3 FAKTA TENTANG SAYA YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU

Memang jujurnya tak de ape pun yang menarik pasal kakak. Serius. Hahahaha~ Tapi mungkin korang tak tau pasal 3 perkara nih. Haa. Dah tak tau, kena la tau. Kan ? Ape kata korang buat buat amik tau ? * nah !! siap kena paksa lagik.. hahahaha~ *


Lefthanded

BOLEH GUNA KEDUA-DUA BELAH TANGAN



Memang major kakak tangan kiri tapi disebalik itu, kakak boleh guna kedua-dua belah tangan kakak tau. Hee~ Kakak boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan, gunting pun boleh guna dua dua tangan, sudu - garfu - pisau pun sama. Cuma masalah kakak. Bila main golf. Jeng !!! Kena beli kayu golf khas untuk orang kidal dan blom ade bajet lagik.


Kadang bila tengah masak, tangan kiri kacau lauk atas dapo, tangan kanan menaip kat telefon. Itu rutin harian kakak sebagai work at home mom.


Tambahan :


Korang nak tau tak yang orang kidal nih lebih mudah mengawal emosi berbanding orang bukan kidal tau. Itu fakta pasal tangan kiri, kalau dua dua tangan ? Haa. Nampak betapa kakak boleh switch pelbagai perasaan ke perasaan yang lain. Nak kata tak de hati dan perasaan pun ade gak kengkadang. Tapi kakak lagi suka diam dari berdebat dengan orang yang kakak rasa dia akan kalah. Hee~ Fakta ? Ye. Kakak suka fakta dan logik. Sebab tu sesetengah mereka yang suka carik masalah dengan kakak kena perbaiki ilmu dorang dulu.


Kesimpulan : Orang bertangan kidal nih boleh control apa yang dia rasa. Kalau dia suka, nak switch ke tak suka pun dia mampu. Haa. Jangan main main tau.



PERFUME VANILLA




Dah banyak brand perfume kakak try, tapi tak boleh IN. Hee~ Dda tu sampai termuntah muntah bila bau. Blom lagik masuk bab loya, pening bagai. Eh !! Bukan pasal kakak pregnant. Bukan. Tapi tak tahan bau sesetengah perfume. Mungkin pada korang, wangi. Tapi bukan pada kakak.


Masa zaman pra remaja kakak pakai Impulse tapi spesifik tau. Pakai yang botol hijau jek. Sekarang nih tah ade lagik ke idok perfume tu. Tapi bau dia memang best. Lepas tu dah pandai sikit, kakak pakai Escada Love. Wee~~~ ini lagik syahdu. Bau dia sangat sangat sangat super best. Tapi pasal mahal, tak mampu nak beli selalu. Hahaha~


Lepas tu macam macam perfume kakak cuba dan satu yang paling serasi.

Perfume Vanilla
Ddia punya semerbak dik non, jangan cerita la. Syok. Memang la murah sebab Avon kan ade promo. Kalau promo kakak mesti grab 2 - 3 botol buat stok. Tu belum yang calit calit punya buat simpan dalam handbag.





Memang kakak rekomen la. Lagi lagi kat korang yang badan ada sikit bau tak menyenangkan. 'Sorok' bau badan dengan bau vanilla nih adalah jalan paling bijak. Hee~



PERNAH TAK TIDUR LEBIH 18 JAM




Masa nih kakak kerja partime sebagai photographer. Haa. Tengok kakak kecik kecik ginih, kakak pernah pikul DSLR 2 bijik tau. Lenguh gak la bahu sebab lense 400mm f/2.8 kot. Memang mengah la tapi hasil gambar super puas hati. Time time tu kakak memang dah pandai tak berapa nak lena tido. Kadang malam la time nak edit gambar. Bila dah mula edit, memang membawak ke subuh la. Bila siang nak pegi keje plak. Haa. Hamik !!! 


Hahahaha~ Ini bukan rekod tau tapi benda nih jadik pada awalnya macam "damn !! aku kena berjaga siapkan keje.. kalau tak siap, mati la aku.." lepas tu setakat 24 jam pon relax jek-- Ntah !! Tak tau mana silap tapi rasa ke-ter-paksa-an tu la yang menebal buat badan tak nak rehat, mata tak boleh lelap.


Risiko Insomnia
Ha ? Kakak insomnia ? Ye ke ? Hee~ TAK. Jawapan dia tak. Sebab kalau kakak balik kampung ke, time tak sibuk ke, time tak de ape nak buat ke ( konon nih !!! ) boleh jek tido awal. Boleh jek cukupkan 8 jam sehari. Haa.


Jawapan dia. Bila ko dalam tekanan kerja, tapi ko enjoy buat kerja. Sekarang nih ade jugak la rasa effect dari keje keje berat yang kakak pernah buat masa zaman muda dulu. Eh !! Sekarang pun muda lagik tapi dulu muda remaja. Sekarang muda bergetah. H. hahahahah~ Gittew-- Antara kesan yang kakak terasa OSTEOPOROSIS.






Sakit ?
Em. Tak sakit tapi tulang ade bunyik keriuk keriuk. Bila nak turun sujud, mesti ade sendi berderap. Macam pijak ranting patah tu. Kakak ada masalah osteoporosis / tulang tak padat. Hee~ Ingatkan tu masalah orang tua jek ? Tak !! Buktinya, kakak pun kena. Sebab kakak memang tak minum susu. Ko tadah la susu ape pun, memang tak boleh nak telan weyh. Last last kakak makan tablet susu baru lah lega. Haa. Bukan kata sembuh tapi bunyik tu dah kurang dan jarang dengar.


Gittew--


Dah la eh. Cukup la kot 3 perkara yang korang mungkin tak tau pasal kakak tapi sekarang dah tau. Haa. Jangan mengata * gaya Nur Sajat.. * hahahaha~ selamat berhujung minggu !!!



LOVE ;
Atie Adnan




6 comments:

  1. oooo, baru tahu pasal kakak. selamat berkenalan kak :)

    ReplyDelete
  2. Rare ni.. boleh guna dua2 tangan. Saya pun suka wangi vanilla.. sedap je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tapi major tangan kiri la.. tangan kanan bila terdesak / perlu baru guna..

      Delete
  3. Rare jugak yg 3 kat atas tu. Memang bukan smua bleh buat :) gifted :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha~ pada sesetengah orang rare, tapi kakak dah jumpa kengkawan sealiran..

      Delete

Powered by Blogger.