PENINGKATAN POSITIF DALAM MENGEMBANGKAN MATAWANG DIGITAL BERSAMA ACECOIN

semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi hasil jual – beli matawang mereka.. betul tak ? hee~ ini dari apa yang kakak baca haritu la dan sekaligus kakak terus rujuk kepada beberapa laman web yang membuat urusan jual – beli matawang digital.. wah !! kelasssss kakak awak kan ?

acecoin_cryptocurrency

dalam majlis yang kakak hadiri baru-baru ini, Ace Global Holdings Limited telah mengumumkan breed terkini dalam penggunaan matawang digital yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada kestabilan dan keselamatan pelabur bagi mengelakkan kes penipuan yang semakin berleluasa..


APA ITU CRYPTOCURRENCY ?


  • cryptocurrency adalah teknologi yang menghasilkan matawang digital menggunakan kriptografi sebagai method yang MUSTAHIL untuk dipalsukan disamping memastikan urus niaganya terkawal dalam, mengawal penciptaan unit tambahan dan mengesahkan pemindahan aset..

serius ?
boleh dipercayai ke ?

acecoin_digital_currency

ya !!
memang boleh dipercayai tapi kalau korang cari orang ketiga yang genuine dan lengkap dengan ilmu dan syarikat yang berdaftar bagi mengelakkan korang terkena skim penipuan ( SCAM )..


ACECOIN


seiring dengan perkembangan wang digital, Ace Global Holdings Limited telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Taiwan iaitu WeToken untuk penghasilan cryptocurrency yang terbaharu dipasaran iaitu ACECOIN..

wetoken_malaysia

Acecoin diciptakan sebagai bentuk cryptocurrency yang digunakan dalam platform dagangan yang dinamakan AceXchange di mana pengguna boleh berdagang menggunakan Bitcoin dan juga Acecoin.. memegang kukuh visi yang selari untuk menjadikan matawang pembayaran yang paling dipercayai, boleh dipercayai, terjamin, popular dan dicari membuatkan Acecoin semakin mendapat perhatian dari pengguna di seluruh dunia..


KELEBIHAN ACECOIN


Acecoin adalah cryptocurrency yang proof – of – work = 100%




pengurusan yang sistematik membuatkan Acecoin dipercayai penuh oleh pengguna kenara setiap lejar urusniaga Acecoin dibina dan disimpan dalam siri blok yang dikenali sebagai BLOCKCHAIN.. lejar ini turut menyediakan rekod tetap transaksi masa lalu dan membuat penetapan transaksi yang telah berlaku.. setiap satu salinan blockchain akan disimpan pada setiap NOD pada rangkaian dan setiap akaun yang buka pada nod ( melalui penggunaan kunci peribadi pemegang akaun ) boleh menghasilkan blok..

di Acecoin, setiap blok mengandungi sehingga 255 urusniaga dan kesemuanya diikuti dengan 192 – byte header yang mengandungi pengesahan parameter.. setiap transaksi dalam satu blok diwakili oleh maksima 160 bait dan saiz blok maksimum ialah 32KB..


BACA SINI –> LEBIH LANJUT TENTANG BLOK ACECOIN


JURUAUDIT

di AceXchange, mereka berusaha sebaik mungkin untuk menjadi bursa crypto terkemuka untuk membina jaringan supaya pengguna dapat mengikuti setiap langkah dengan konsisten supaya pelaburan dapat berkembang dengan baik.. selaras dengan prinsip ketulusan ini, mereka telah melantik salah satu daripada BIG FOUR sebagai juruaudit bagi memastikan ketepatan dan akauntabiliti untuk semua pelabur..

dan yang paling UTAMA dalah keselamatan kepada setiap pengguna tunggal dalam setiap pelaburan / pertukaran..

PANEL yang turut bekerjasama dengan AceXchange
paling best dan telus, setiap akaun yang telah diaudit pada setiap suku tahun akan di pamerkan di laman web mereka.. ehem.. sudah pastinya ia disahkan oleh BIG FOUR !!

acecoin_cryptocurrency_malaysia
tak sangka dapat masuk dalam satu frame dengan CEO !! sempoi la Tuan Nizal Mohammad..
dalam sesi perkenalan lanjut tentang Acecoin, mereka juga memperkenalkan duta yang membawa nama Ace Global Holdings Limited di mata dunia iaitu Cik Puan Juliana Evans.. oh !! memang kakak tak lepaskan peluang untuk ‘kejar’ barang sekeping dua gambar dengan beliau.. hee~

duta_acecoin_malaysia


okeh !!
untuk korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cryptocurrency yang sedang diperkenalkan oleh Ace Global Holdings Limited, boleh layari :


korang dah tengok tukaran matawang kita untuk harini ? hee~ apa pendapat korang ? boleh share dengan kakak kat ruangan komen ya..


No comments:

Powered by Blogger.