#DUANURJENJALAN ; FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN
saban minggu mesti kakak kelam kebut menyusun pelbagai agenda untuk Nur Aiman dan Nur Aina mengisi masa lapang.. memang banyak je aktiviti kat KL ni tapi keluar – masuk semua hutan batu sampai dorang dah komplen minta aktiviti yang lebih mencabar.. hee~ masih dikelilingi ‘hutan batu’, kakak pilih Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan..
berkonsepkan petting zoo ditengah bandar, Farm In The City adalah pilihan terbaik untuk anak-anak mengenali pelbagai haiwan jinak dengan lebih dekat.. ya !! boleh pegang dan peluk kalau berani.. hee~
FARM IN THE CITY
tak lena tidur malam dua beradik ni sebab teruja nak memulakan pengembaraan, dah siap pilih baju dan susun kasut yang nak dipakai keesokan harinya.. kelakar tapi tak pe la, sesekali suntik semangat untuk dorang lebih bersemangat..
seawal 10.00 pagi kami dah sampai dan disambut dengan berbiji-biji bas rombongan.. wah !! rupanya Farm In The City juga menjadi pilihan sekolah-sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menerapkan ilmu tentang haiwan.. manakan tidaknya, boleh pegang hampir semua binatang dalam tu secara live kottttt—pengalaman baharu untuk anak-anak tu..
BACA SINI --> SEWA VAN MURAH ? SINI ADA !!
sebelum ke sini, kakak ada la buat survey tentang harga tiket dan ramai yang mengatakan harga tiket sedikit mahal.. haa.. jangan tak tau, kalau beli tiket satu persatu memang lah mahal tapi kalau korang beli pakej yang disediakan, harga untuk seorang jatuh tak sampai RM 30.00 punnnnnn.. siap korang dapat diskaun untuk makan dan pelbagai cenderahati dan juga sijil untuk anak-anak.. ya !! kakak amik pakej tu lah.. jimat !!
dia takut tapi buat-buat berani ni.. hee~ |
kebanyakan haiwan di sini dibiarkan bebas dan pengunjung boleh bagi makan.. ada beberapa mesin yang menjual makanan di setiap seksyen haiwan.. kalau tak tau haiwan tu makan apa, boleh la tanya kat setiap ranger yang bertugas.. jangan risau, ke semua ranger adalah terlatih dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan haiwan.. dan jangan lupa untuk kutip setiap maklumat dari ranger !!
FAKTA : KURA-KURA TERTUA DI FARM IN THE CITY BERUSIA 36 TAHUN.. LEBIH TUA DARI KAKAK..
Nur Aiman tergelak masa seorang ranger menerangkan tentang burung..
“hati-hati ya, nanti terpijak burung sebab kat sini banyak burung yang jinak-jinak..
jadi anda semua kena jalan berhati-hati.. jangan panjat batu nanti jatuh..”
jadi anda semua kena jalan berhati-hati.. jangan panjat batu nanti jatuh..”
pendekatan yang digunakan untuk membuat pengunjung berasa selesa dan kanak-kanak mudah serasi dengan keadaan apabila peranan ranger sebagai pemandu pelancong membuatkan pengembaraan kami lebih bermakna..
ya !! jinakkkkk.. sampai naik atas kepala.. nasib baik tak wowok.. hee~ |
menurut ranger yang bertugas, sekarang ni musim burung merak mengawan.. haa.. teruja kami tengok ekor burung merak kembang sepanjang hari.. hahahah~ turun sekejap lepas tu naik balik.. sebab yang kakak tau ( dan confident bagitau Nur Aiman dan Nur Aina ) bila ekor burung merak kembang bermaksud dia tengah marah atau tak selesa.. ye la.. pengungjung ramai, mungkin dia rasa terancam.. hee~
monyet paling kecil di dunia !! |
fufff--
FAKTA : JIKA ADA ULAR YANG BERTELUR, PIHAK FITC AKAN MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENJAGA SEHINGGA TELUR MENETAS
secara keseluruhannya, Farm In The City mempunyai 19 stesyen yang menarik untuk diterokai :
- Ostrich Farm
- Turtle & Tortoise Farm
- Reptiles Cavern
- Passion Fruits Garden
- Free-flight Bird Aviary
- Savannah
- Vegetables and Fruits Farm
- Kampung Kiosk
- Pet Village
- Longkang Fishing
peluang yang kanak-kanak bandar tak dapat.. hee~ tangguk ikan di longkang.. |
- Fish Feeding
- Jungle Walk
- Twilight Creatures
- Mood’s lake
- Exhibition Hall
- Kampung Mahmood
- Horse stable
- Pelican Quay
- Desert House
sejenis yang minat dengan pony.. jenuh juga nak minta bersabar untuk ride.. haduh.. dah naik tak nak turun plak.. hee~ |
fitrah kanak-kanak adalah bermain dan di Farm In The City, jangan harap lah anak korang akan diam dan hanya mengikut kata.. dengan konsep yang terbuka ; penungjung boleh memegang haiwan, bermakna anak-anak akan KOTOR.. hahaha~ jangan risauuuuuuuuu.. di setiap stesyen telah disediakan sinki dan siap dengan sabun, ajarlah anak-anak untuk menjaga kebersihan diri sendiri.. ingat.. ibu ayah jangan lepas tangan, mainkan peranan dalam membentuk sahsiah yang baik untuk anak-anak..
ada orang merengek nak bawak balik rabbit.. hee~ |
habis satu round meneroka Farm In The City sekitar dua jam yang sangat berbaloi tapi tak puassssss.. Nur Aiman dan Nur Aina banyak belajar benda baharu tentang kehidupan haiwan dan habitatnya.. kakak sebagai ibu mereka turut berpeluang belajar benda yang sama tapi ketara seronok bagi pihak mereka lah.. hee~
secara keseluruhan, Farm In The City adalah pusat riadah yang santai dan bermanfaat untuk anak-anak pelajari perkara yang mungkin mereka tidak tahu sebelumnya seperti apa makanan rakun, bagaimana ular mengeram telurnya dan kenapa ekor burung merak sentiasa kembang.. walaupun zaman serba canggih, tidak bermakna 24 / 7 anak-anak perlu dimanjakan dengan gadget.. keluar dan kotor kan tangan sambil menimba ilmu..
HARGA TIKET FARM IN THE CITY
harga biasa :
- dewasa : RM 55.00
- kanak-kanak / warga emas : RM 45.00
diskaun dengan MYKAD :
- dewasa : RM 37.00
- kanak-kanak / warga emas : RM 30.00
** tiket kanak-kanak adalah bawak 11 tahun
** kemasukan percuma untuk kanak-kanak 90cm dan ke bawah
** warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas
ranger kamiiiiiiiii-- |
PAKEJ KELUARGA FARM IN THE CITY
dengan harga keseluruhan = RM 125.00 ; termasuklah :
- tiket masuk untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak
- 2 keping voucher ‘buy 1 adult FREE 1 child’ untuk Mini Zoo di Menara KL
- 2 unit cenderahati Farm In The City
- 2 kotak makanan haiwan
- 2 sijil untuk kanak-kanak
- plastik bag special edition
- discount voucher RM 5.00 untuk perbelanjaan RM 30.00 di Happy Farm Souvenir Shop
- discount voucher RM 10.00 untuk set keluarga di kafe
TEMPAT MAKAN DI FARM IN THE CITY
sudah tentu risau bila anak-anak lapar dan tak enjoy bila beraktiviti.. kan ?
jangan risauuuuuuu—perut korang confirm penuh dengan hidangan yang ada di kafe seperti set nasi goreng ayam untuk satu keluarga nih.. haa.. sebab tu kakak sarankan korang amik pakej sekeluarga ( dua dewasa + dua kanak-kanak ) sebab korang akan dapat diskaun sebanyak RM 10.00 untuk set hidangan keluarga ni.. puas makan dan kenyang.. hee~ lepas tu ? kami sambung perjalanan.. perut kenyang, hati senang lah nak beraktiviti..
dan !! sepanjang bulan Ogos ini, Farm In The City telah menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak iaitu bermesra dan bermain bersama guinea pig atau lebih dikenali sebagai tikus belanda.. terokai habitat, makanan dan rutin sehari-hari guinea pig di Farm In The City.. menarik kan ?
ni kalau Nur Aiman dan Nur Aina tau ada aktiviti lagi ni, mau diseretnya kakak dan encik suami repeat untuk membuat lawatan.. hee~
terima kasih Farm In The City untuk pengalaman yang menyeronokkan !! Nur Aiman dan Nur Aina dah frame kan pun sijil dorang.. kenangan katanya.. dan untuk maklumat lanjut, korang boleh explore link kat bawah ni..
LAMAN WEB : https://fitc.com.my
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia
ALAMAT :
- Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
MASA BEROPERASI :
- weekdays : 10:00 am - 6:00 pm
- weekend : 09:30 am - 6:00 pm
- tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah
haiwan dalam farm in the city lebih mesra. Bukan anak je yang teruja mak pak pun sama
ReplyDelete