MANFAAT MANDI AIR SEJUK UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

kadang fikir banyak kali kan nak mandi air sejuk.. hee~ dengan gigilnya lepas tu ade rasa gatal gatal kat tapak tangan tu.. memang susah la nak konsisten melainkan kalau tengah panas berpeluh.. mencarik jugak la air sejuk nak dibuat mandi.. kan ? hee~ sape sama macam kakak ? kita geng !!


kalau korang nak tau, mandi air sejuk merupakan terapi yang berkonsepkan Hydrotherapy telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz ; seorang peladang pada tahun 1920-an yang menggunakan terapi ini untuk mengubati pelbagai penyakit..

nah !!

KELEBIHAN MANDI AIR SEJUK

1 : MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
  • bila sebut pasal perjalanan darah dan sakit jantung, serba terkait antara satu sama lain.. kan ? bila korang mandi dengan air sejuk, arteri darah mengecut ( vasoconstriction ) yang akan mengecut dan membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi.. aliran darah pun lebih lancar..
  • yang nih paling BEST !! hee~ darah korang akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan untuk mengekalkan kepanasan darah untuk mengelakkan hipertensi dan lesu.. best kan ? unik btol sistem darah kita nih.. hee~
2 : MENGURANGKAN STRESS
  • korang stress ? haa.. g mandi air sejuk.. bila menggigil tak jadik plak nak stress.. hahaha~ satu kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati, air sejuk yang kita buat mandi tu meransang titik biru pada otak iaitu sumber utama noradrenaline dalam badan kita..
  • ape plak noradrenalin tu ? hee~
3 : MENGUATKAN SISTEM PERNAFASAN
  • ini kakak sendiri perasan.. bila anak-anak kakak mandi air sejuk, dorang akan tarik nafas dalam dalam banyak kali.. ha.. bukan sekali dua tapi banyak kali.. hee~ kakak pon tanya la Mr. Google.. dan jawapan dia.. bila kita mandi air sejuk, tindakbalas biasa dari badan kita dengan menarik nafas dalam dalam supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan skelaigus mengurangkan rasa terkejut sebab sejuk..
  • sebenarnya ia dapat menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen dan mengurangkan rasa letih !! * patut la anak anak kakak hyper semacam.. phewww-- *
4 : MENINGKATKAN TENAGA
  • nak tenaga cepat ? walaupun korang dah berpenat penat seharian ? mandi jek air sejuk.. hee~ sebab jantung akan berfungsi mengepam darah dengan lebih aktif dan membuatkan darah mengalir lancar ke seluruh badan..
5 : MENINGKATKAN PENGHASILAN HORMON
  • haa.. dah sampai zon KORANG TAU TAK ? hee~ sistem reproduksi lelaki TAK boleh terdedah kepada suhu panas yang berlebihan.. sperma akan berkurangan.. jadik !! lelaki !! mandilah air sejuk.. tau..
6 : MENINGKATKAN PERGERAKAN CECAIR LIMFA
  • sistem limfa bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen.. berbanding saluran darah, sistem limfa tak de darah tapi cecair limfa yang membuang kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan.. kalau darah yang mengalir di pam ke jantung, kandungan limfa bergantung kepada pengecutan otot sistem.. kaitan mandi dengan air sejuk ? hee~ mandi air sejuk dapat membantu pengecutan otot limfa dan menyebabkan cecair nih berfungsi ke seluruh badan..
7 : MENGAWAL SUHU BADAN

  • sebelum entri nih di taip dan di-publish kan.. kakak ade baca yang mandi dengan air sejuk dapat membantu mengaktifkan sistem pemulihan badan.. dia kalau korang adepenyakit sejuk sejuk kaki dan tangan sampai ke tahap yang kronik, berpeluh melampau sampai lencun.. korang boleh tukar method rawata dengan mandi air sejuk.. try la.. kakak tak de maslaah nih cuma kakak perasan kalau kakak nak demam, badan dah start menggigil, kakak akan mandi awal subuh dengan air sejuk.. memang buat masa nih sangat berkesan.. demam pon tak jadik nak singgah.. hee~
8 : CEPAT KURUS !!
  • yeay !! ini yang paling best sebenarnya.. kan ? bila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang yang berfungsi untuk pembakaran tenaga dalam badan akan terbentuk.. sel sel lemak tadi akan membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba dalam badan.. semakin banyak lemak perang terhasil semakin membantu lebih banyak tenaga untuk kurus dan sekaligus kadar metabolisme badan pun meningkat.. argghhhh !! kakak suka !! 
9 : MENYIHATKAN KULIT DAN RAMBUT
  • biasa plak kakak tengok tips tips cantik nih dengan menekap ice cube kat kulit muka.. korang pun ade tengok kan ? kan ? dan kali nih kakak nak akui, bila korang mandi dengan air sejuk, bukan takat kulit mampu mengecilkan kutikel kulit dan pori pori tapi rambut pun ikut cantik dan sihat sama..
  • air sejuk membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit.. kalau korang nak awet muda, mandi la dengan air sejuk.. hee~

10 : MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN
  • korang baca point nombor 7 tu ? haa.. nih kira sambungan dia la nih.. hee~ terdapat satu kajian yang telah dijalankan ke atas atlet muda dengan merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah celcius, 3 kali seminggi selama 6 minggu berturut dan menunjukkan peningkatan 2 jenis sel darah putih, monocytes dam lymphocytes..

  • lymphocytes berfungsi menyingkirkan bakteria, virus dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab menghapuskan bendasing dlaam badan.. kira macam kerja lebih kurang sama la tu.. bial dua dua nih bergabund, meletop.. hee~ gittew--
  • ada pakar yang berpendapat kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.. 
serius.. kat rumah kakak tak de waterheater.. hee~ dan anak anak kakak pon mandi air sejuk melainkan kalau dorang memang memerlukan untuk kakak mandikan dorang dengan air suam.. tu pun jarang jarang.. dan selalu terjadi bila dorang banyak kerenah nak pergi sekolah.. sibuk nak mandi air panas.. 

nah !! smeoga entri kakak nih korang faham - hadam - bermanfaat untuk korang dalam menjaga kesihatan dan kecantikan !! peace !!


8 comments:

  1. Rupanya banyak manfaat mandi air sejuk. Kena share dengan en suami nih... Terima kasih atie, info yang padat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ rumah kami tak de heater.. hadap jek la air sejuk nih.. kengkadang menggigil teruk..

      Delete
  2. Orang dulu, petua awet muda, mandi air sejuk sebelum subuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !!!! atie amalkan jugak.. tapi kengkadang tak lalu weyh.. menusuk ke dalam tulang belulang haa..

      Delete
  3. suka mandi air sejuk jugakk...segar kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! best kan.. hee~ boleh la menaip entri yang padat berkualiti lepas kepala dah segar.. hee~

      Delete
  4. segar je kalau mandi air sejuk

    jom follow my blog

    blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan !! lagi2 musim bahang kat KL sekarang nih.. memang mencarik air sejuk jek la buat mandi..

      Delete

Powered by Blogger.