SHELL OUT HALAL PALING SEDAP DI KAFE MUSLIM PUTRA WALK SERI KEMBANGAN
kadang-kadang nak ikutkan selera anak-anak memang tak terkejar apatah lagi selera masing-masing memang BOOM !! lagi-lagi si pencinta makanan laut tu – Nur Aiman.. kalau dapat dihadap sepinggan memang dia saja lah yang habiskan..
ingat tak #makanapetuatie singgah satu kafe yang terletak di Seri Kembangan dulu ? haa.. kali ni kakak dan keluarga berpeluang repeat – singgah ke kafe tu lagi.. tapi dengan menu yang berbeza lah.. takkan nak makan benda yang sama jek kannnnnnn..
SHELLOUT SEDAP DAN MURAH DI SERI KEMBANGAN
kalau makan kat luar sudah tentunya kita letak satu penanda aras yang mereka masak sama sedap dengan airtangan kita di rumah ATAU jauh lebih sedap.. haa.. kalau tak sedap, no point la bukak kedai makan kan ?
sepinggan besar ; sama besar dengan muka kakak awak haa.. |
ya !! hidangan shellout di sini datang dalam pinggan yang besar bersama dua hidangan nasi putih.. kira satu pinggan yang kakak pegang ni adalah set untuk dua orang.. kira dalam satu set nih ada :
- dua pinggan nasi putih
- dua air
- sepinggan besar shellout
serius kenyang dan padat perut korang.. hee~
kalau korang tanya rasanya bagaimana, susah kakak nak explain tapi menurut anak tekak yang selalunya tepat – encik suami kakak cakap “sedap dan berbaloi..” ya !! subjektif bukan ? kuahnya tak terlalu pedas dan rempah yang digunakan cukup rasa.. cuma galakkan kakak ( dipersetujui encik suami.. hee~ ) korang kena makan sebaik saja makanan sampai di meja.. kalau dah sejuk tak ummmmpppphhhh dah..
digaul mesra ketam – udang – kerang – kupang – pepahat – sotong – brokoli dan jagung adalah gabungan yang lengkap tanpa mengurangkan rasa segar pada makanan laut.. fufff—korang lupakan lah niat nak diet kalau singgah ke sini.. tau..
BACA SINI –> EH !! SOS STEAMBOAT DIA LAINNNNNNNNNNN..
orang paling sabar mengopek ketam.. hee~ kami tukang makan jekkkkk.. |
kelebihan D’ Aura Cafe nih bukan sahaja pada makanan yang sedap-sedap dari hasil air tangan chef mereka, tapi persekitaran yang sangat selesa dengan alunan muzik dan dekorasi yang instagram-able.. korang posing la puas-puas, confirm tak mengecewakan.. nak rai kan sebarang majlis seperti ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan ? ya !! di sini juga sesuai untuk majlis berskala kecil.. bagitau jek pada krew apa yang korang inginkan dan mereka akan buat yang terbaik..
cuma tu la tu, kalau boleh korang buat la reservation dulu sebelum ke sana.. takut penuh jekkkkkk.. kang korang jugak kempunan.. kan ? dan kalau cakap pasal harga, mesti korang berkira-kira kan.. ye la.. tempat syantik, makanan sedap, layanan first class sudah tentu korang terbanyang RM melayang.. hahahah~ TAK !!
- shellout : RM 18.00 / pax
- steamboat biasa : RM 18.00 / pax
- steamboat + grill : RM 28.00 / pax
berbaloi kan ? haa.. nak pergi makan tu jangan sensorang, bawa sekali keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama menikmati makanan yang mewah pada harga rakyat marhaen.. hee~ nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang..
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dauracafe
TEMPAHAN : 011 1092 3832
WAKTU OPERASI :
- 1.00 petang – 11.00 malam
- Isnin tutup
No comments: