REKOD CEMERLANG SHOPEE ; 80 JUTA MUAT NAIK APLIKASI DALAM TEMPOH DUA TAHUN

wah !! kalau bercakap tentang jumlah angka, 80 juta merupakan satu jumlah yang terlampau besar dan sangat bermakna buat syarikat e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, iaitu Shopee sepanjang tempoh dua ( 2 ) tahun..

shopee_my

dengan sokongan dari lebih 200 000 usahawan dengan pelbagai jenama, Shopee telah menjadi platform pelihan utama untuk para penjual dan pembeli meneroka perniagaan dalam talian.. Shopee telah menyaksikan serta membuktikan pertumbuhan penting merangkumi ketujuh-tujuh ( 7 ) pasaran dengan kira-kira lebih 80 juta muat turun di rantau ini dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif daripada 4 juta usahawan.. sehingga ke hari ini, terdapat kira-kira 5 000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee sejak mula ia dilancarkan pada tahun 2015..

APLIKASI SHOPEE

dengan kekuatan 2 500 tenaga kerja yang sangat komited dengan tanggungjawab masing-masing, Shopee memberi ruang dan peluang untuk sama-sama maju disamping meningkatkan ekonomi semasa.. dengan membuktikan tahun 2017 adalah tahun yang mengujakan, pencapaian Shopee Malaysia sangat membanggakan termasuklah :

  • anggaran nilai dagangan kasar tahunan dicatat pada lebih USD 5 bilion
  • lebih 200 000 usahawan dan jenama termasuk Shojikiya, Pets Wonderland, OnePlus, Pureen, Lovelylace dan Mentholatum..
    • sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang 20% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) menjelang 2020
  • pelancaran Shopee Mall ; satu protal membeli-belah premium yang menawarkan lebih 100 000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkenal dan pengedar sah..
    • inisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang memilih Shopee sebagai platform untuk meningkatkan hasil perniagaan dalam talian
  • Shopee University ; siri bengkel kemahiran yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang e-dagang yang telah membimbing lebih dari 4 000 peserta dari 10 negeri terpilih..

Shopee-Birthday_VIP-02


“usahasama kami dengan Shopee telah memboleh kami meluaskan kehadiran 
kami dalam talian dan mendekati jumlah pelanggan yang lebih besar..
tahniah atas Ulangtahun ke-2 mereka dan kami berharap 
untuk meneruskan usahama ini..” 

Aadrin Azly
Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad





"dengan Shopee, kami boleh menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia..

kami beruntung dapat bekerjasama dengan Shopee dalam memberikan 
penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan 
kepada semua pelanggan kami di seluruh negara dalam memenuhi 
keperluan seisi keluarga..”

Malik Murad Ali

IT Director, MYDIN Malaysia



"kami melihat, semakin ramai pengguna Digi menikmati pembelian secara 

dalam talian yang memudahkan mereka ketika membeli tambah nilai prabayar 
dari Kedai Rasmi Digi dan kami bercadang untuk menyediakan lebih banyak 
tawaran hebat pada masa akan datang dalam usaha menjadi rakan 
kehidupan digital pilihan pengguna..”

How Lih Ren

Ketua Jabatan iTelco Digi



“kami memilih Shopee sebagai rakan eDagang pilihan berdasarkan 
perkembangan pesat mereka dalam masa yang singkat dengan jutaan 
pengguna di seluruh Malaysia.. dengan 330 kedai MR. DIY di seluruh negara 
disokong oleh Shopee, kami mampu memenuhi keperluan seisi rumah pada bila-bila 
masa dan di mana sahaja..”

Andy Chin
Ketua Jabatan Pemasaran, MR. DIY



ulangtahun_shopee_kedua.jpeg

sebagai penghargaan dari Shopee kepada pengguna, Shopee akan melancarkan jualan murah sempena ulangtahunnya dari 01 Disember hingga 14 Disember dengan pelbagai tawaran promosi hebat ke atas lebih 6 juta produk yang tersenarai di ruang jual beli Shopee.. wah !! memang tak boleh ketinggalan ni.. hee~ dan paling menariknya, jualan kilat Shocking Sale, Kemuncak Berganda Shopee Mall, Tawaran Mega 12.12 dan pelbagai lagi yang menjanjikan harga terendah berbanding platform pesaing yang lain..

rakan rasmi Shopee termasuklah Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook turut menyertai sambutan ini dengan promosi eksklusif untuk pengguna Shopee.. rebutlah peluang keemasan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah percutian untuk dua ( 2 ) orang ke Honolulu, Hawaii yang bernilai RM 15 000.00 dan sebuah iPhone X bernilau RM 5 500.00 turut ditaja oleh FPX..

korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 100.00 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian ( FPX ) speanjang bulan Disember untuk melayakkan korang menyertai pertandingan ini..

ulangtahun_shopee

PERTANDINGAN BELI - SELFIE - MENANG

menambah kemeriahan sempena ulangtahun kedua ini, Shopee juga akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember, di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM 1 899.00 dan 500 000 Shopee Coin..
caranya ?

alahai.. mudah la sangat hohoi.. korang cuma perlu memuatnaik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing..

juga !! tawaran hadiah mingguan berupa wang tunai yang benilai RM 500.00 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017.. korang cuma perlu tangkap gambar bersama pembelian yang dilakukan dari Shopee kemudian muatnaik ke akaun Instagram korang.. menariknya !! setiap minggu Shopee akan memilih seorang pemenang tau.. hee~

jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan Ulangtahun Kedua Shopee dengan merebut seberapa banyak hadiah yang ditawarkan.. tapi !! kena install aplikasi Shopee dulu ya..

LAMAN WEB : www.shopee.com.my
FACEBOOK : www.facebook.com/shopeeMY
INSTAGRAM : www.instagram.com/shopee_MY


4 comments:

  1. Boleh tahan banyak tu.. 80 juta.. memang dah terkenal dah shoee serang.. boleh kalah lazada. hehe

    ReplyDelete
  2. waw… tambahkan semangat yah dalam menyebarkan ayat-ayat Allah dalam blog mu… tentang semangat ,,, biar tambah semangat nih yang baca free to visit

    ReplyDelete

Powered by Blogger.