah jadi trend pakai e-wallet dan kakak pun nak menyeru kat korang untuk sama-sama menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan kontak terus sesama kita. Dan penggunaan e-wallet memang sangat sesuai. Bonus untuk korang juga, guna Touch n Go e-wallet, korang akan dapat cashback RM 2.00 !! Nah !! Berapa total harga untuk satu set ni ?

Ya !!
Jadi RM 18.00 je !!


Kegemaran kakak !! Korang suka ayam korang cemana ?

Tak seronok lagi ? Hee~
Rugi lah kalau tak grab sementara stok masih ada ni.


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

Post a comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes