BERBUKA PUASA SAMBIL MENDERMA DAN DAPATKAN DISKAUN 10%

ehem !! dah plan nak berbuka puasa kat mana minggu nih ? hee~ kalau dah ade, sila tukar fikiran lepas habis baca entri kakak ni dan kalau belum ada, korang antara yang bertuah la..

minggu lepas kakak dapat jemputan untuk sama sama memeriahkan Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana bersama Migran Syria / Palestin.. hee~ pengalaman pertama kakak lepas berkeluarga.. kalau zaman pikul DSLR dulu rajin gak la join majlis majlis NGO gini..

anjuran bersama antara The Space U8 dan badan NGO yang menyalurkan sumbangan kemanusiaan kepada Palestin dan Syria iaitu Humanitarian CARE Malaysia Berhad ( MyCARE ).. MyCARE merupakan NGO ( Non - Government Organization ) yang berdaftar dengan SSM turut diiktiraf Bank Negara Malaysia yang telah beroperasi lebih kurang 6 tahun dan telah mengumpul lebih RM 60 juta yang telah disalurkan kepada saudara saudara kita yang memerlukan di lebih 18 buah negara..


MyCARE mempunyai 6 agensi kecil iaitu :

AQSA SYARIF
SALAM IRAQ
i4 SYRIA
Palestine Centre of Excellent ( PACE )
Nusantara Care ( NICE )
ROSE 2 ROSE



kasik can kakak posing sket.. hee~

masa ni baru lepas solat Maghrib kat Surau An-Nur ( keluar dari pintu utama, naik eskelator ke atas ).. masyaAllah.. surau muslimat besarnye boleh muat sehingga 250 orang.. serius besar dan cantik.. telekung pun wangi wangi.. lepas tu kakak tanya la encik suami..

"surau lelaki cantik tak ?"

encik suami kata cantik.. boleh golek golek tido.. encik suami kakak tambah lagik "mungkin boleh masuk dalam 400 orang maksimum tu.." dan kakak pun bermain dengan imaginasi.. dan masa ni kakak terlepas persembahan kumpulan Saff One sebab ralit dok kat surau tu.. hee~ tapi kakak dah suruh encik suami rekod kan.. dan korang kena tau, sepanjang majlis berbuka puasa ni juga korang akan menikmati kelunakan suara kumpulan Saff One.. best kan ? * boleh mintak otogerap nanti !! *

ape lagi yang best ?









dessert dorang satu meja besar dan penuh weyh !!

mahap la ye.. kakak terliur masa ni.. memang tak sempat nak snap banyak banyak.. hahahah~ kambing golek pun kakak tak sempat tangkap gambar.. kalau korang nak try berbuka kat sana.. boleh contact dorang.. dengan RM 58.00 untuk dewasa, korang dapat nikmati lebih 100 hidangan hasil air tangan Katering Enak Rasa.. 

heaven kan ?

paling win malam tu, kami disajikan nasi arab dari D'Arab Station.. dia punya rasa.. pergh !! terangkat.. kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar weyh.. hee~ tak percaya ?




kami sekeluarga memang kaki nasik arab nih.. hee~ encik suami pilih kambing dan kami bertiga pilih ayam.. nyum !! kekenyangan.. 

tapi tu sajian khas untuk malam tu jek la untuk meraikan Migran Palestin dan Syria.. eh !! korang nak try ke ? ala.. ape tak cakap.. hee~ ce tengok bawah nih dan mohon booking awal awal la ye sebab bulan puasa ni CONFIRM penuh..


buat tempahan berbuka puasa di The Space U8 kat sini --> SINI

atau



bukan untuk majlis berbuka puasa jek kat The Space U8 nih, kalau korang nak kawen, grand buat dalam ballroom.. sini WIN !! sebab.. serendah RM 9950.00 korang boelh jamu jemputan seramai 500 pax * jimat lebih kurang 12k * dengan hidangan mewah.. jimat dan mewah.. dua benda yang kalau korang bijak, korang boleh gabungkan.. hee~ tu nanti korang contact jek management ye.. tunjuk entri kakak ni, nanti dorang faham la.. 


hee~ menyempat !!

Tarikh / Jadual Iftar Kemanusiaan Perdana :
1 Ramadhan 1437H - 27 Ramadhan 1437H

Harga Pakej :
RM 58.00 - dewasa
RM 30.00 - kanak kanak ( 5 - 12 tahun )

nak diskaun tak ? hee~
korang petik jek www.atiehilmi.com dan korang layak dapat 10% Diskaun..

dan tiada penyesalan yang pastinya sebab lebih 100 jenis hidangan dorang dok sajikan.. aduh !! dah la murah siap ade diskaun lepas tu makan la sampai kenyang selagi larat..

dan kalau korang nak taja anak yatim dan asnaf pun boleh, mana la tau kan kot ade program CSR kat office korang ke kan.. haa.. nih peluang besar yang korang tak payah nak fikir panjang.. ade diskaun weyh.. cakap kat boss korang eh.. hee~

1 meja = 10 orang = RM 580.00

buat tempahan berbuka puasa di The Space U8 kat sini --> SINI

barisan blogger bersama penganjur..

untuk program ni, MyCARE mensasarkan kutipan sumbangan sekurang kurangnya RM 100, 000.00 dan dana yang diperolehi akan disalurkan terus ke tabung kemanusiaan MyCARE khususnya :

Tabung Kemanusiaan Aleppo - Syria
Tabung MyINTIFADA - Palestin
Tabung Penajaan Anak Yatim - Palestin dan Syria

apa pilihan kita ?

daripada Zaid bin Khalis al-Juhhani R.A ; daripada Nabi SAW sabdanya :
"sesiapa yang memberi makan ( berbuka ) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan sedikit pun.." 
- at - Tirmidzi

duduk diam dan perhatikan ?


No comments:

Powered by Blogger.