BUKAN GOSIP ; FATTAH AMIN DAN FAZURA SUDAH BERTUNANG

mana boleh jadi kalau kakak diam jek.. kan ? hee~ kakak memang follow perkembangan dua ketul F ni dari drama Hero Seorang Cinderella sampai la masuk ke filem Wanita Terindah yang sedang ditayangkan..

fattzura_fattah_amin_fazura


FATTZURA

sama cantik dan sama padan membuatkan khabar angin tentang mereka semakin hari semakin bertebaran di media sosial.. ya.. macam biasa.. ada yang positif dan sebaliknya.. hee~ seronok juga bila ada haters yang membangkang teruk hubungan dorang ni.. jeles barangkali tak dapat memiliki salah seorang dari mereka..

spekulasi yang menimbulkan tanda tanya sudah pun terjawab dengan sidang media yang telah diadakan semalam di sebuah hotel terkemuka yang menjelaskan bahawa Fattah Amin dan Fazura sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.. iya lah.. merisik dan bertunang seharusnya menjadi rahsia dan tidak perlu lah disebarkan secara meluas.. cukup sekadar dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.. kan ?

FATTAH AMIN DAN FAZURA BERTUNANG

sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah ( wafat 1101H )


“adapun al-Khitbah ( pertunangan ), maka digalakkan untuk menyembunyikannya 
seperti al-Khitan.. digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan 
hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang 
bertunang dan ahli yang ditunangnya..”


selamat_pengantin_baru_fattah_amin_fazura

Fattah Amin dan Fazura yang hadir sedondon dalam persalinan putih dikatakan bergegas ke hotel ( tempat berlakunya sidang media ) sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ), Sepang kira-kira jam 4 petang semalam..

menjawab pelbagai soalan dari pihak media, pasangan manis ini memberitahu bahawa majlis pernikahan akan diadakan dalam tempoh terdekat ( tetapi tarikh belum ditetapkan lagi ) manakala merancang akan mengadakan resepsi pada awal tahun hadapan.. wah !! confirm wedding of the year ni.. hee~ kan Fazura kawan baik kepada Rizman Ruzaini, confirm la hasil kerja mereka akan disarung oleh si darah manis ni nanti.. kan ? hee~ kakak agak jek..

fattah_amin_fazura_betunang

apa pun.. tahniah dari pihak kakak, semoga ikatan pertunangan dijaga sebaik mungkin.. darah tengah manis ni, taik gigi pun rasa cokelat.. tak sedar malam ke siang berlalu pantas.. semunya indah kan..

oh !! dalam bercerita tentang pertunangan Fattzura ni.. jangan lupa filem Wanita Terindah yang telah disiarkan di Astro First.. haa.. orang kata Fattah Amin kayu tetap kayu kan ? nampaknya sekayu kayu Fattah Amin, ini kayu jati tau.. mahal punya.. hee~ try la tengok.. kakak bagi 10 / 10 bintang.. memang layan perasaan lagi-lagi babak Fattah Amin melamar Fazura.. serius real romantik sweet potong kaki.. tersengih sensorang kakak tau..

filem_wanita_terindah

bila kakak scroll komen-komen dari peminat Fattzura yang mendoakan mereka, masih terselit pemikiran-pemikiran rakyat kelas ketiga pada sesetengah mereka yang tidak menyokong tindak tanduk pasangan ini.. hee~ kalau tak suka, sepatutnya unfollow ataupun block saja.. ni sibuk berusaha keras jadi stalker dan timbulkan kebencian.. cis.. tak suka betul kakak.. hee~ korang tak percaya ? cubalah singgah instagram dan cari #fattzura ; nanti korang akan nampak beberapa komen dari orang tidak bijak terselit dicelah celah orang yang mendoakan baik baik..
bak kata Fazura..

“being happy for another’s success and happiness will bring so much joy, positivity and peace into your life.. give it a try and see for yourself :) lots of LOVE..” – Fazura

atiehilmi.com

14 comments:

  1. Oh Fazura knapa dia juga yg ko pilih..hehee

    Pandai buat duit Fattah ni..

    ReplyDelete
  2. rmi tgu PC depa smlm hehe...akhirnya terjawab sudah

    ReplyDelete
  3. Selamat bertunang FattZura .
    Kalau betul fazura sudah bertudung alhamdulillah . CCL pun suka . Suka tengok Fazura bertudung nampak cantik manis gitu

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada pasangan ini..
    LZ suka baca komen peminat atau haters, kadang-kadang kelakar sebab mereka sungguh beremosi..

    ReplyDelete
  5. Sama cantik sama padan :)

    ReplyDelete
  6. jodoh itu rahsia Allah..semoga berbahagia hgga ke shurga

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah jodoh diorang

    ReplyDelete
  8. artis pertama mesia yg berkahwin slps hbis drama trending dorang.. jodoh

    ReplyDelete
  9. tahniah fattah dan fazura

    ReplyDelete
  10. kahwin dah depa. now usia bukan satu isu. fazura pun nampak muda lagi

    ReplyDelete
  11. sweet jea fazura & fattah ni

    ReplyDelete
  12. wah, atie fans pd 2 retis ni ye..akk xsmpat nk ikt perkembangan sangat. Since ada baby, busy sokmo

    ReplyDelete
  13. Sweet Fazura ni. Untung la Fattah...hee hee

    ReplyDelete
  14. pasangan yang tak kepoh dan sgt low profile. admirer diorg ni. Atie done follow u :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.