BUFFET RAMADHAN SAJIAN SELERA DESA DI PULLMAN KUALA LUMPUR, BANGSAR
ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi, dan kehangatan promosi buffet Ramadhan semakin meriah.. hee~ kakak juga tidak lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan jemputan dari Pullman Kuala Lumpur yang terletak di Bangsar dengan tema Sajian Selera Desa.. wah !! makan makanan kampung di tengah-tengah Kuala Lumpur pastinya rare..
Eksekutif Chef Juzaili telah menyuntik semngat baharu untuk tahun 2018 dengan mempamerkan kepakarannya melalui pelbagai jenis makanan termasuklah sajian antarabangsa dan tradisional.. mengadunkan pelbagai jenis rempah ratus untuk melengkapkan rasa.. kalau tahun lepas, Sup Gearbox menjadi pilihan ramai, kini ianya kembali dengan rasa yang masih sama dan sudah pastinya SEDAP !!
berbuka puasa dengan hidangan yang enak pasti memberi pengalaman yang menarik disamping memberi semangat untuk anak-anak berpuasa dengan lebih hikmah dan bertenaga.. bukan sekadar makanan tradisional yang dibanggakan, Pullman Kuala Lumpur Bangsar turut menyediakan pelbagai jenis makanan laut segar, gulai kawah, bubur lambuk, Magnolia grill, hidangan buah-buahan tempatan ( sudah tentunya ada durian !! yeay !! ) dan puluhan barisan pencuci mulut yang menyelerakan !!
pelbagai hidangan menarik !! korang kena cuba semuanya !! |
SAJIAN SELERA DESA PULLMAN KUALA LUMPUR BANGSAR
"pada tahun ini, kami sangat menekankan keaslian makanan dalam persediaan makanan
kami untuk semua pengunjung kami berbuka puasa dalam suasana tradisional bersama
keluarga dan rakan-rakan.."
- Andrew Carlile, Pengurus Besar Pullman Kuala Lumpur Bangsar
terliur tak ? hahahaha~
tu baru tengok gambar tu, kalau korang rasa makanan dorang, confirm terbawa-bawa ke alam mimpi.. sebab tu korang kena juga singgah untuk berbuka puasa nanti..
pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan secara lansung persembahan Ghazal yang akan memberikan impak ke – desa – an.. kiranya sambil korang makan, sambil layan lagu mendayu-dayu dan tenang, mesti best kan ?
jangan lupa untuk buat tempahan awal bagi memastikan Sajian Selera Desa termasuk dalam menu berbuka puasa korang untuk tahun 2018 ni.. oh !! buat tempahan dari 01 Mac 2018 hingga 15 Mei 2018 dan nikmati diskaun 25% untuk setiap seorang.. jimatkan ?
BUFFET RAMADHAN PULLMAN KUALA LUMPUR BANGSAR
--> 6.00 petang – 10.00 malam
--> setiap hari
--> RM 168.00 ( dewasa )
--> RM 84.00 ( kanak-kanak bawah 12 tahun )
serius !! korang kena tempah awal sebab setiap tahun, confirm penuh.. dan untuk tempahan, korang boleh :
TELEFON : 03-2298 1888 sambungan 5000
EMAIL : H7962-FB5@accor.com
LAMAN WEB : http://pullmankualalumpur.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/PullmanKLBangsar
INSTAGRAM : https://instagram.com/pullmanklbangsar
fuhhh..mmg terliur tengok sampai boleh bawa ke mimpi jap lagi nii..hehe
ReplyDeletehabis la air liur meleleh time tido.. hee~ diet kak diet..
DeleteWow! heavennya kak, ada udang, oyster, sate, sushi.nyum2
ReplyDeleteuuuuuhhhhhuuuuiiiii.. semuanya pun sedap lah !! sampai harini teringat-ingat.. over kan ? hee~
DeleteWah dah ada buffet ye.. Tapi tahun ni mungkin puasa yang akan mencabar bagi saya ..
ReplyDeleteKena jaga makan yang betul2 jaga
memang bila masuk je bulan ramadhan, pesta makanan jangan cakap la.. cuma kita ni kena bijak memilih.. hee~
Delete