KETIKAN KREATIF BERJIWA DARI BAJIWOA STUDIO

Musim-musim nak raya ni, memang ramai la cari photographer untuk potretkan kenangan hari raya sedondon bersama keluarga, tak pun cipta sejarah pada hari bahagia bersama pasangan.. Nah !! Masa ni la korang perlukan jari jemari kreatif supaya tidak menyesal kelak.. Ye la.. Memori mana boleh nak diulang siar untuk paterikan sama dengan yang asalnya.. Kan ? Dan di Bajiwoa Studio, semuanya berbaloi kuasa tiga..

27908255_1908004209510751_7208105074403630376_o

Dipetik dari frasa Jawa, BAJIWOA ( baji – wo ) bermaksud BANGUN JIWA merupakan simbolik kepada ketekunan bekerja untuk menghasilkan yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.. Memberi servis yang terbaik, kakak jamin korang akan berpuas hati..


BAJIWOA STUDIO, SETIA ALAM


Telah diasaskan oleh Encik Abdul Aziz ( Su Aziz ) yang sangat meminati bidang fotografi membuatkan langkah kanannya dalam bidang ini semakin menyerlah apabila Bajiwoa Studio telah diberi mandat kerjasama dengan beberapa jenama terkenal di Malaysia termasuklah jenama minyak wangi, Pudore dan butik Bella Ammara membuktikan kredibitilinya dalam memberi nafas baharu dalam dunia belakang tabir semakin mendapat perhatian ramai..

bajiwoa_studio
Encik photographer ajar kakak cemana nak posing ala-ala model.. Hee~ Nervous hakak dekkkkk..
Studio yang terletak di Setia Alam ( berdekatan dengan Setia City Mall ) ini telah bertapak sebelumnya di Shah Alam dan berpindah ke Setia Alam atas faktor keselesaan untuk pelanggan dengan menyediakan kemudahan yang lebih luas dan selesa.. Mempunyai akses lif, tempat salin baju, tandas, steam iron, cermin ( ruang mekap ) dan ruang menunggu, pastinya selesa untuk korang..

Kakak rasa Bajiwoa Studio berusaha keras untuk memberi rasa seperti di rumah sendiri buat pelanggan mahupun bakal pelanggan mereka.. Cool kan ?


PAKEJ BAJIWOA STUDIO


Macam mana kalau kakak cakap pakej dorang bermula dari RM 50.00 sejam tanpa photographer ? Haa.. Tu mesti nak cakap kakak sembang la tu kan.. Hee~ Tumbuk nak ? Kakak serius ni, memang pakej dorang serendah RM 50.00 dan korang boleh selaraskan mengikut keperluan korang dan apa tujuan korang..

sewa_studio_murah_setia_alam



Korang nak shoot apa ? Dalam studio atau di luar ? Bagitau je dorang dan dorang akan setup khusus untuk tujuan korang.. Haáh.. Tak kisah la :

  • produk
  • fesyen
  • profile
  • majlis keraian ( bertunang / nikah / bersanding / cukur jambul )
  • majlis rasmi
  • newborn photoshoot
  • konvokesyen

Hak bersuara hak SAYA !! Suarakan pendapat korang sebagai bakal pelanggan supaya mereka dapat memenuhi kehendak korang.. Amacam ? On tak on ? Hee~

pakej_fotografi_murah_2018.jpeg
Segerombolan kanak-kanak terlebih umur yang happy menyengih.. Hee~
Saranan kakak buat peniaga-peniaga yang baru bertapak dalam bidang perniagaan yang masih terkial-kial nak rolling modal, inilah masanya korang mulakan langkah untuk BRANDING dan sebarkan pada umum / bakal pelanggan / pelanggan sedia ada tentang produk dan perkhidmatan korang melalui gambar.. Bak kata Horace - “A picture is a poem without words..”

INI lah masanya !!
Hubungi mereka untuk ‘ketuk’harga !!


ALAMAT : BAJIWOA STUDIO, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
WHATSAPP : 018 261 9715

Kakak tengah cari masa nak re-shoot nih.. Hee~ Nampak tak permainannya di mana ? Hari tu tak cukup bersedia, kali ni rasa TERLEBIH bersedia ni * selak selak kalendar *

blogger_malaysia

2 comments:

  1. Hamboiii..dh terlebih bersedia dan berkobar2 ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ tu la tu.. atie ni buat ape pun eksaited kak..

      Delete

Powered by Blogger.